BALIK KE MUKA UTAMA

 


Forum  "Pak Lah vs Mahathir" Clash of personality or crisis in governance anjuran Strategic Info Research and Development Center menyatakan kemungkinan Mahathir merasakan bahawa terdapat ancaman yang akan mendedahkan keburukan semasa pemerintahan beliau. Ini menjadi motivasi beliau untuk bangkit menentang Pak Lah. Mahahtir yang merasakan dirinya terancam bangkit untuk menangani perkara ini dan kehadiran Mahathir ini tidak ada kaitannya dengan perjuangan untuk rakyat Malaysia kata R.Sivarasa. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu juga mengatakan faktor Anwar Ibrahim mungkin menyebabkan Mahahtir bertambah gusar. Pekong akan dibuka dan Mahathir tidak akan membiarkan ini  berlaku.

Sivarasa dalam forum tersebut mengatakan bahawa Mahathir tidak akan berhenti dari terus menyerang Pak Lah dan Pak Lah harus bertindak dengan lebih aggresif lagi bagi menangani serangan - serangan dari Dr Mahahtir. Dalam pada itu juga Sivarasa menyelar sikap Pak Lah yang mungkir janji terhadap usaha  - usaha reformasi dalam UMNO khususnya dalam menangani isu rasuah. Sivarasa dalam forum itu mengatakan bahawa isu Khairy Jamaluddin dalam kes pembelian saham ECM Libra dan proses ECM Libra - Avenue Capital Resources Bhd  menimbulkan kecurigaan dan sekiranya kes ini diadili dengan tepat maka beberapa kepincangan akan terserlah yang mampu dijatuhkan hukuman penjara kepada mereka  yang terlibat.

Sivarasa turut mengatakan bahawa Pak Lah gagal dalam masa dua tahun pemerintahannya untuk menunjukkan imej bersih yang dicanang oleh beliau dan diharapkan oleh rakyat. Oleh itu beliau menggesa rakyat jangan hanya jadi penonton dalam melihat pertembungan Mahathir dan Pak Lah tetapi lebih kepada melihat keperluan untuk rakyat bangkit dan menentukan kebenaran.

Sivarasa dalam menutup hujah - hujah beliau menamakan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang wajar memimpin negara ini setelah meneliti kepesongan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Forum  tersebut dihadiri oleh panel berikut P.Gunasegeran (The Edge) - Kadir Jasin (bekas Editor News Straits Times) dan Sivarasa (Parti Keadilan Rakyat).
 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762