|
Pak Lah vs Mahathir
Raihan
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
SELAWAT DAN SALAM BUAT BAGINDA NABI MUHAMAD S.A.W
Inilah Tun Dr.Mahathir, bila beliau mula batuk semua orang
tersedak ada yang tercekik macam makan ikan terlekat tulang.
Saya ingin turut memberi pendapat dan pandangan ke atas isu yang
sedang hangat diperkatakan, walaupun pada pandangan saya secara
peribadi isu ini bukanlah sebenarnya isu hangat pun, jauh sekali
pun untuk meretakkan parti. Lawak ada lucu pun ada, kerana
gelihati melihat tindakbalas orang lain yang saya anggap begitu
emosi dan tidak glokal langsung. Apa lagi pada mereka yang
memberi komen terdiri dari pucuk pimpinan tertinggi.
Telah saya nyatakan dahulu, kita kalau nak belajar berfikiran
terbuka maka terbukalah janganlah membuat satu-satu spekulasi
macam Mak Bedah dan Kak Temah kat kampung. Malu saya mendengar
komen-komen tertentu seperti ”Kita akan terus menyokong Pak Lah.....atau.....rapatkan
perjuangan, jangan berpecah..... Apa ni??? Ya Allah tak faham ke
apa situasi yang sebenarnya berlaku? Kalau Tun Mahathir
mengkritik Pak Lah pada pandangan saya itu perkara biasa. Apa
yang luar biasa adalah apabila orang lain melompat dan menjawab
terkeluar dari subjek dan pertanyaan asas. Kalau kasihankan Pak
Lah atau setia dengan Pak Lah maka bantulah Pak Lah untuk
menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir.
Beliau pun dah kata tak semestinya Pak Lah yang jawab.
Sebagai ahli UMNO seumur hidup sudah tentu kita sedia maklum
akan setia berkhidmat untuk pemimpin parti dah tentulah kita
setia dan berkhidmat dengan Pak Lah sebab dia pemimpin parti
kita hari ini. Tak payah nak ulang-ulang atau mengingatkan
tentang kesetiaan kepada ahli yang tulus dan ikhlas setia. Allah
tahu, tak perlu beritahu orang lagi dan lagi dan lagi. Cuba
berfikiran terbuka sedikit. Sedangkan Pak Lah sendiri bersifat
terbuka dan menerima kritikan tersebut, mengapa orang lain
beremosi.
Sampai bila kita nak mendidik minda anak bangsa kita kalau
terlalu banyak retorik. Bukankah UMNO berjanji untuk telus,
terbuka, glokal dan macam-macam lagi. Baru satu soalan keluar
dari bekas Perdana Menteri semua dah emosi. Ini belum Bush
kritik lagi. Persoalannya sangat mudah beberapa persoalan telah
dikemukakan oleh Tun Mahathir, jadi di dalam negara yang
demokrasi ini terserahlah samada kita nak menjelaskan atau tidak.
Itu sahaja. Kalau dirasakan rakyat wajar menerima teguran Tun
Mahathir maka mintalah barisan teratas menjawabnya. Kalau rakyat
merasakan apa yang dipersoalakan oleh Tun Mahathir tidak penting
untuk kita ketahui maka janganlah kata kami menyokong Pak Lah...kami
tetap di belakang Pak Lah apa ni. Anda hanya perlu berkata Pak
Lah tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada Tun Mahathir kerana
kami menganggap bahawa pertanyaan Tun Mahathir tak relevan,
habis.......titik.....khalas (kata orang Arab).
Kadang-kadang saya merasa kecewa melihat sesetengah pemimpin
yang suka taksub kepada pemimpin semasa nampak sangat hanya
untuk menjaga kerusi dan periuk nasi,. Sampai ada yang sanggup
lupa dari masa asal usul mereka. Sampai sanggup lupa akan jasa
pemimpin yang lalu hanya untuk menjaga pemimpin semasa. Pada
pandangan saya sekiranya keadaan begini berlaku lagi maka
tolonglah.....fikir dahulu sebelum berkata-kata supaya kedua-dua
belah pihak tidak terguris mahupun terasa, kerana kedua-duanya
pernah berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara, juga kita,
terutama yang sudah berada di atas sana.
Apa yang paling menyedihkan apabila orang ramai dan barisan
tertinggi membuat tanggapan setiap persoalan yang keluar dari
mantan Perdan Menteri Tun Mahathir dianggap seperti ingin
mewujudkan pepecahan. Saya yang muda dan berhingus ni pun faham
bahawa mereka tidak bergeser langsung, yang ada seorang bertanya
dan seorang lagi harus menjawab. Sebagai orang bawahan
kadang-kadang saya juga rasa mual apabila mendengar orang-orang
UMNO sendiri berleter sesama sendiri di warung kopi
mempertikaikan masalah projek-projek di Malaysia. Ada yang kata
orang atas dah makan lah...ada juga yang kata ....semuanya
Khairi dah ambil dan macam-macam lagi. Mungkin Tun juga secara
kebetulan mendengar benda yang sama, jadi beliau pun dah bosan
akhirnya bertanya secara terbuka. Tapi....apa dah jadi?? Anak
Cina makan pengatlah.....sendiri mahu ingat.......!!!
Sebagai pemimpin atasan sememangnya benar mesti membela dan
mempertahankan pucuk pimpinan. Kalau sesiapa yang berada bersama
Pak Lah tentulah mesti taat dan setia kepada beliau malahan
seluruh ahli patut melakukan sedemikian. Masalahnya kalau benar
ikhlas berjuang bersama Pak Lah maka carilah punca persoalan
terlebih dahulu untuk membantu Pak Lah menyelesaikan persoalan
demi persoalan yang diajukan oleh Tun Mahathir. Sekiranya Pak
Lah mengatakan bahawa kita harus telus maka yang bekerja dengan
Pak Lah pun kena telus juga. Maka sekiranya dianggap bahawa
rakyat perlu mendapatkan segala jawapan dari persoalan yang
dikemukakan oleh Tun Mahathir, maka tolonglah Pak Lah jawabkan.
Bila nak meluluskan satu-satu projek, bukan Pak Lah buat
keputusan sorang, jadi bila membatalkannya maka bukan Pak Lah
sorang juga, maka pakat-pakat jawablah supaya ringan bebab Pak
Lah. Bukan mengeluarkan statement menyokong....setia dan
sebagainya. Itu bukan jawapan.
Kalau teguran Tun Mahathir tu keras dan kasar maka buatlah
memorendum ke? Atau tulis secara terbuka kepada Tun agar memohon
maaf kepada Pak Lah di atas kekasaran beliau. Itu barulah
namanya membantu Pak Lah dan bekerja bersama Pak Lah.
Inilah bangsa Melayu masih suka berpantun dan bersyair, sampai
tak faham dibuatnya di tengah era glokal. Apakah demokrasi itu
benar atau retorik? Kalau pihak pembangkang mempersoalkan, kita
boleh buat tak tahu walaupun benar, maka apalah bezanya dengan
persoalan Tun Mahathir benar atau salah persoalan beliau, maka
buat tak tahu sajalah kalau dianggap kerajaan sudah telus dan
membuat kerja dengan penuh dedikasi dan amanah maka janganlah
diperpanjangkan. Jawapan Pak Lah, Dato’Seri Najib dan Syed Hamid
Albar cukup glokal dan terbuka. Itulah yang dinamakan pemimpin
lama, tahu apa yang nak diperkatakan dan lebih memahami situasi
dan keadaan semasa.
Sebagai rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi kepada ahli UMNO
bertambah-tambahlah kepada pemimpin tertinggi, janganlah dibuat
spekulasi yang tidak langsung melambangkan kecerdikan. Perdana
Menteri kita Pak Lah pun dah pesan jangan nak buat sebarang
andaian dan diperpanjangkan kerana negara kita demokrasi. Jadi
kalau setia dengan Pak Lah maka dengarlah cakap beliau. Ikut
tingkah laku beliau yang begitu bersifat terbuka dan sabar ke
atas segala kritikan. Beliau menjadi seperti sebuah pohon ,
walau dilemparkan batu, tetap mengeluarkan buah untuk manusia
lain makan. Berfikirlah kita secara lebih terbuka. Ingat saya
kepada pesanan dari Mickey Mouse ketika menonton kartun bersama
anak-anak saya, kata Mickey : ”If u have nothing nice to say, it
is better not to say anything at all”.
Inilah yang dikatakan Iqra’ . Selagi hidup selagi itulah kena
pandang keliling untuk belajar, tak kiralah walaupun dari
kartun. Bacalah dengan nama TuhanMU. Bukan bila nak baca kena
mula dengan Bismillah, tapi baca dengan menggunakan nama-nama
Tuhan. Nama Tuhan 99 semuanya baik belaka. Jadi ambillah
pengajaran yang setimpal dengan Tuhan iaitu yang baik-baik
sahaja.....itulah pengertian sebenarnya....Wallahualam!!
Cubalah sidang pembaca budiman membaca sebaris ayat ini oleh
Profesor Dr.Yusuf al-Qardawi. Bacalah berulang kali dan
fahamilah. Buka minda dan buatlah interpretasi anda sendiri:
”Kematian yang sungguh indah bagi seorang pejuang agung
adalah yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk berjihad”.
Alhamdulillah
Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari saya dan yang baik
itu sesungguhnya dari Allah S.W.T.
09/06/06 (12 Jamadilawal 1427)
11.00 : 12:15pm
|