|
Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
Subject: Adakah pertahanan udara negara begitu rapuh ?
Date: Thu 07/06/06 02:44 AM
Beberapa kemalangan yang menimpa pesawat Tentera Udara Di Raja
Malaysia (TUDM) mutakhir ini menggusarkan rakyat Malaysia apakah
sistem pertahanan negara kita rapuh serta mempertaruhkan nyawa
anggota TUDM khususnya dan rakyat pada amnya. Dalam masa tidak
sampai sebulan satu pesawat Hawk telah terhempas, satu pesawat
Hawk telah melakukan pendaratan kecemasan dan satu helikopter
Nuri juga telah melakukan pendaratan kecemasan.
Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak
selaku Menteri Pertahanan telah menyarankan agar pegawai-pegawai
kerajaan dapat memberi pandangan, teguran serta cadangan kepada
menteri-menteri dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu
perkhidmatan kementerian masing-masing.
Dalam Kementerian Pertahanan sudah pasti yang lebih arif
mengenai keperluan pertahanan negara adalah pegawai-pegawai
serta anggota-anggota tentera sendiri dari yang tidak berpangkat
hinggalah ke Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sebagai rakyat biasa yang tiada kepakaran dalam bidang
pertahanan negara atau pun ketenteraan, statistik kekuatan TUDM
yang dipaparkan dalam beberapa laman web adalah amat
menggusarkan. Ianya menggambarkan bahawa pertahanan udara negara
jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara jiran yang
kerdil dan lebih sediki jumlah penduduknya iaitu Singapura.
Buat masa ini TUDM mempunyai 14 pesawat pejuang MiG-29N, 2
pesawat pejuang MiG29NUB, 8 pesawat pejuang F/A-18D Hornet, 7
pesawat pejuang Aermacchi MB-339A, 16 pesawat pejuang Hawk 208,
6 pesawat pejuang Hawk 108, 2 pesawat pejuang RF-5E Tigereye, 3
pesawat pejuang F-5F dan 10 pesawat pejuang F5E Tiger II.
TUDM juga mempunyai 17 pesawat pejuang MB-339C yang dibeli
daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih
tidak lagi beroperasi. TUDM juga akan menerima 18 pesawat
pejuang Sukhoi SU 30MKM dalam masa terdekat ini secara
berperingkat.
Sementara itu TUDM dalam kategori pesawat pengangkut pula
mempunyai 8 pesawat Hercules C-130-30 , 2 pesawat Hercules
C-130, 4 pesawat pengangkut minyak Hercules KC-130130H, 8
pesawat komunikasi Cessna 402B, 8 pesawat CN235-220M, 2 pesawat
VIP CN235-220M, 1 pesawat VIP Boeing 737-700 BBJ, 1 pesawat VIP
Bombardier Global Express, 1 pesawat VIP Bombardier CRJ-700
Regional Jet, 1 pesawat VIP Dassault FALCON 900B dan 1 pesawat
VIP F28-100. Sementara itu TUDM telah menempah 4 pesawat
pengangkut Airbus Military A400M.
Dalam bidang maritim pula TUDM memilikki 4 pesawat Beechcraft
Super Kingair B200T MPA dan 2 pesawat Lockheed Hercules PC-130H.
Untuk kategori helikopter pula TUDM mempunyai 28 buah helikopter
serbaguna Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter komunikasi
Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter VIP Agusta Sikorsky
A56-N1, 1 buah helikopter VIP Agusta A-109C dan 2 buah
helikopter VIP Sikorsky S-70 Black Hawk. TUDM juga akan menerima
10 buah helikopter buatan Rusia Mi-171SH untuk tujuan mencari
dan menyelamat.
Dalam kategori pesawat pelatih pula TUDM mempunyai 36 pesawat
Pilatus PC-7, 8 pesawat Pilatus PC-7MkII, 20 pesawat MD3-160
Aerotiga dan 3 pesawat CTRM Eagle ARV.
Pesawat-pesawat TUDM ini ditempatkan di 8 buah pengkalan udara
iaitu di Gong Kedak, Alor Setar, Butterworth, Kuantan, Subang,
Sungai Besi, Kuching dan Labuan.
Dibandingkan pula dengan keupayaan Tentera Udara Republic
Singapura (RSAF Republic of Singapore Air Force) semua negara
yang kerdil. RASF mempunyai 26 pesawat pejuang F-16C Falcon, 36
pesawat pejuang F-16D Falcon, 36 pesawat pejuang F-5S Tiger 2, 9
pesawat pejuang F-5T Tiger 2 dan 8 pesawat pejuang RF-5S Tiger
2. Sementara itu RSAF menjangkakan akan menerima sebanyak 12 ke
20 buah pesawat pejuang tercanggih di dunia iaitu Boeing F-15SG
pada tahun 2008 atau 2009.
Dalam kategori helikopter pula RSAF mempunyai 18 buah helikopter
pengangkut berat Chinook CH-47SD, 22 buah helikopter pengangkut
Super Puma AS 332M, 6 buah helikopter pengangkut Eurocopter AS
532UL Cougar, 20 helikopter tempur dan anti kereta kebal Apache
Longbow AH-64D dan 6 helikopter anti kapal dan anti kapal selam
Sikorsky ASW S-70B.
RSAF juga mempunyai 6 buah pesawat pengangkut berat Lockheed
C-130H serta 4 buah pesawat VIP F50 UTL. Disamping itu RSAF
memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari jenis
Boeing KC-135R dan memilikki 4 buah pesawat mengisi minyak di
udara dari jenis Lockheed KC-130B.
Menariknya RSAF mempunyai pesawat pengawasan amaran AEWACS
(Airborne Early Warning) sebanyak 4 buah dari jenis Grumman E-2C
Hawkeye. Serta 5 buah pesawat maritim dari jenis Fokker F50 ME2
yang dilengkapi dengan persenjataan Harpoon.
Dalam kategori pesawat pelatih pula RSAF menggunakan 27 pesawat
pejuang Marchetti S.211, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk A-4SU,
4 pesawat pejuang Super Skyhawk TA-4SU dan sekurang-kurangnya 5
buah helikopter Eurocopter EC120 dan AS 550U.
RSAF juga mempunyai beberapa pesawat pengintip tanpa juruterbang
iaitu sebanyak 40 buah dari jenis IAI Searcher Mk2 dan beberapa
buah lagi dari jenis IAI Malat Scout, ST Blue Horizon dan ST
Firefly.
Pesawat-pesawat RSAF ini beroperasi di 6 buah pengkalan udara
dalam negara Singapura iaitu di Changi (Barat), Changi (Timur),
Paya Lebar, Sembawang, Tengah dan Kem Murai.
RSAF turut mempunyai beberapa pengkalan udara di luar Singapura
iaitu Pengkalan Udara Pearce dan Oakey di Australia, Pengkalan
Udara Cazaux di Perancis, Pengkalan Udara Luke, Cannon, Grand
Prairie dan Silverbell di Amerika Syarikat. Pengkalan udara RSAF
di luar negara ini menempatkan pesawat-pesawat dan
anggota-anggota RSAF bagi tujuan latihan. RSAF juga telah
menghadiahkan beberapa pesawat pejuang F-16 kepada Royal Thai
Air Force sebagai pertukaran, RSAF akan menggunakan Pengakalan
Udara Udon Thani di Thailand selama beberapa hari setiap tahun
untuk tujuan latihan.
Pada tahun 2003 Singapura telah menyertai program pembangunan
pesawat pejuang tercanggih F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang
dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun 2015. Dalam masa
akan datang RSAF dijangkakan akan beroperasi dengan menggunakan
dua jenis pesawat pejuang iaitu F-35 dan F-15.
Di atas kertas keupayaan RSAF jauh ke hadapan jika dibandingkan
dengan TUDM. Walaupun negara Singapura begitu kerdil tetapi
kekuatan tentera udaranya membanyangkan bahawa negara tersebut
adalah gergasi pertahanan udara di rantau ini.
Statistik di atas menunjukkan bahawa RSAF lebih tertumpu kepada
operasi pesawat dari jenis yang sama dengan ini akan memudahkan
kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih
anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat tersebut.
Sementara TUDM pula yang mempelbagaikan jenis pesawatnya dengan
Sukhoi dan MIG dari Rusia, Hawk dari Britain, F-18 dari Amerika
Syarikat, MB339 daripada Itali menyebabkan lebih banyak sumber
diperlukan dari sudut kerja penyenggaraan, mendapatkan alat
ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan
menyenggara pesawat.
Apa yang menjadi tanda tanya di sini ialah mengapa TUDM
mempunyai begitu banyak pesawat VIP iaitu 7 kapal terbang VIP
dan 5 helikopter VIP, sedangkan RSAF hanya menggunakan 4
kapalterbang VIP dari jenis Fokker F50.
Adakah kerana Malaysia mempunyai begitu ramai ahli politik, ahli
parlimen, menteri dan jeneral maka TUDM perlu menyediakan banyak
pesawat VIP ?
Persoalan juga timbul akan nasib 17 buah pesawat pejuang MB-339C
yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003
tapi masih tidak lagi beroperasi.
Begitu juga dengan bentuk mukabumi di Malaysia yang dikelilingi
laut yang sudah pastinya memerlukan lebih banyak pesawat maritim,
pesawat AEWACS serta pesawat tanpa juruterbang serta helikopter,
TUDM hanya mempunyai jumlah pesawat yang kecil untuk tujuan ini
jika dibandingkan dengan RSAF.
Ini baru dari sudut pertahanan udara, belum lagi di sentuh dari
sudut pertahanan darat dan laut. Justeru itu Kementerian
Pertahanan haruslah melaksanakan Dasar Pertahanan Negara yang
dapat meyakinkan rakyat bahawa negara kita Malaysia mampu
mempertahankan diri dari sebarang ancaman luar.
Di samping itu kecanggihan senjata juga mestilah diiringi dengan
kecanggihan mental dan spiritual anggota-anggota keselamatan.
Anggota-anggota keselamatan yang beragama Islam haruslah
diperkukuhkan iman dan amalan mereka agar mereka dapat
mempertahankan negara ini dalam apa jua keadaan sekali pun. Ini
adalah berdasarkan pengalaman yang diberikan oleh orang tua saya
sendiri yang baru-baru ini memberi rahsia ketika beliau
berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja dan menyertai
beberapa operasi membanteras pengganas komunis dimana beliau
mengamalkan apa yang diajar dalam Al Quran ketika bertugas. Dan
salah satu daripada amalannya ialah mengamalkan beberapa zikir
yang diajar oleh Al Marhum
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Sheikh Mohd Said. Dan untuk
mengamalkan semua ini yang pasti amalan yang fardhu antaranya
solat lima waktu hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu. Elakkan
daripada amalan-amalan yang syirik, khurafat, tangkal dan
sebagainya untuk menjadikan diri seseorang itu kebal, ghaib dan
sebagainya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN
Marilah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada anggota-anggota
keselamatan kita yang telah gugurkan mempertahankan negara.
Sumber rujukan : Ensaiklopedia Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Air_Force
http://en.wikipedia.org/wiki/Republic_of_Singapore_Air_Force
Rozmal bin Malakan
Negeri Sembilan
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
|