|
Reply-To: "meon" <semeon@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Pesanan: Setuju dengan apa yang diutarakan.
Sememangnya Mahathir berang apabila Anwar dibebaskan, apabila
pada waktu yang sama, mahkamah juga di'bebas'kan.
Pada permulaan pembebasan Anwar, Mahathir masih tidak
menunjukkan berangnya. Namun kemarahannya dilihat apabila
tuduhannya terhadap Anwar tidak lagi selamat kerana Anwar kini
boleh mendakwanya.
Mahathir adalah seorang diktator tua pada waktu itu dilihat
sebagai orang yang bercakap benar-benar belaka walaupun apa yang
diberitakan itu menimbulkan keraguan. Namun beliau pada waktu
pemecatan Anwar telah berjaya memperlihatkan bahawa tuduhan yang
dilemparkan itu ada benar melainkan tidak benar belaka.
Kini, resam pengikut umno yang ber'tuhankan' ketua mereka tidak
lagi menyokong Mahathir kerana Mahathir tidak lagi mempunyai
sebarang kuasa berbanding Abdullah yang kini menduduki takhta no
1 negara. Biasalah, "Menyokong kepimpinan ketua dengan tidak
berbelah-bahagi". Itulah ayat lazim umno. Apa yang dibuat ketua,
samada betul atau tidak betul, semuanya disokong belaka.
Mental tahap berapakah harus dikatogorikan terhadap penyokong
mereka ini? (kelas pertama, kedua, atau ketiga)? tepuk dada
tanya selera...
|