|
Guan Eng akur dengan Kuan Yew?
ROSLAN SMS
Isu ini seharusnya jangan dilihat dari skop
perkauman semata-mata, walaupun itulah yang Kuan Yew
inginkan. Sepatutnya rakyat Malaysia bangun
mengkritik dan menentang kenyataan biadap Kuan Yew
itu kerana beliau seolah mahu campur tangan dan
mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara kaum di
Malaysia yang walaupun tidak ideal tetapi jauh lebih
baik dari tempat-tempat lain termasuk di Singapura
sendiri.
Kuan Yew mahu menunjukkan kepada dunia bahawa beliau
dan kerajaan anak beliaulah yang terbaik dirantau
ini. Di Malaysia, di Indonesia warga keturunan Cina
dipinggirkan, didiskriminasi. Hidup susah dan
merempat.
Kita tak tahulah di Indonesia bagaimana, tetapi di
Malaysia saya merasakan kenyataan itu bohong dan
sangat jahat.
Baru-baru ini kita mendengar parti Gerakan dan MCA
masing-masing menolak dakwaan Kuan Yew itu. Cuma
yang saya sedikit gusr adalah apabila DAP melalui
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, yang tidak
mengkritik Kuan Yew tetapi sebaliknya bersetuju
bahawa masyarakat Cina, India dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak serta sebahagian orang Melayu yang
miskin memang terpinggir dan tersisih.
Malah yang lebih malang lagi Guan Eng turut
mengkritik reaksi bekas PM Tun Dr Mahahtir terhadap
kenyataan Kuan Yew itu apabila Tun mencabar Kuan Yew
dengan mengatakan:
Mengapa masyarakat Melayu di republik tersebut
dipinggirkan dan mengapa mereka seolah tiada status?
Tambahan jurang pendapatan per kapita antara
masyarakat Melayu dan Cina terlalu besar. Ini yang
sepatutnya disiasat oleh beliau (Kuan Yew) dan
bukannya menuding jari kepada jiran-jirannya.
Lalu Guan Eng menyatakan:
Then they should not be adopting the hypocritic
allegations Mahathir in asking how many Malays are
holding top positions in the Singapore government.
Mahathir has no right to practice double-standards
ask these questions when there are no Chinese
holding top positions in armed forces or police.
There is not even a non-Malay Vice-Chancellor in a
public university or a Mayor in any Malaysian city.
Mengapa Guan Eng memilih untuk menyerang semua pihak
dan memperakui dakwaan Kuan Yew itu?
Saya kira dalam hal ini kita sepatutnya bertindak
rasional dan mengenepikan sentimen politik dan kaum
serta mempertahankan maruah Negara yang cuba
dicalarkan oleh Kuan Yew yang celupar itu. Kalau DAP
mahu membangkitkan isu peminggiran kaum Cina, maka
forum yang sesuai adalah di Parlimen. Tetapi apabila
Setiausaha Agung DAP dalam hal ini memilih untuk
bersetuju dengan bekas Presiden PAP itu secara
terbuka saya merasakan Guan Eng juga telah jatuh ke
dalam perangkap Kuan Yew yang memang mahu melihat
isu ini dibesar-besarkan sehingga mencetuskan
ketegangan sesama kita.
Isu peminggiran atau MARGINALISATION yang cuba
dicetuskan oleh Kuan Yew itu tidak boleh disamakan
dengan isu kemiskinan.
Dalam hal kemiskinan kita akui kerajaan Umno BN
masih gagal membela nasib rakyatnya bukan hanya
dikalangan masyarakat Cina tetapi lebih ramai lagi
masyarakat Melayu, India dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak yang terbabit.
Tetapi isu peminggiran yang Kuan Yew maksudkan itu
seolah menggambarkan masyarakat Cina adalah
masyarakat kelas kedua dalam Negara yang mana saya
anggap tidak benar sama-sekali. Yang sebenarnya
masyarakat kelas kedua adalah Melayu Singapura!
Guan Eng cuba mengeruhkan suasana dengan memberikan
peluru kepada Kuan Yew dengan menyatakan bahawa:
There are no Chinese holding top positions in
armed forces or police. There is not even a
non-Malay Vice-Chancellor in a public university or
a Mayor in any Malaysian city.
Saya tidak faham mengapa Guan Eng membangkitkan hal
itu sedangkan keanggotaan masyarakat Cina
sebagaimana kita tahu sangat sedikit di dalam
angkatan tentera dan polis. Namun dengan itupun kita
pernah mendengar anak-anak Malaysia dari keturunan
Cina yang pernah menjadi pegawai kanan Polis
antaranya Dato Seri Yuen Yuet Leng, Datuk Henry
Chin.Kita mungkin tidak ada Naib Canselor dari
kalangan masyarakat Cina tetapi di IPTS bagaimana?
Dan kenyataan beliau bahawa tidak ada seorang pun
Datuk Bandar dikalangan masyarakat Cina di Malaysia
itu ternyata meleset. Siapakah Datuk Bandar Kuching
Selatan yang pertama jika tidak Datuk Song Swee
Guan. Dan Datuk Bandarnya yang terbaru yang baru
sahaja dilantik adalah Chong Ted Siung. Apakah Guan
Eng mengira Song dan Chong ini anak-anak Melayu juga?
Bagi saya apabila Negara jiran menyerang dan
memburukkan kita, sewajarnya kita berpadu tenaga
menangkisnya tambahan apabila pertuduhannya begitu
jahat dan sengaja mahu mencetuskan sengketa.
Guan Eng perlu menyemak semula kenayataannya, jika
tidak masyarakat Malaysia kelak bukan sekadar akan
menyerang Kuan Yew dan Singapura tetapi beliau dan
partinya sekali turut menempah maut.
kunjungi BLOG Roslan SMS
http://n32.blogspot.com
saksikan siaran web tv alternatif
http://wtv8.tv |