|
Tajuk 'Senyum Kambing' -
Bil: 52 Tahun ke-44 PP 363/1/2007 (24 Disember 2006)
Date: Sun 12/24/06 11:53 PM
Saya merujuk kepada ruangan 'Senyum Kambing' yang
berkaitan tentang Himpunan 15,000 Pemuda PAS 2006.
Suka saya menarik perhatian semua bahawa himpunan
tersebut julung-julung kalinya ini telah di rancang
hampir 2 bulan telah mencapai kejayaan bagi
mengerakkan jentera petugas-petugas pemuda di
seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
Matlamat himpunan ini adalah untuk menyusun semua
organisasi pemuda dan mengemaskini fungsi tenaga
pemuda semaksima mungkin.
Ingin dijelaskan disini semasa ucapan-ucapan pada
hari tersebut yang menyentuh semua aspek seperti
masalah sosial, kebajikan rakyat, kezaliman, agama,
organisasi dan khasnya pilihanraya. YB. Salahuddin
Ayub, Ketua Pemuda PAS juga telah menyentuh
berkaitan kehadiran yang mana Pemuda PAS Johor
dikecualikan daripada menyertai himpunan ini untuk
membantu mangsa-mangsa banjir di sana.
YB. Salahuddin Ayub juga telah mengarahkan didalam
himpunan tersebut supaya menghantar seramai mungkin
petugas-petugas pemuda ke Johor terutamanya selepas
daripada himpunan ini. Hari ini sahaja 2 kumpulan
petugas telah berada di Tangkak dan Segamat untuk
membantu mangsa-mangsa banjir tersebut. Untuk
makluman arahan supaya Pemuda PAS di Johor, Melaka &
Negeri Sembilan membuka bilik gerakan telah
dilaksanakan pada 20 Disember yang lalu.
Pemuda PAS juga telah menetapkan pada 27 Disember
ini jam 3 petang supaya semua petugas pemuda seluruh
negara pergi ke Johor terutamanya untuk tujuan misi
bantuan petugas, manakala pada himpunan tersebut
juga kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa
banjir telah berjaya dikutip sebanyak RM12,500. PAS
juga telah melancarkan tabung bantuan banjir negara
baru-baru ini, ahli-ahli PAS boleh menyalurkan
sumbangan bagi tujuan tersebut.
Untuk makluman semua juga YB. Salahuddin Ayub dan
beberapa rombongan Exco Pemuda PAS terlebih dahulu
melawat mangsa-mangsa banjir di Johor dan Melaka.
Pada 20 Disember yang lalu, beliau telah berada di
Pusat Penempatan Kg. Parit Selangor, Pontian dan
Dewan Orangramai Kg. Melayu, Kluang. Manakala di
Melaka, beliau berada di Jasin pada 21 Disember yang
lalu. Bantuan segera Pemuda PAS akan terus
disalurkan samaada berbentuk petugas atau pun wang
ringgit kepada mangsa-mangsa banjir ketika ini.
SAFARIZAL BIN SALEH
Pagawai Perhubungan Awam,
Dewan Pemuda PAS Pusat.
019-2231424
|