|
KADIR: Pak Lah tolonglah!
ROSLAN SMS
Saya telah berkesempatan mendengar penjelasan Tun di Taman
Melawati tempoh hari. Saya juga sudah mengikuti penjelasan
bekas Setiausaha Politik Tun, Matthias Chang (yang disiarkan
oleh WEBTV 8 di http://wtv8.tv) dan hari ini saya sempat
pula membaca tulisan Datuk Kadir Jasin dalam ruangannya di
majalah Malaysian Business.
Berdasarkan pendedahan-pendedahan ini saya merasakan PM Dollah
Badawi dan kerajaannya bertanggungjawab bukan hanya kepada Tun,
malah lebih-lebih lagi kepada rakyat Malaysia amnya untuk
memberikan jawapan yang telus dan benar.
Ini bukan isu remeh dan samping-sampingan. Ianya merupakan isu
yang serius dan bakal menghakis kredibiliti Dollah dan
kerajaannya kiranya tiada respon ataupun jawapan yang meyakinkan
diberikan.
Saya sungguh tertarik dengan tulisan Kadir itu yang bertajuk:
Sense and sensibility
Sebagai orang lama dalam industri media, jelas Kadir telah
terdedah dengan karenah dan luar-dalam rumahtangga Umno dan ini
diakui sendiri oleh beliau.
Dalam artikelnya itu Kadir telah menghuraikan peribadi Dollah
yang beliau kenali.Katanya Dollah memang seorang ahli politik
yang matang dan lama bertahan. Dollah adalah jenis pemimpin yang
memiliki gaya NICE MAN ataupun orang baik. Dan ternyata gaya
ataupun penampilan itu menurut Kadir telah banyak membantu dan
menyelamatkan Dollah.
Malah kata Kadir setelah disingkirkan oleh Tun kerana menyokong
Team B (untuk menentang Tun) dahulu Dollah merayu ahli-ahli Umno
yang berjumpa dengannya dengan mengatakan:
Tolonglah Pak Lah
Tapi masalahnya kata Kadir apabila Dollah merangkak naik ke
jawatan PM Dollah terus menampilkan gaya ini sedangkan beliau
sudah duduk di kerusi nombor satu Negara.
Kata Kadir lagi sepatutnya di tahap ini Dollah perlu menonjolkan
kualiti-kualiti kepimpinan yang teguh antarnya sikap cekal,
berkesan, proaktif dan yangpaling penting lagi meyakinkan.
Malangnya beliau tidak membawa kualiti-kualiti ini dan kerana
itu kata Kadir sudah tibalah masanya untuk rakyat meberitahu
Dollah bahawa:
Pak Lah tolonglah!
Tolonglah kerana anak saya graduan yang menganggur, tolonglah
jangan naikkan lagi harga barangan sesuka hati, tolonglah
menepati seruannya untuk membenteras rasuah dan salah guna kuasa,
tolonglah pertahankan kepentingan dan kedaulatan Negara, dan
tolonglah seribu satu lagi!
Kata Kadir, Dollah telah tiga tahun menjadi PM dan beliau tidak
boleh lagi berselindung disebalik wajah MR NICE nya ataupun
meryau rakyat agar jangan mempertikaikan keikhlasannya.
Sepatutnya Dollah perlu tegas dan lebih utama lagi jelas dalam
sikap dan tindak-tanduknya.
Dan lebih serius lagi kata Kadir imej Dollah sekarang ini
semakin bermasalah kerana beliau mengizinkan penyerapan pengaruh
kaum keluarganya di dalam perniagaan dan politik.
Sebagaimana Tun dan Matthias saya percaya Kadir memikul risiko
yang besar kerana menulis artikel ini dan artikel-artikel lain
yang berkaitan. Kita sepatutnya bertanya, mengapa mereka ini
bersikap sedemikian rupa?
Tun sebagaimana yang dinyatakan oleh Kadir sendiri bukanlah
menegur untuk merampas kembali kuasa, Tun sendiri mengakui
bahawa beliau pun sudah sampai ke penghujung usianya. Begitu
juga Matthias yang kini seorang penulis dan peguam yang berjaya
(tetapi sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan apa yang
beliau nyatakan). Dan demikian juga Kadir sendiri yang sudah
cukup berjaya dan berpuas hati
Lalu apa yang meraka mahukan?
Kadir menulis:
Kerajaan Dollah mungkin tidak berada diambang keruntuhan, tetapi
bagaimana ia menjawab kritikan Tun dan ketidakpuasan hati rakyat
yang semakin memuncak, akan menetukan nasib dan masa depannya
teruatama dalam pilihanraya umum yang akan datang.
SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com
|