|
Insaflah sebelum terlambat
ROSLAN SMS
Gejala RIDDAH ataupun tindakan individu Muslim memohon untuk
mengisytiharkan dirinya keluar dari Islam ataupun MURTAD
merupakan suatu gejala yang semakin menonjol dan ketara sejak
akhir-akhir ini.
Bermula dengan pendedahan Mufti Perak bahawa terdapat ratusan
ribu rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu yang terlibat dalam
gejala ini, kebimbingan mula menular dikalangan rakyat dan
individu Musli yang prihatin.
Ada juga individu dan kumpulan yang btak ambil pusing, malah
memperkecil serta meremehkan gejala ini sebagai sesuatu yang di
EXAGGERATE kan atau diperbesar-besar.
Sesungguhnya jenayah RIDDAH ini tidak boleh dipandang remeh oleh
mana-mana pihak. Beratnya jenayah ini sehingga ianya diperangi
oleh Abu Bakar r.a dizamanya. Mungkin kerana ianya tidak
melibatkan adik-beradik atau kaum keluarga kita maka kita
menganggapnya sebagai kecil.
Awas apabila kita terlepas pandang, musuh-musuh Islam akan
melonjak-lonjak menari dalam kegembiraan. Apa tidaknya suatu
tindakan yang melibatkan JENAYAH HUDUD dalam Islam, sebagaimana
ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan dilaksanakan oleh para
sahabat, tiba-tiba dizaman kita ianya dipandang sebagai perkara
peribadi, hak asasi dan kebebasan.
Satu kes yang sedang menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan
hari ini yang berkaitan dengan kes MURTAD ini adalah kes
melibatkan seorang wanita Melayu Islam Azlina Jailani ataupun
Lina Joy yang memohon agar mahkamah mengisytiharkan beliau
berhak menggugurkan Islam dari kad pengenalannya kerana telah
pun memeluk Kristian dan sudah pun mendirikan rumahtangga denga
seorang lelaki Kristian.
Kes ini dan banyak lagi kes-kes yang sedang menunggu keputusan
sungguh menggempar dan menganggu kedaulatan Islam dan umat Islam
dalam negara.
Sekadar untuk makluman para pembaca saya siarkan seruan doa oleh
NATIONAL EVENGELICAL CHRISTIAN FELLOWSHIP OF MALAYSIA (NECF)
sebuah badan gabungan gereja-gereja Malaysia, yang sedang tekum
memerhatikan perkembangan kes ini:
SUGGESTED PRAYER ITEMS:
1. Lina Joy & her family for strength to endure and the wisdom
and faith to stand firm throughout the process and planning for
the future.
2. Counsel Datuk Dr Cyrus Dass and his team for perseverance,
wisdom and favor as they prepare for further appeal to the
Federal Court.
3. Federal Court judges: just, wisdom and impartiality; uphold
individual freedom to choose a religion. They will be people of
integrity who keep to their judicial motto BERKHIDMAT UNTUK
KEADILAN. They will uphold the supremacy of the Federal
Constitution, have an open mind in interpreting the law, and
will deliver judgment without fear or favor.
4. Against the spiritual forces (Ephesians 6:12) behind those
who seek to hijack RELIGION for their own gain, to sow discord
in the community, and to tarnish the public image of Malaysia as
a moderate and peaceful country.
5. The Government will act justly to diffuse any attempt to
incite religious sentiment and hatred.
6. Rational and moderate religious and civil groups willing to
work together for public interests and justice. Wisdom, strength
and courage to overcome any obstacle.
7. That whatever decision arrived at by the Federal Court, God
will so overrule all concerned, whether human persons or
supernatural powers; that righteousness and freedom, peace and
harmony, and the overall wellbeing of the nation will prevail.
Perhatikan perenggan 4 iaitu doa mereka yang ditujukan kepada
kumpulan yang mahu mewujudkan ketegangan dan porak-peranda demi
kepentingan AGAMA masing-masing, dan yang mahu mencemarkan imej
Malaysia sebagai sebuah negara aman dan moderat. Siapakah
kumpulan itu yang dimaksudkan oleh gereja-gereja Malaysia ini?
NECF memetik ayat Ephesians 6:12 dari kitab suci mereka. Berikut
saya berikan ayat yang dimaksudkan:
For we wrestle not against flesh and blood, but against
principalities, against powers, against the rulers of the
darkness of this world, against spiritual wickedness in high
places.
Dan kita bergelut bukannya menentang tubuh badan, tetapi kerana
prinsip, menentang kuasa, kerajaan dunia yang gelap, menentang
semangat jahat di tempat-tempat tertinggi.
Di hari Jumaat yang penuh BARAKAH ini, wahai saudara-saudara ku
umat Islam yang dikasihi, insaflah kita semua. Kembalilah ekpada
Islam yang sebenar, yang dibawa dan ditegakkan oleh Baginda
Rasulullah saw. Kiranya kita alpa, lalai dan longgar niscaya
Islam akan terlepas dari genggaman kita. Kembalilah berpegang
kepada Quran dan Sunnah, insyallah.
Sedarlah semasa mahkamah memberi keputsan dalam kes Allahyarham
Sarjan Moorthy satu ketika dahulu, Reverand Wong Kim Kong
seorang jurucakap Malaysian Consultative Council of Buddhism,
Christianity, Hinduism and Sikhism telah berkata:
We want to convey a very strong message to the government that
we are uneasy and uncomfortable. Eventually, slowly, people may
assume syariah is the supreme law of the land.
Kami mahu menyampaikan mesej yang tegas kepada kerajaan bahawa
kami tidak senang dan selesa. Secara beransur-ansur akhirnya
orang akan menganggap bahawa syariah adalah merupakan
undang-undang tertinggi dalam negara.
sila ke BLOG Roslan SMS:
http://n32.blogspot.com
kunnungi WEBTV Alternatif:
http://wtv8.tv
|