|
Siapakah yang menyelamatkan Tun Dr M
dari dipecat?
ROSLAN SMS
Maka redalah sikit kisah yang mengatakan bekas Presiden Umno,
Tun Dr Mahathir akan dipecat dari parti tersebut apabila Majlis
Tertinggi Umno enggan berbuat demikian semalam.
Dalam pada itu saya dihujani dengan pelbagai maklumat, teori dan
andaian dari pelbagai pihak tentang apa yang sebenarnya berlaku
sewaktu Majlis Tertinggi Umno bersidang selama 3 jam pagi
semalam.
Ada sahabat memaklumkan saya bahawa usul untuk memecat Tun telah
pun disediakan. Malah difahamkan usul itu atas arahan pihak
tertentu perlu dibawa oleh Timbalan Presiden Umno, Najib Tun
Razak sendiri bagi membuktikan beliau bukan memainkan watak
BRUTUS (tikam Dollah dari belakang) lantaran sayangnya Tun
kepada beliau.
Akan tetapi disaat-saat akhir, kononnya arahan dan usul tersebut
terpaksa ditarik balik. Sumber itu berkata ada pihak tertentu
yang telah menyelamatkan Tun dari tali gantung Umno itu!
Siapakah pemimpin itu?
Saya mulanya menyangkakan mestilah Najib sendiri ataupun
orang-orangnya yang dalam MT. Tetapi sahabat tadi berkata bukan.
Lalu siapa?
Katanya pemimpin itu adalah Naib Presiden PAS Husam Musa.
Saya kebingungan lalu bertanya apa ada kena mengena dengan Husam
dalam hal ini?
Kata beliau bukankah Husam yang telah membuat kenyataan sebelum
ini bahawa beliau menerima maklumat yang Tun akan dipecat dalam
mesyuarat MT ini. Maka jika benar Tun dipecat juga bermakna
sumber dan maklumat Husam tepat dan benar. Ini juga bermakna
memang ada ketirisan dari kalangan kepimpinan Umno dan memang
sah Umno berpecah lantaran kritikan dan serangan Tun terhadap
Dollah itu.
Saya senyap memikirkannya, memang berasas juga kalau difikirkan.
Tapi apa pun, ada dikalangan pemerhati politik mengandaikan
bahawa kegagalan memecat ataupun memberi amaran kepada Tun
semalam membuktikan kelemahan pimpinan Dollah dan betapa memang
wujudnya gelombang perpecahan di dalam parti Melayu itu.
Saya yakin Tun akan terus bercakap kerana selama ini kritikan
dan serangan beliau semuanya beserta dengan fakta dan maklumat.
Beliau akan melihat kelemahan MT Umno di bawah Dollah sebagai
peluang untuk belia terus bercakap.
Sementara itu sampai hari ini kedua-dua Kalimullah Hassan dan
Khairy Jamaluddin senyap membisu tidak menyahut cabaran bekas
Setiausaha Politik Tun, Mathias Chang, untuk berdebat dengan
beliau darihal isu siapakh dalang sebenarnya di belakang Dollah
yang mencuri kesempatan untuk kepetingan diri itu.
SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com
TONTONI WEB TV ALTERNATIF
http://wtv8.tv
|