BALIK KE MUKA UTAMA

Khairy perlu saman Mahathir - Pazil

 

Kenapa Khairy Jamaluddin tidak mengambil tindakan saman ke atas Tun Dr Mahathir? Tidak perlu buat perumpamaan berok dan sebagainya. Bagi saya Khairy perlu ambil tindakan ke atas Mahathir seandainya  benar apa yang dikatakan oleh Tun itu adalah satu bentuk fitnah. Andai Khairy mahu membersihkan namanya, ambil tindakan ke atas Tun. Jangan hanya bercakap dalam Dewan Perhimpunan Pemuda UMNO sahaja. Rakyat turut mahu tahu. Mahathir bertindak memberi penjelasan di luar UMNO dan umum kepada rakyat.

Saya kira Khairy bertanggung jawab untuk membersihkan namanya dan satu tindakan undang - undang perlu diambil. Penjelasan Khairy dalam perasmian Mesyuarat Pemuda tidak cukup untuk mengikis apa yang beliau kata sebagai satu tohmahan. Malah penjelasan bahawa Khairy dapat pinajaman untuk membeli saham bagi saya adalah satu "insult to our intelligent"

Saya percaya Khairy tidak akan berani mengambil tindakan dan saya mencabar beliau untuk bangkit dan mengambil tindakan undang - undang.



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762