|
Siapa dibelakang Sisters in
Islam?
ROSLAN SMS
Siang tadi semasa sesi perbahasan Perhimpnan Agung
Umno, seorang perwakilan dari Pulau Pinang,
Shahbudin Yahya telah mendedahkan darihal komplot
beberapa NGO yang bergerak sehingga mengancam
kedudukan Islam dalam negara.
Antara NGO yang didedahkan oleh wakil Umno Pulalu
Pinang itu adalah:
Pusat KOMAS, Sisters in Islam dan Penang Global
Ethics Project
Menurut wakil Umno itu lagi NGO-NGO ini mendapat
sokongan dari sebuah badan antarabangsa iaitu Konrad
Adenauer Foundation yang mempunyai pejabat cawangan
di sini.
Shahbudin telah menunjukkan kepada para perwakilan
beberapa produk badan ini termasuklah buku dan VCD
yang katanya mempromosi konsep liberalisma dan
pluralisma dalam beragama. Kata beliau ini bermakna
Malaysia sekarang menerima ancaman terhadap
kestabilan Islam bukan hanya dari dalam (iaitu
kalangan orang-orang Melayu Islam sendiri) tetapi
juga melalui kerjasama sistematik dari badan-badan
luar.
Kata beliau lagi Sisters in Islam contohnya selama
ini menumpukan kegiatannya kepada melemahkan system
kehakiman mahkamah syariah bagi menimbulkan keraguan
dikalangan masyrakat Islam agar menolak system
kehakima syariah.
Sesungguhnya protes terhadap tindak-tanduk Sisters
in Islam ini telah lama disurakan oleh badan-badan
dan gerakan Islam, tetapi tidak diberi perhatian
oleh mana-mana pihak. Malahan penubuhan apa yang
dikatakan IFC itu pun menerima sokongan dan galakkan
kuat dari SIS.
Cumanya apa yang wakil Pulau Pinang itu tidak sedar
adalah apabila beliau mendedahkan darihal kegiatan
SIS ini beliau menyinggung dua orang besar dalam
Dewan Merdeka PWTC itu iaitu Presiden partinya serta
Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Kenapa?
Kerana anak dan isteri mereka iaitu Nori Abdullah
adalah seorang aktivis SIS. Beliau sering mengikuti
program, anjuran SIS. Kalau benar SIS mengancam
kestabilan Islam maka Menteri Keselamatan Dalam
Negeri perlu menyiasat, barangkali SIS lebih
merbahaya dari KMM dan Nori pula lebih merbahaya
dari Nik Adli?!!
Sebagai bukti kuatnya hubungan antara Nori dan SIS
terutama terajunya Zainah Anwar berikut saya
perturunkan sedutan dari sebuah artikel yang terbit
dalam THE NEW YORK TIMES pada 19 Febuari 2006 lalu:
A model progressive Muslim country, Ms. Zainah
observed, cannot show the world that it makes laws
that discriminate against women and that allows its
religious authorities to snatch away the body of a
dead man from his grieving Hindu family.
As Ms. Zainah, a graduate of the Fletcher School of
Law and Diplomacy at Tufts University, goes into
battle, she holds some formidable cards. Chief among
them are candor, not caring what others think and a
refusal to be intimidated. She has not married, and
said, I dont want to be a slave to a man.
Another advantage: Ms. Zainah is close to two
progressive women with powerful connections, Marina
Mahathir, the daughter of the former prime minister,
and Nori Abdullah, the daughter of the current prime
minister. He gets an earful from her, Ms. Zainah
said, referring to Mr. Abdullah and his daughter.
Zainah dilaporkan menyebut bahawa Abdullah (Perdana
Menteri) akan mendengar cakap Nori dan Zainah
mempunyai hubungan rapat dengan Nori!
Saya tidak pasti tetapi semasa ucapan penggulungan
Dollah lewat petang tadi saya tidak pula mendengar
Abdullah menyentuh atau mengulas isu ini, bermakna
luahan hati wakil Pulau Pinang itu yang lebih dari
10 minit tidak mendapat perhatian Presiden dan
pimpinan parti.
Sementara itu memandangkan nama Konrad-Adenauer
Foundation ini telah pun disebut saya fikir eloklah
pihak Kementerian Keselamatan dalam Negeri dan
mungkin JAKIM juga tinjau-tinjau sedikit aktivitinya.
Untuk rekod, Timbalan Perdana Menteri pun pernah
sebelum ini memberi ucap utama dalam sebuah forum
anjuran badan yang berpusat di Jerman ini.
Kalau kita lihat badan ini turut menerbitkan
beberapa buku berkenaan Islam dalam bahasa Melayu
yang saya tidak pasti adakah JAKIM dan pihak yang
berwajib maklum ataupun tidak, antaranya berjudul:
Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah
Dengan Falsafah,
Demokrasi dalam Al-Quran, Hadis, & Tradisi,
Islam Tunduk Menyerah
Saya mengambil inisiatif untuk menulis berkenaan SIS
dan KAF ini kerana ianya dibangkitkan oleh wakil
Umno dalam Perhimpunan Agung Umno. Kiranya dibangkit
oleh wakil NGO Islam atau PAS sudah pasti ianya
tidak perlu diberi perhatian, tetapi ini dibongkar
oleh forum tertinggi dalam Umno, takkanlah pihak
berkuasa TUTUP SEBELAH MATA juga?!
Kalau benar Umno serius dalam memelihara Islam,
segerelah bertindak dengan menyaisat badan-badan ini
tanpa prejudis.
SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com
|