BALIK KE MUKA UTAMA

BUAT TUN DR MAHATHIR

Nukilan Fauzi A. Rahman
 

BUAT TUN DR MAHATHIR

Sedih sungguh mendapat berita
Mahathir tewas digelanggang sana
Dah jadi guru, dah jadi kaka
Namun terakhir kecundang juga
Dua-puluh dua tahun adalah lama
Bertugas keras menjadi ketua
Bakti dicurah tidak terhingga
Dengan kabilahnya cukup setia
Pernah memimpin memacu Negara
Sudah menjelajah seantero dunia
Di-gelanggang kampong tempat asalnya
Mahathir 'dibelasah' tersungkur hina

Walau Mahathir tak gundah gelana
Raut muka tenang bersahaja
Menjawab soalan para-pemberita
Masih sempat tersenyum ketawa
Tetapi hakikatnya, ini adalah satu tanda
Nampaknya akan tertimpa satu petaka
Sudah pasti membawa bencana
Kehadiran ia menyusahkan semua
Kubang Pasu menghumban budaya
Tidak lagi menyangjungi yang tua
Di salut najis kepada yang berjasa
Sengaja kita mengundang celaka

Namun, jika ada sedikit masa
Mari direnung peristiwa bersama
Muhasabah diri pun bolih juga
Agar disingkap segala rahasia
Mengapakah begini penghujungnya?
Apakah Melayu mudah lupa?
Atau masalah bermula dari kita
Apakah yang disemai, dituai kesemua?
Atau pemerentahan bukan ibadah namanya
Dalam amal, Basmallah bukan pembuka kata
Peristiwa sebegini lumrah sebagai 'hamba'?
Atau sememang ini aturan yang Esa?

Allah Tuhan yang maha Berkuasa
Dia menzahirkan kita manusia
Seluruh alam adalah milik Nya
Dia yang mengetahui segala rahasia
Manusia diuji dari masa kesemasa
Diberi kesenangan atau sengsara
Harus bersyukur bila kesenangan ada
Dalam sengsara bersabar pula
Diuji sengsara ada sebabnya tiga
Apakah lulus ujian Nya didunia
Allah sayang nak hapuskan dosa?
Atau balasan perbuatan yang lama

Bukan senang meneraju kepimpinan
Jika tiada berilmu pengetahuan
Didalam Alquran ada panduan
Syarat pemimpin mendapat keredhaan
Pemimpin wajib memiliki kekuatan
Ilmu dan akal serta pemikiran
Kuat amal kaya pengalaman
Syarat ini hanya permulaan
Syarat kedua wajib beramanahan
Beramanah pertama kepada Tuhan
Amanah kedua sesama insan
Juga pada alam persekitaran

Jangan sekali amanah diabaikan
Kerana ia mengundang kemurkaan
Didunia lagi mendapat pembalasan
Tidak ditangguh kehari Kemudian
Jika pernah terlaku kezaliman
Yang afdal adalah bermaafan
Serta pengampunan dari Atasan
Kerana Tuhan telah berfirman
Ulama, yang ugamanya menjadi jualan
Sedangkan dunia jadi kejaran
Sama pemimpin menzalimi insan
Ke neraka jahanam akan dihumban

Nak menjatuh hukum, siapalah kita
Tidak termampu nak diuji dan periksa
Dosa pahala hanya Tuhan mengetahui rahasia
Mungkinkah ini satu balasan………..lama
Ada dua dosa balasan Tuhan tak ditunda
Pertama kezaliman seorang penguasa
Kedua menderhaka kepada ibu dan bapa
Yang mana satu tanyalah dia
Batang tubuh harus kenal dirinya
Peristiwa terjadi satu angkara
Mungkin ada pengajaran berguna
Campakkan ego muhasabahlah segera

Jangan kita ketawakan peristiwa
Kadang-kadang mengundang duka
Jangan biadap kepada yang tua
Nanti kebiadapan anak terhadap kita
Lebih dasyat berganda-ganda
Baru kita terpinga-pinga
Kepada kabilah yang porak peranda
Ada jasat akhlak tiada
Percayalah, akan tiba satu masa
Yang anda semai akan tuai juga
Kada dan qadar tunggulah sahaja
Digulung zaman kabilah binasa.

Nukilan Fauzi A. Rahman

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762