![]() |
|
|
Perlukah kita balik kepada yang asal? Mohd Nasir bin Besar (860414465335) |
|
Proses ‘menginggeriskan’ nampaknya hampir sama dengan proses ‘penjepunan’ yang pernah ditimbulkan oleh penjajah Jepun di Tanah Melayu pada ketika Jepun berkuasa di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Saya sungguh tidak bersetuju dengan kaedah yang digunakan untuk membolehkan para pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan baik maka subjek sains dan matematik mestilah diajar dalam bahasa itu. Saya sama sekali tidak menafikan yang penguasaan dalam bahasa Inggeris yang lebih baik merupakan satu nilai tambah yang amat berguna tetapi dalam masa yang sama kita tidak sepatutnya menafikan peranan bahasa Melayu yang telah sekian lama memainkan peranan yang begitu penting dalam proses pengajaran dan pembalajaran. Saya berasa agak malu kepada pejuang-pejuang bahasa Melayu jika mereka masih ada kerana nampaknya usaha-usaha yang telah mereka curahkan semata-mata untuk melihat martabat bahasa Melayu dinaikkan telah dikhianati. Tidak adakah cara lain lagi untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris? Adakah kita layak bergelar pejuang bangsa yang sebenarnya? Saya berpendapat kita perlulah berbalik kembali kepada perkara asas dalam menyelesaikan masalah penguasaan bahasa kedua itu.
Rasanya perlu kita menyemak kembali adakah
guru-guru mengajar bahasa Inggeris dengan menggunakan ilmu
pedagogi yang betul dan berkesan?Adakah berlakunya keadaan
pelajar berasa seronok apabila tibanya masa untuk belajar bahasa
Inggeris itu sendiri?Saya berasa sungguh bimbang jika para
pelajar kita hilang minatnya terhadap subjek sains dan matematik
sedangkan kita mahu para pelajar begitu cemerlang dalam
subjek-subjek agar kemahiran dalam bidang itu boleh menjadi alat
untuk memajukan negara kita.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|