|
The Star mensensasikan isu murtad
ROSLAN SMS
Isu masyarakat Islam yang memohon untuk meninggalkan
agamanya atau murtad dalam negara ini adalah satu
isu yang sangat sensitif dan kalau boleh tidak mahu
disensasikan. Ini kerana ianya satu isu yang membawa
malu dan aib kepada agama dan jika ditonjolkan
secara keterlaluan ia bakal mengundang padah kerana
isu agama adalah isu yang boleh mencetuskan
ketegangan.
Saya kira masyarakat Islam di Malaysia adalah satu
kelompok masyarakat yang paling toileran jika
dibandigkan dengan masyarakt Islam dunia. Walaupun
mereka menganut agama Islam namun mereka boleh hidup
di bawah satu bumbung dengan masyarakat bukan Islam
yang lain tanpa banyak karenah dan pertikaian.
Perayaan dan upacara kepercayaan agama lain
dihormati dan tidak diganggu atas sifat tolak-ansur
dan muhibbah tadi.
Walaupun terhidu asap dari daging khinzir yang
disalai dikhalayak ramai di Jalan Petaling atau bau
colok dari kuil-kuil termasuklah yang dinyalakan di
hadapan rumah (colok zaman moden ini sebesar pemeluk
kadangkalanya) dan di pokok serta binaan tertentu
atau jalanraya ditutup dan sesak kerana perarakan
Thaipusam, mercun yang bingit dan mendesingkan
telinga dan berbagai lagi, namun semuanya diterima
kerana menghargai kehadiran dan sumbangan semua
pihak ke arah pembinaan negara yang dikasihi.
Akan tetapi saya perhatikan sejak akhir-akhir ini
ada beberapa pihak (saya tidak menuduh semua, tetapi
segelintir pihak yang berkepentingan) sengaja mahu
menjolok-jolok dan mencabar social equilibrium atau
tahap ketenangan sosial ini kononnya atas nama hak
asasi sedangkan ianya sebelum ini tidak pernah pun
dijolok-jolok sedemikian rupa.
Pada hari Sabtu lalu 23 Febuari (keratan akhbar di
bawah) akhbar The Star muka 10 dengan gambar warna
membawa laporan dengan tajuk:
10 siblings want to be listed as Hindus in their
MyKad
(10 adik beradik mahu disenaraikan sebagai beragama
Hindu dalam MyKad mereka)

Konon-kononnya dengan bantuan ahli Parlimen DAP
Bukit Mertajama, Chong Eng, seramai 10 adik-beradik
yang disenaraikan sebagai beragama Islam dalam MyKad
mereka mahu menukar status itu ke agama Hidnu kerana
menurut mereka walaupun bapa mereka Ibrahim Noyah 67
beragama Islam namun mereka dibesarkan dalam
mengamal gama Hindu.
Pada 16 Febuari mereka masing-masing telah
mengemukakan pengakuan bersumpah di Mahkamah
Majistret Seberang Perai Selatan mengaku bahawa
mereka telah mengamalkan agama Hindu sejak lahir.
Mereka masing-masing telah berkahwin dengan penganut
Hindu (tetapi tak seorang pun telah mendaftarkan
perkahwinan mereka itu).
Dalam laporan akhbar itu dikatakan bahawa bapa
mereka Ibrahim Noyah asalnya telah berkahwin dengan
seorang wanita Islam , Sabariah, yang telah
meninggal dunia pada tahun 1958. Selepas itu Ibrahim
telah berkahwin dengan jirannya M.Nagamah (seorang
Hindu) tanpa mendaftarkan perkhawinan itu. Ditulis
dalam laporan akhbar itu:
He then married M.Nagamah but did not require her to
convert
(Beliau kemuadian telah mengahwini M.Nagamah tetapi
tidak mensyaratkannya menukar agama)
Laporan ini sungguh memilukan hati mana-mana
penganut Islam kerana bagaimana seorang bapa yang
beragam Islam boleh rela dan membenarkan kejadian
ini. Dan dalam gambar yang disertakan dengan laporan
The Star ini ditunjukkan dalam kumpulan adik-beradik
itu hadir Ibrahim bersama (yang ketika itu tidak
pula dilaporkan mengalami apa-apa kecacatan)
Tiba-tiba selang tiga hari iaitu pada 27 Febuari
dimuka 14 akhbar yang sama dilaporkan:
Parents of Hindu sibblings want to stay as Muslims
(Ibu-bapa adik-beradik Hindu mahu kekal sebagai
Muslim)

Menurut laporan ini pula kes murtad adik-beradik ini
berubah apabila Ibrahim Noyah, bapa kepada
adik-beradik tersebut yang buta penglihatan (pada
laporan 24 Febuari tidak langsung dinyatakan yang
Ibrahim ini buta) menyatakan bahawa:
He was still a Muslim and that his wife M.Nagamah
had converted to Islam in 2005 and assumed the name
Mariah Abdullah
(Beliau masih seorang Muslim dan isterinya M.Nagamah
telah pun memeluk agama Islam pada tahun 2005 dan
mengambil nama Mariah Abdullah)
Apa sudah jadi?
Akhbar yang sama yang mensensasikan isu murtad ini
tiba-tiba mencanggahi laporan asalnya!
Dalam laporan awal dikatakan bahawa M.Nagamah tidak
menukar agamanya, bermakna Ibrahim merelakan
isterinya kekal sebagai seorang Hindu, tetapi
rupanya M.Nagamah telah pun Islam 2 tahun lalu.
Perkembangan ini sungguh membimbangkan dan kita
mengharapkan agar Jabatan Agama di Pulau Pinang
segera mengambil tahu dan bertindak agar kes ini
tidak dieksploitasi atau diambil kesempatan oleh
mana-mana pihak.
Saya boleh percaya bahawa pada ketika laporan awal
The Star itu terbit mungkin Ibrahim yang buta itu
tidak pun sedar apa yang berlaku, cuma menurut
sahaja. Jika tidak masakan kemudian dia mendakwa
pula bahawa mahu kekal sebagai Islam dan isterinya
juga telah Islam.
Kenapa semua pihak membisu dalam isu ini, siapakah
yang bertanggungjawab memelihara dan mempertahankan
maruah agama dalam hal ini. Kenapa The Star boleh
diberi lesen mensensasikan isu murtad ini
seolah-olah Malaysia kini begitu terbuka dan
mengizinkan penganut Islamnya murtad tanpa apa-apa
masalah.
Bangkitlah segera dari tidur anda sebelum Allah
mencampakkan murka Nya kepada kita.
SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com
|