|
Kenyataan Media (28 September 2006)
KRISIS GULA, BPR HARUS SIASAT DATUK SHAFIE APDAL!
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) meminta supaya
Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat penyiasatan
terbuka terhadap Datuk Shafie Apdal, Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
berkaitan krisis kemelut bekalan gula yang telah
berlaku di seluruh negara sekarang.
Berdasarkan kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
dengan Datuk Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri amat bercanggah dan
mengelirukan. DPP Pusat bimbang ada perkara yang
disembunyikan oleh pihak-pihak yang berkenaan
daripada pengetahuian rakyat berkaitan krisis ini.
Tidakkah menteri-menteri ini membincangkannya di
dalam mesyuarat Kabinet? Apa yang sedang berlaku
sekarang percanggahan ini hanya meletakkan kesalahan
kepada orang lain sahaja tanpa ada pernyelesaian
konkrik.
Melihat bahawa menteri yang bertanggungjawab dengan
harga dan kawalan barangan nampaknya tidak
mengetahui kemelut yang amat serius berlaku ini. DPP
Pusat merasakan permasalah gula memang kurang di
pasaran dan begitu ketara sekali tanpa ada
penyelesaian sehingga kini. DPP Pusat melihat
keadaan ini merupakan permasalah keselamatan negara
yang amat serius jika ianya berterusan sehingga
hampirnya hari perayaan kelak.
DPP Pusat mendesak supaya BPR harus bertindak segera
berkaitan kemelut gula yang membimbangkan ini dengan
kadar segera. Penyiasatan harus melihat sendiri
peranan yang telah dimainkan oleh Datuk Shafie Apdal
selaku menteri dan juga pengilang-pengilang yang
terlibat. BPR juga harus memaklumkan segera krisis
ini kepada pengetahuian umum dan rakyat harus
menilai kemelut ini.
YB. SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
|