|
Nazri macam betina serang Tun
ROSLAN SMS
Antara pemimpin Umno yang duduk dalam kabinet hari ini yang
terkenal dengan ucapan biadap dan kasar adalah Nazri Aziz,
bekas Ketua Pemuda Umno yang mendapat tempat dalam arus perdana
Umno hasil dari jasa Tun Dr Mahathir ketika Tun berkuasa dahulu.
Malaysiakini sebentar tadi (yang turut dipetik Jeff Ooi) dalam
laman webnya menyiarkan berita terkini dari lobi Dewan
Rakyat dengan tajuk:
Be a Jantan, quit Umno
Nazri yang juga Menteri di JPM diberitakan kesal dengan sikap
Tun yang sejak akhir-akhir ini banyak mengkritik kerajaan.
Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa jika Tun berhasrat
berlagak bagaikan seorang ahli pembangkang maka lebih baik
beliau menjadi seorang jantan dan meninggalkan sahaja Umno!
Beliau turut berkata:
An 81-year-old man wants to quarrel with a 31-year-old young
man. Better to pick someone his own size. Because you're
angry with a young politician, you want burn the country.
Orang tua berusia 81 tahun mahu bergaduh dengan anak muda
berusia 31 tahun. Carilah orang yang sebaya dengan anda.
Hanya kerana marahkan seorang ahli politik muda, Tun mahu bakar
sebuah negara.
Benarlah kata Tun pada hari Sabtu lepas bahawa Dollah sebagai PM
sekarang tidak perlu membuka mulut apabila dikritik. Yang
akan melenting dan melompat bagi pihak beliau adalah
CHORUS DANCERS nya seperti Nazri ini.
Nazri semasa Tun berkuasa dahulu adalah antara yang gagah
berdiri memuji dan memuja Tun di mana-mana sahaja. Kini
apabila Tun sudah tidak berkuasa, maka Nazri antara yang ghairah
memukul dan mengeji Tun.
Benarlah lagi sebagaimana kata Tun:
Sekarang saya sedar sokongan itu (dikalangan ahli-ahli
kabinetnya dahulu) tidak bererti. Sekarang saya tahu
mereka sokong (saya dahulu) sebab saya Perdana Menteri.
Maknanya bila dah tak PM inilah padahnya yang terpaksa Tun pikul
dan yang barangkali Dollah juga perlu pikul satu hari
nanti.
Yang hairannya rupanya bukan sekadar Dollah malah Khairy
Jamaluddin yang Tun umpamakan bagai:
Budak belum kering hingus pun tak perlu membela diri kerana akan
ada gurkha seperti Nazri yang akan melonjak mempertahankan
beliau apabila peribadi beliau disentuh.
Saya yakin rakyat Malaysia sedang memerhatikan perkembangan ini
dengan penuh teliti. Inilah pendirian dan sikap pemimpin
yang telah berjaya kita lahirkan setelah Merdeka lebih setengah
abad.Kata Tun lagi:
Sekarang ini saya fikir (kabinet yang ada) sudah tidak ada
kualiti.
Jawablah tuduhan dan kritikkan orang tua itu, tak perlulah
menghina dan memijak-mijaknya. Kami yang tak pernah kasih
dan cinta pada Tun sebagaimana Nazri pun rasa tidak selesa
membaca kenyataan ini. Mengapa harus biadap dah kurang ajar
sedangkan kita mendapat tempat atas ihsan dan belas orang
tua ini juga.
Kita tahu rahsia Nazri dengan Tun, itu kisah lama, tapi
janganlah tunggu bila orang tua tu dah tak bertaring, tak
berkuasa baru nak jadi jantan dan terajangnya sehingga
tersungkur, itu perangai betina perangai bacul bukan
jantan namanya!
SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com
|