|
Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
Subject: Melayu Telah Di Bangangkan Sejak Sekian Lama !!!
Date: Mon 07/17/06 07:38 AM
Seringkali bila kita diperingatkan atau menonton filem Melayu
mengenai kejatuhan Empayar Islam Melaka di tangan orang Portugis,
kemudian Belanda, kemudian Inggeris, kita digambarkan bahawa
pahlawan-pahlawan Melayu kita berjihad mempertahankan Tanah
Melayu ini dengan hanya menggunakan keris, pedang, tombak dan
panah. Sedangkan orang Eropah menggunakan senapang, pistol dan
meriam.
Hakikatnya Empayar Islam Melaka mempunyai meriam yang jauh lebih
canggih daripada tentera Portugis, Belanda dan Inggeris. Dan
Melayu di zaman Empayar Islam Melaka maju bukan kerana mereka
menggunakan Bahasa Inggeris dan tulisan rumi, tapi mereka boleh
maju walaupun dengan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Sekali lagi
Melayu telah dibangangkan bahawa Melayu ini mundur, tidak
mempunyai ilmu untuk membuat persenjataan canggih, pernah dulu
Melayu diperlekehkan hendak buat paku pun tak tahu.
Berikut adalah sedikit fakta sejarah yang membuktikan orang
Melayu di zaman Empayar Islam Melaka jauh lebih hebat daripada
orang Eropah.
Diterjemah dari laman web
http://www.asiafinest.com/forum/index.php?showtopic=27058&hl=
Lebih kurang seabad selepas senjata api dicipta oleh orang Arab,
orang Melayu mula membuat senjata api. Bukti kegiatan ini telah
didokumenkan oleh W Linehan dalam penulisan beliau bertajuk ?Beberapa
Pertemuan Di Tembeling?. Di tebing Sungai Tembeling di
Semenanjung Malaysia, dia telah menjumpai beberapa acuan untuk
membuat meriam pada abad ke 13 dan 14.
Menurut penakluk Melaka, Alfonso d'Albuquerque, pembuatan
senjata api orang-orang Melaka adalah setanding dengan orang
Jerman. Ini bermakna ianya lebih baik dari orang Portugis,
tetapi senjata yang terbaik ketika itu adalah dari kerajaan
Uthmaniah
Turki. Apabila Portugis mengalahkan Melaka, mereka menjumpai
beribu-ribu meriam termasuk satu meriam yang begitu besar yang
Alfonso telah menghantar ke sekutunya di India iaitu Zamorin
dari Calicut.
Meriam-meriam yang dihasilkan oleh kesultanan Melayu terdiri
dari pelbagai mutu. Yang paling kuat dibuat oleh sultan yang
kaya. Meriam-meriam orang Melayu yang terbaik dengan mudah dapat
menghancurkan kapal-kapal perang Eropah ; antaranya Syarikat
Belanda India Timur hilang kapal perangnya apabila mereka
menyerang Makassar pada tahun 1667 dan satu lagi pada abad ke 18
apabila mereka menyerang orang Bugis di Bintan.
Meriam-meriam yang dihasilkan oleh orang Makassar adalah dari
kualiti yang tinggi yang diminta sebagai ganti rugi oleh orang
Belanda (walaupun orang Belanda yang memulakan peperangan).
Kerajaan Melayu Siam juga telah membuat meriam-meriam yang
terbaik di Pattani. Dalam tahun 1571 mereka telah menyiapkan dua
meriam yang berukuran 22 kaki dan 7 inci. Meriam-meriam ini amat
berjasa dalam mempertahankan Pattani daripada beberapa serangan
Siam selama lebih dua ratus tahun. Pattani akhirnya tewas di
tangan Siam pada tahun 1786 dan meriam-meriam besar Pattani
telah dibawa ke Bangkok. Salah satu meriam, Seri Negeri jatuh ke
dalam laut ketika hendak dibawa.
Yang satu lagi Seri Patani dipamerkan di Kementerian Pertahanan
Thailand.
Alahai, Melayu dibangangkan sejak sekian lama, yang lelaki
dengan imej keris dan perempuan dengan imej berkemban.
Sepatutnya lelaki dengan imej pistol atau senapang dan perempuan
dengan tudungnya. Melayu lebih canggih dan mempunyai kepakaran
yang bukan setanding tapi lebih hebat dari orang Eropah,
walaupun dengan berBahasa Melayu dan menggunakan tulisan Jawi.
Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
|