|
Utusan: Jangan sampai orang
berdoa ia berkubur
ROSLAN SMS
Apabila ramai yang mempertikaikan bahawa
penggabungan Utusan-NST kelak akan menggugat
kebebasan Utusan, saya kira ramai yang sebenarnya
skeptikal ataupun ragu-ragu. Kerana bagi mereka
Utusan itupun sebenarnya sudah tidak bebas lagi.
Sejak Umno mengambil-alih akhbar tersebut diawal era
kemerdekaan bau nafasnya sudah berbau Umno, lantas
untuk berhujah bahawa Utusan akan hilang
kebebasannya apabila bergabung dengan NST, orang
akan bertanya kebebasan apa?
Kiranya Utusan bebas, ia akan mampu melaporkan
berita dengan penuh tanggungjawab dan keterbukaan.
Laporkan berita-berita kerajaan dan parti pemerintah
tetapi dalam waktu yang sama laporkan juga
perkembangan parti-parti pembangkang dan
pandangan-pandangan kontra dengan arus perdana. (Demikianlah
Utusan di zaman Said Zahari dan pemimpin yang
sebelum beliau).
Yang penting ada nilai berita, kiranya ada
laporkanlah tanpa prejudis dan berpihak atau lebih
parah lagi mengeluarkan pandangan sendiri dari
perspektif pemegang saham.
Walaubagaimanapun kiranya Utusan memilih untuk
menghamburkan nafas Umno juga, maka isytihar dirinya
sebagai suara parti berkenaan, sebagaimana Harakah
sebagai organ parti.
Lihatlah akhbar-akhbar berbahasa Cina dan akhbar THE
SUN contohnya, apa sahaja berita yang menarik minat
ramai dilaporkannya, itulah bebas dalam ertikata
yang sebenarnya.
Saya sesungguhnya bosan dengan Utusan apabila mereka
(rakan-rakan di jabatan pengarang) diasak dan
dipaksa oleh POLITICAL MASTERS mereka untuk membuat
laporan dan ulasan menurut selera politik mereka.
Ambil
contoh kartun SENYUM KAMBING hari ini
Kartun ini merujuk kepada satu himpunan jentera
Pemuda PAS yang diadakan di Kota Bharu semalam yang
diberi nama Himpunan 15,000 Pemuda PAS. Utusan tidak
pula melaporkan darihal kejayaan penganjur
mengumpulkan lebih 15,000 pemuda dari seluruh negara
berhimpun di Kota Bharu.
Utusan juga tidak melaporkan bahawa Pemuda PAS Johor
dikecualikan dari hadir dalam perhimpunan ini kerana
dikerahkan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa
banjir di negeri mereka. Dan Utusan tidak pernah
melaporkan bahawa PAS Johor telah membuka
bilik-bilik gerakan di Johor dan Timbalan Presiden
PAS adalah antara yang terawal turun ke negeri
tersebut mengagih-agohkan bantuan dan menziarahi
manga banjir di sana.
Sehingga hari ini Utusan TIDAK BERANI melaporkan
darihal kegiatan dan aktiviti bantuan kemanusiaan
yang telah dilancarkan oleh PAS Pusat dan PAS Johor.
Tiba-tiba senyum kambing di dada depan Utusan hari
ini menyatakan:
Orang sibuk Bantu mangsa banjir, mereka sibuk
berpolitik
Ini bukan bebas, tetapi fitnah dan pembohongan.
Kalau beginilah berterusan sikap Utusan, percayalah
simpati terhadap nasib mereka tidak akan diambil
peduli orang, malah akan ada (dan memang yang telah
ada pun) yang mendoakan agar biarlah berkubur Utusan
kalau beginilah halnya! |