BALIK KE MUKA UTAMA

Siapa itu Zahidi untuk Ketua Pemuda


Zahidi Zainol Abidin dan MB Shahidan Kassim kini bertegang leher membidas antara satu sama lain. Zahidi kini adalah antara orang  yang kuat dalam menyokong Mahathir dan tindakan ini dilakukan secara terbuka. Beberapa hari sudah Zabidi Zainol Abidin telah membayangkan hasrat untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO. Hasrat ini sungguhpun sudah diketahui lama tetapi Zahidi  kini serius dalam usaha untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Namun apa yang penting adalah kehadiran Zabidi ini dilihat lebih kepada perjuangan tempat dari perjuangan sebenarnya. Zabidi tidak kelihatan sebagai seorang kepimpinan bagi orang - orang Melayu khususnya dalam UMNO apa lagi untuk memperjuangkan matlamat  - matlamat Melayu sejagat. Siapa itu Zahidi untuk menawarkan diri bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO?

Jelas apa yang kita nampak hari ini adalah penawaran untuk menjawat jawatan adalah kerana kepentingan karier politik. Ini adalah matlamat dan matlamat mahu menjadi Ketua  Pemuda semata - mata  untuk diri sendiri adalah sesuatu yang malang untuk kita terima. Kita tanyakan, apakah prinsip pegangan - manifesto yang akan dibawa oleh Zahidi. Kita cari kenyataan  - kenyataan perjuangan yang pernah dibuat oleh beliau. Kita tanyakan kepada beliau kenapa perlu beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO  sedangkan selama ini tidak ada satu yang berkesan pernah dilakukan oleh Zahidi yang nampak relevan untuk kepentingan Melayu di negara ini.

Kenapa beliau mahu bertanding dan mahu mencabar untuk jawatan Ketua Pemuda , apa yang mahu beliau lakukan dan apa yang tidak kena dengan kepimpinan yang ada sekarang ini. Zahidi perlu menjelaskan agar tidak hadir kosong dan hanya hadir semata - mata kerana dilihat mahu jawatan dan lain - lain yang dapat diperolehi dengan jawatan tersebut. Apa kata ahli UMNO lain - Maklumbalas

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762