|
Oil-for-Food PBB:
Saya tidak terlibat kata PM
ROSLAN SMS
Sekiranya kita melawat ke laman web Badan Pencegah
rasuah BPR, kita dapat klik ke ruangan perundangan
dimana diterangkan darihal takrif suapan, kesalahan
rasuah dan peruntukkan undang-undang berkenaan
rasuah.
Di bawah huraian kesalahan rasuah dijelaskan:
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan
atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa
keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan
apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu,
saudara maranya atau sekutu - nya ada kepentingan
secara langsung atau tidak langsung.
Saya membawa perkara ini kerana di dalam kekalutan
kita membicarakan darihal permohonan maaf Lee Kuan
Yew dan ketidak-tentuan sikap kerajaan mengenainya,
terdapat satu berita kecil yang mungkin tidak
mendapat perhatian orang kebanyakkan.
Dalam akhbar THE STAR satu ruangan kecil empat
perenggan membawa tajuk:
PM: I have no interest in Iraq scheme
Dan dalam akhbar THE SUN:
Abdullah denies involvement in project
Setelah perjumpaan khas PM Dollah Badawi dengan para
ulamak jemputan di Putrajaya semalam seorang
pemberita bertanya berkenaan dakwaan penglibatan
beliau di dalam program Oil-for-Food Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu sebelum Iraq diduduki Amerika
Syarikat dan tentera bersekutu dahulu sebagaimana
dilaporkan di dalam laman-laman web tertentu.
Program PBB untuk Iraq itu dikatakan melibatkan
kontrak berjumlah USD800 juta ataupun RM2.96
billion.
Kata Dollah sebagaimana dipetik THE STAR:
The website can say whatever it wants. I know
what I have done. I do not have any interest of any
sort.
Laman web itu boleh perkatakan apa sahaja yang ia
mahu. Saya tahu apa yang telah saya lakukan. Saya
tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung.
Manakala THE SUN melaporkan:
Recommending people an opportunity to participate
does not imply that I have been involved in any
dealings. It is quite normal for government leaders
to write letters of introduction for any particular
group seeking genuine business opportunities.
Memberikan sokongan kepada mana-mana pihak bagi
berpeluang mengambil bahagian (dalam perniagaan)
tidak bermakna yang saya terlibat dalam urusannya.
Ianya sesuatu yang biasa bagi pemimpin-pemimpin
kerajaan untuk menulis surat memberikan sokongan
kepada mana-mana kumpulan yang mahu menceburkan diri
dalam peluang perniagaan.
Sebenarnya bekas PM Tun Dr Mahathir pun ada
mendedahkan darihal penglibatan Dollah ketika itu
Dollah adalah TPM. Dan kumpulan atau syarikat yang
menerima sokongan Dollah itu menurut laporan
berkenaan program tersebut yang disediakan oleh
Charles Duelfer dan Paul A. Volcker turut melibatkan
Tradeyear Sdn. Bhd. dan Mastek Sdn. Bhd. Salah
seorang yang terlibat aktif dalam kumpulan itu
adalah Noor Asiah Binti Mahmood I/C No:
530624-08-5224, beliau adalah adik ipar Dollah, adik
kepada allahyraham Kak Endon.
Dalam laporan itu disebut:
The Volcker Report also mentions that Abdullah had
written a letter to Taha Yassin Ramadan on 13
November 2000 recommending a delegation headed by
Mr. Faek Ahmad Shareef and Noor Asiah Mahmood
Laporan Volcker menyebut bahawa Abdullah telah
menulis surat kepada Taha Yassin Ramadan pada 13
November 2000 dengan memebrikan sokongan kepada satu
delegasi yang diketuai oleh En Faek Ahmad Shareef
dan Noor Asiah Mahmood.
Laporan itu turut menyebut:
A review of Iraqi documents confirms the association
between Iraqi officials, Mr. Faek Ahmad Shareef and
Abdullah. References to Mr. Shareefs oil allocation
in the SOMO (State Oil Marketing Organisation)
documents appear in some instances as Mr. Faek Ahmad
Shareef/for the benefit of Abdullah.
Suatu semakan terhadap dokumen-dokumen Iraq itu
mengesahkan penglibatan antara para pegawai Iraq,
En. Faek Ahmad Shareef dan Abdullah. Rujukan kepada
peruntukkan minyak En Shareef di dalam
dokumen-dokumen SOMO (Organisasi Pemasaran Minyak
Negara) di dalam beberapa bab merujuk kepada En.
Faek Ahmad Shareef/untuk kepentingan Abdullah.
Adakah tindakan Dollah itu jatuh di bawah huraian
rasuah sebagaimana yang terdapat dalam laman web BPR
itu?
Saya difahamkan beberapa ketua kerajaan lain yang
turut terlibat dengan program PBB ini telah pun
melepaskan jawatan masing-masing apabila skandal ini
didedahkan kecuali Dollah. Jadi bagaimana ya?
SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com
TONTONI WEB TV ALTERNATIF
http://wtv8.tv |