|
Email
yang diterima kemungkinan datang dari ahli Angkatan
Muda Parti Keadilan Rakyat dengan kenyataan "
jangan perbodohkan kami seperti mana pemimpinan UMNO
memperbodohkan ahli - ahlinya" Email ini merujuk
kepada kenyataan media Ezam Mohd Nor yang memberi
alasan perletakan jawatan adalah kerana mahu
menyerahkan tampok kepimpinan kepada mereka yang
lebih muda dengan gaya yang baru. Itu bukan sebabnya,
kenapa tidak tunggu sehingga tamat tempoh dan
bertindak melepaskan jawatan dan bukan
meletakan jawatan - menurut email tersebut. Kita
tahu tetapi pemimpin mengambil sikap untuk tidak
berterus terang mengenai sengketa yang ada, tindakan
mendahulukan kronis dan sikap kacang lupakan kulit.
Presiden gagal bertindak - mengambil sikap tidak
acuh dan tidak prihatin kepada senario yang ada dan
hari ini Ezam Mohd Nor dan beberapa kepimpinan
Angkatan muda meletak jawatan. Antara yang
digariskan oleh email tersebut adalah penghapusan
tokoh - tokoh reformasi dalam parti untuk membawa
keadilan kepada satu organisasi " total political
entity" dengan menolak pengertian perjuangan asal.
Ini semua kerana sikap kronis dan
Anwar Ibrahim hanya pandai menasihati tetapi gagal
melihat kiri dan kanan beliau. Kini yang hadir
dikelilingi beliau adalah mereka yang "menempek"
berselindung disebalik perjuangan orang lain dan
mengaut keuntungan dari pengorbanan mereka untuk
perjuangan reformasi. Inilah punca kenapa Angkatan
Muda Keadilan semakin lama semakin berjauhan dan
inilah kerana golongan mereka yang mengandar beban
perjuangan reformasi semakin tersisih dan semakin
menyepi. Ini puncanya dan inilah sebabnya sehingga
ada yang kini terus menyepi. Untuk mereka ini Anwar
dalam kenyataan beliau mengatakan mereka sudah letih
- walhal sebenarnya mereka kecewa dengan Anwar
Ibrahim sungguhpun tidak pernah menyesal dengan
perjuangan yang dilakukan demi agama dan bangsa.
Ezam kecewa dengan mainan politik
Azmin merupakan salah satu lagi sebab yang
digariskan dalam email tersebut. Azmin kini
mengambil peranan sama sewaktu Anwar Ibrahim menjadi
Timbalan Perdana Menteri. Azmin kini mencaturkan
tempat dan Ezam kecewa. Sungguhpun Ezam tidak
menceritakan tetapi ramai ahli -ahli Angkatan Muda
tahu kedudukan Ezam dan Azmin. Masalah perang saraf
Azmin dengan menggunakan SMS kononnya Ezam mahukan
tempat yang lebh tinggi dalam parti adalah
keterlaluan.
Bagi kami pula tindakan - tindakan
Anwar Ibrahim yang lebih cenderung kepada pembabitan
politik dalaman - dengan pembahagian peruntukan yang
nyata berat sebelah menjadikan beliau seorang mentor
yang mula pudar. Anwar sepatutnya bertindak lebih
mendengar dari sumber - sumber lain dari hanya
berpaksikan kepada mereka yang lebih kepada menempek
dari berjuang.
Email tersebut turut mengatakan
bahawa - tahukah anda :
1. Ezam bernekad untuk meneruskan
perjuangan tetapi kecewa dengan pimpinan
Keadilan kecewa khususnya Anwar Ibrahim yang
dikelilingi oleh mereka seperti Azmin Ali yang
hanya mahu berpolitik untuk matlamat tertentu sahaja.
2. Ezam menubuhkan GERAK tanpa bantuan Anwar
Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat terpaksa mencari
dana untuk membangunkan GERAK dengan
pengorbanan sendiri tetapi Anwar senang senang
membantu sebuah NGO yang diberi nama ODC dan IKD
serta sekutunya dengan dana besar sedangkan jika
dibandingkan dengan umur setahun jagung GERAK telah
banyak membantu gerakan reformasi dan jika nak
dibezakan dengan NGO lain tersebut yang hanya
menghabiskan wang. Bayangkan Pengarah IKD , Khalid
Jaafar yang sewaktu semua terpenjara masih selesa
dengan kehidupan mewah kini diberi gaji tidak kurang
dari USD 2,000 sebulan.
3. Ezam juga kecewa dgn tindakan
beberapa kerat pemimpin yang bersungguh sungguh
menyebar fitnah kononnya usaha Ezam untuk
melepaskan jawatan dan membuat dasar umur 40 tahun
adalah bagi tujuan merebut jawatan Timbalan Presiden.
.
Usaha kini adalah untuk membunuh pejuang reformasi.
Mereka hanya mahukan ahli - ahli politik ala UMNO
yang mahu mengangguk. Pembasmian kepimpinan
reformasi amat ketara bila Program Ezam - menghargai
tahanan dan mereka yang pernah ditangkap khususnya
sewaktu Black 14 tidak disokong oleh Parti
sehinggakan Majlis Makan Anwar Ibrahim bersama
tetamu VIP yang terdiri dari mereka yang pernah
ditahan dibawah ISA memegang gelaran OKT (orang
kena tahan) dibatalkan.
Perlantikan Shamsul Iskandar - adalah
perlantikan terpaksa dan Shamsul adalah mereka yang
bakal menimbulkan tentangan dari anggota AMPK kerana
perlantikan beliau memutuskan talian pejuang
reformasi memimpin AMPK. Kita harus sedar sebelum
ini bagaimana ada pemangku - pemangku Ketua Pemuda
Keadilan yang bertindak mengagalkan perjuangan
bersorak reformasi. Dalam masa yang sama kita lihat
tokoh - tokoh reformasi yang ada dalam AMPK seperti
Badrul Hisham tidak kelihatan sewaktu penyerahan
jawatan. Ini kemungkinan akan menyusul perletakan
jawatan beliau pula setelah seorang lagi tokoh
reformasi Azwanddin Hamzah telah meletak jawatan
lebih awal . Email tersebut akan terus menulis
sehingga semua mereka yang pernah berjuang untuk
mereformasikan Malaysia sedar bahawa erti reformasi
adalah politik semata - mata selepas Anwar Ibrahim
dibebaskan.
|