BALIK KE MUKA UTAMA


LAWATI LAMAN WEB WWW.PROWARIS.ORG DAN DAFTARLAH DENGAN PROWARIS@YAHOOGROUPS.COM

PROWARIS MENDESAK MENTERI KERJA RAYA AGAR MELETAK JAWATAN SEGERA !!!

Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (?PROWARIS?) menempelak Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Datuk Seri S.Samy Vellu atas keengganan beliau untuk menghadiri sebarang perjumpaan dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (?PAC?) berhubung isu pampasan Gerbang Perdana Selatan Bersepadu Sdn. Bhd. (?GPSB?)

Keangkuhan beliau yang terang-terangan MENGHINA tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada PAC ini sebenarnya merupakan juga satu

PENGHINAAN kepada Parlimen yang telah dimandatkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk mentadbir negara. Keengganan untuk mematuhi mandat ini adalah merupakan satu PENDERHAKAAN kepada RAJA dan NEGARA. PAC berhak memanggil siapa sahaja yang mereka fikirkan perlu bagi menjelaskan isu GPSB tersebut.

PROWARIS menegaskan TIDAK ADA SESIAPA termasuk PEMIMPIN YANG DIPILIH RAKYAT adalah KEBAL dari UNDANG-UNDANG dan PERLEMBAGAAN.

Yang Berhormat Menteri Kerja Raya harus ingat bahawa RAKYAT adalah MAJIKAN beliau yang sebenar. PENUBUHAN PAC adalah atas kehendak rakyat dan harus DIPATUHI oleh SEMUA MENTERI.

PROWARIS dengan tegas mengingatkan bahawa, mana-mana menteri yang secara langsung atau tidak langsung, samada ENGGAN atau TIDAK MENGIKTIRAF bahawa rakyat adalah majikan mereka harus MELETAKKAN JAWATAN DENGAN SEGERA demi maruah dan kehormatan Parlimen itu sendiri.

FERIZ OMAR
Presiden PROWARIS Malaysia
Bagi Pihak Barisan Peneraju & Ahli Majlis Penasihat PROWARIS Malaysia

LAWATI LAMAN WEB WWW.PROWARIS.ORG DAN DAFTARLAH DENGAN PROWARIS@YAHOOGROUPS.COM
 

  

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762