BALIK KE MUKA UTAMA

 

Roslan SMS <roslan_s@yahoo.com>
To: editor1@umno-reform.com
Date: Mon 07/31/06 04:24 AM

Ini idea saya bukan orang lain: Dollah

ROSLAN SMS

Saya merasakan yang kritikan dan serangan Tun Dr Mahathir terhadap Dollah Badawi kini sudah  mula meninggalkan kesan terhadap beliau.

Dollah saya perhatikan kelihatan terganggu dengan siri-siri kritikan dan serangan Tun itu  sehingga terbawa-bawa dalam ucapannya.

Semalam semasa berucap di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai dalam rangka lawatan  seharinya ke Johor Dollah telah mengumumkan darihal projek Pembangunan Wilayah Selatan Johor  (SJER) yang menurutnya akan meletakkan negeri ini di peta dunia sebagai wilayah  metropolitan, setanding Hong Kong dan Shenzhen di China.

Kata Dollah:

Semasa saya merangka Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi Misi Nasional, ini (SJER)  antara cadangan yang telah saya kemukakan.

Ini cadangan saya, bukan orang lain yang beri idea ini. Idea ini idea saya iaitu untuk  memperkasakan pembangunan, pembangunan yang boleh menjadi pemacu pembangunan negara kita ini  supaya nanti dapat kita mencapai matlamat Wawasan 2020.

Maaf tetapi saya tidak pernah mendengar ucapan mana-mana PM sebelum ini yang mengaku bahawa  satu-satu projek atau cadangan itu adalah cetusan ideanya sendiri. Orang lain yang  menganggap demikian ada, tetapi tuan punya badan sendiri yang mengaku, seingat saya tak  pernah pun didengari.

Mengapa Dollah perlu isytihar pada orang ramai bahawa projek SJER itu ideanya sendiri?  Mengapa tidak cukup sekadar memaklumkan bahwa ia idea kerajaan sebagaimana biasa?

Pasti beliau terdesak berbuat demikian selaku raksi terhadap tuduhan Tun bahawa beliau  selama ini seorang PM yang lemah dan banyak bergantung kepada bantuan dan input menantunya  Khairy Jamaluddin. Oleh itu Dollah telah memilih untuk mengambil pendekatan pre emptive dan  terpaksa mengangkat dan menonjol dirinya dengan harapan selepas ini jangan tuduh beliau  lemah, half past six dan no guts lagi.

Saya sendiri tak tahulah samada kita perlu bersimpati dengan Dollah ataupun menyorokkan  wajah kita kerana malu melihatkan pemimpin nombor satu negara terpaksa angkat bakul naik  lift?!

SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com

TONTONI WEBTV ALTERNATIF
http://wtv8.tv

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762