http://suara-rustam.blogspot.com/
Saya tidak punya banyak simpati terhadap isu yang ditimbulkan oleh Pemuda Umno Pulau Pinang, dan beberapa pemimpinnya seperti Khairy Jamaluddin, tentang peminggiran orang Melayu di Pulau Pinang. Saya kurang senang dengan pendekatannya yang terlalu kuat berbau perkauman, sedangkan isunya boleh dilihat dari pelbagai sudut.
Saya bersetuju dengan
Ketua Menteri Koh Tsu Koon yang
menanggap isu itu sebagai isu
“pembangunan tak seimbang” (uneven
development). Dan persoalan
pembangunan tak seimbang itu memang
terdapat di mana-mana, bukan sekadar di
Pulau
Tetapi saya juga kurang senang dengan sikap Koh – malah dengan sikap seluruh perhimpunan parti Gerakan – yang memilih untuk menghantukan (demonise) Pemuda Umno Pulau Pinang dan Khairy Jamaluddin kerana kritikan mereka terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Koh itu. Pendekatan mereka terhadap isu ini memanglah salah, terlalu perkauman – namun tidakkah pendekatan perkauman yang demikian itu merupakan kejulingan abadi dan strategi tunggal dalam percaturan politik orang-orang Barisan Nasional?
Mengapakah Pemuda Umno
Pulau Pinang dan Khairy Jamaluddin perlu
didemonise begitu rupa, sedangkan
perbuatan menggugat kedudukan Koh dan
Gerakan di Pulau
Pada hemat saya, ada baiknya jika Koh memberikan beberapa kuliah kepada Pemuda Umno Pulau Pinang dan Khairy Jamaluddin tentang pelbagai cara untuk menanggap isu “peminggiran Melayu” dan “pembangunan tak seimbang” di Pulau Pinang itu.
Saya juga berasa sedikit ganjil tentang jawapan yang diberikan Koh terhadap para pengkritiknya itu. Dia menuntut agar kritikan mereka itu disokong dengan fakta dan angka, dan dia seterusnya meminta agar kritikan itu turut juga mengemukakan saranan penyelesaiannya secara konkrit.
Saya tak tahu tentang
Pemuda Umno Pulau Pinang, namun bagi
seorang pemerhati sekilas pandang
seperti saya masalah peminggiran Melayu
Pulau Pinang itu terasa agak “real” juga.
Oleh kerana Koh kini telah mengakui
wujudnya masalah pembangunan tak
seimbang di Pulau
Negara kita ini bukanlah
negara bebas maklumat, dan data seperti
itu biasanya hanya ada pada pihak
kerajaan dan bukannya pada pihak-pihak
di luar kerajaan. Untuk data tentang
kependudukan negara ini sahaja saya akan
lebih mudah memperolehnya di sebuah
institusi di
Jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyedari wujudnya masalah peminggiran Melayu itu, maka tidakkah sepatutnya masalah itu diberikan keutamaan, sepatutnya telah dikaji, telah diperikan menurut perpektif (bukan perkauman) yang sesuai – dan kemudian dikemukakan saranan penyelesaian yang akan diambil oleh kerajaan negeri? Jika saranan itu masih boleh diperbaiki, maka orang luar bolehlah memberikan input dan pandangan mereka seterusnya.
Sekadar mencadangkan
Balik
Oleh yang demikian, jawapan Koh kepada para pengkritiknya itu, pada hemat saya, merupakan saranan yang terbalik dan songsang. Dalam keghairahan kita bermain politik perkauman (seperti dalam BN), seringkali kita lupa tentang pendekatan yang sesuai untuk mencari penyelesaian sosial secara yang waras lagi logik.
