BALIK KE MUKA UTAMA

 


From_Email: rahmat@hotmail.com

Subjek: Request for Proposal

Segera: Yes

Pesanan: Assalamualaikum,

Hanya untuk merakamkan kekecewaan terhadap jawapan yang terlalu cetek dan merapu yang dikeluarkan daripada mulut seorang pemimpin yang paling berkuasa dalam negara ini. Malu sungguh aku malu mempunyai PM seperti ini.

Sepatutnya Abdullah tidak perlu melatah sedemikian rupa sehinggakan nampak seperti kanak-kanak yang menunding jari kesalahan sendiri kepada orang lain.

Apa yang dituduh dan dinyatakan oleh Mahathir kepada Abdullah adalah hasil daripada kelakuan mahathir sendiri. Beliau juga pernah mengayakan anak menantunya. Dalam hal ini, Mahathir adalah mentor kepada Abdullah, dan Abdullah pula kononnya menjadi protege kepada Mahathir. Namun begitu malang bagi Abdullah kerana mendapat mentor yang sudah nyanyok, yang lupa akan ajaran yang diturunkan itu adalah sama seperti apa yang dilakukannya.

Abdullah, kamu sebagai PM perlu lebih tegas dalam hal ini bagi mengelak daripada apa yang berlaku. Kamu sebagai PM tidak sepatutnya mendapat tohmahan sedemikian. Di zaman mahathir sekiranya berlaku seperti ini, dah lama disumbatnya ke dalam ISA. Ini soal maruah seorang PM.

Cuba ingat balik, adakah dakwaan Mahathir itu tidak pernah dilakukannya semasa dia menjadi PM? sekiranya ada, maka bertindaklah dengan bijak...bukan buka pekong anak menantu yang durjana pada rakyat jelata. Kaya Kaya Kaya!!



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762