BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Zainah Sisters In Islam Persenda Jabatan Agama

Baru-baru ini saya membaca satu artikel di International Herald Tribune  (IHT) bertarikh 16 Februari 2006 dengan tajuk Letter from Malaysia :

Malaysia's big sister shakes up Islam rule, di mana wartawan IHT Jane Perlez  telah menemubual Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS).

Apa yang mendukacitakan ialah kenyataan pemimpin kumpulan NGO ini yang  telah mempersendakan Islam dan pegawai-pegawai kerajaan di Jabatan agama  Islam.

Sebagai pemimpin NGO yang menjadi model pergerakan Islam yang progresif,  beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan yang sebegitu rupa.

Kenyataan beliau seperti :" With the acid touch that has made her an  accomplished campaigner, Zainah Anwar calls the officials in the government  religious departments ' those Taliban-minded bureaucrats' ", sesungguhnya  telah menghina dan mempersendakan pegawai-pegawai kerajaan di jabatan agama Islam.

Pada pandangan saya kenyataan seperti ini jauh menyimpang dari pendekatan Islam Hadhari yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah  Ahmad Badawi, di mana Nori Abdullah adalah rakan baik Zainah. Malah sebuah akhbar bahasa Inggeris suatu masa dahulu pernah melebelkan Zainah sebagai "Kawan rapat anak-anak PM dan bekas PM".

Kenyataan seperti ini boleh menyelewengkan ajaran Islam dan membahayakan keharmonian rakyat khususnya umat Islam di negara ini. Ini telah memberikan  gambaran negatif terhadap perkhidmatan kerajaan di mata dunia luar.

Tuduhan Zainah bahawa kakitangan kerajaan 'berpemikiran seperti Taliban'  adalah keterlaluan dan seolah-olah memberi gambaran adanya unsur-unsur  keganasan dan perlanggaran hak manusia dalam pentadbiran jabatan agama.

Kecelupaan Zainah terselah lagi dengan kenyataan seperti ini : " She  (Zainah) has not married, saying to people :' I don't want to be a slave to  man ' ". Jangan lah soal peribadi turut terbawa-bawa dengan matlamat  perjuangan SIS. Masalah peribadi beliau yang tidak mahu berkahwin kerana  tidak mahu menjadi hamba lelaki adalah bercanggah dengan Islam yang  menganggap perkahwinan suatu yang mulia dan jalan keluar daripada maksiat.

Kenyataan Zainah tidak mahu berkahwin disebabkan tidak mahu menjadi hamba lelaki adalah kenyataan kedua daripada beliau selepas kenyataan yang sama di Mingguan Malaysia pada 12 Februari 2006.

Persoalan sama ada SIS berfungsi sebagai sebuah pertubuhan NGO atau tidak, boleh ditimbulkan berbagai-bagai pertanyaan kepada Zainah.

Saya ingin bertanya kepada Pengarah Eksekutif SIS :

1. Berapa ramai ahli SIS ?
2. Siapa yang boleh menjadi ahli ?
3. Adakah dikenakan yuran tahunan kepada ahli ?

Pertanyaan ini timbul kerana dari semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia  (SSM) SIS berdaftar di atas nama SIS Forum ( Malaysia ) Berhad dan  ditubuhkan pada tahun 1988. Lebih menghairankan tiada nama Sisters in Islam yang berdaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS). Jadi bagaimana SIS itu sendiri boleh membawa nama "Islam" di dalam nama dan aktivitinya dan siapakah yang mengiktiraf SIS Forum ( Malaysia ) Berhad sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ?

Sebelum memikirkan untuk menjadi juara di dalam hal-hal agama Islam, saya  minta Zainah menjawab pertanyaan tersebut untuk dimaklumkan ke seluruh  rakyat Malaysia siapakah SIS sebenarnya?.

Harapan saya kepada Zainah supaya eloklah berfikiran terbuka di dalam  membicarakan soal perundangn Islam. Kita masih ada ulama syarie yang boleh kita rujuk untuk mendapatkan pandangan. Tidak semua teori yang dibaca akan sama semasa dengan kehidupan sebenar atau praktikal yang kita hadapi.

SIS eloklah perjuangkan nasib wanita Islam yang kematian suami tetapi tiada  pekerjaan, wanita yang ada masalah mendapatkan peguam untuk kes perceraian dan keluarkanlah wanita Islam yang telah terjerumus ke lembah maksiat.

Rakyat akan lebih menghormati dan sanjungi aktiviti SIS seperti ini daripada  aktiviti mencari salah orang lain dan cuba hendak menjadi jaguh perundangan  Islam.
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762