|
Mohamed Karim Abdullah <karim2929@yahoo.com.my>
To: editor1@umno-reform.com
Subject: Dalil Kenapa Dato Seri Radzi wajib jadi MB
Perlis
Date: Sun 09/24/06 06:31 AM
Dalil Kenapa Dato Seri Radzi wajib jadi MB Perlis
Menteri Besar Perlis sekarang Shahidan Kasim wajar
dilucutkan jawatannya sebagai MB dan digantikan oleh
Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad demi menyelamatkan Umno
Perlis daripada terus berpecah belah dan
berpuak-puak.
Banyak sebab kenapa manusia yang bernama Shahidan
ini mesti dipecat sebagai MB. Antaranya ialah:
1. Shahidan adalah jenis pemimpin yang suka bermusuh
dengan pemimpin-pemimpin Umno yang dilihat
berpotensi untuk mencabar kedudukan politiknya dalam
parti. Sebagai rekod, dia pernah bermusuh dengan
Azmi Khalid, Dato Seri Radzi, Zahidi, Ammar Hassan (bekas
Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Arau), Bashir,
Baharudin Ahmad (bekas YDP Majlis Perbandaran Kangar),
Zainudin Yom, Kamarudin (bekas YB Parlimen Arau- dia
diracun oeh Shahidan ketika bermain badminton
bersama-sama), Bakri Dato Ali dan Azmi Subuh.
2. Shahidan adalah pemimpin yang sanggup
memperalatkan orang lain bagi menjatuhkan musuhnya.
Antaranya dia telah memperalatkan Senator Wan Nordin
untuk menjatuhkan Azmi Khalid pada tahun 1998 dan
memperalatkan YB Azam Rashid untuk menghancurkan
karier politik Dato Seri Radzi di bahagian Kangar.
3. Shahidan terkenal dengan pelbagai idea gila yang
cuba diketengahkan bagi mempertahankan kedudukannya.
Ketika zaman Mahathir dulu, dia nyaris-nyaris
dicabar jawatannya sebagai Ketua Bahagian Arau
lantas dia mengusulkan supaya semua Ahli MT tidak
boleh dicabar jawatannya di peringkat bahagian.
Terbaru, dia telah terhidu nyawanya sebagai MB
sedang tergugat lalu dia mengusulkan supaya jawatan
MB dan PM harus dipegang seumur hidup.
4. Shahidan sebenarnya pernah menikam Pak Lah
daripada belakang apabila menurut arahan Mahathir
untuk membelasah Rafidah Aziz daam isu AP. Dia
mengarahkan perwakilan pemuda daripada Perlis untuk
berucap menghentam Rafidah dalam Perhimpunan Pemuda
pada tahun lepas.
5. Shahidan mempunyai pendirian politik yang
bercirikan munafik. Dia pernah mengatakan bahawa dia
menyokong Pak Lah tetapi semasa merasmikan Mesyuarat
Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian Arau
baru-baru ini, dia mengaku yang dia adalah anak emas
Mahathir dan dia sering berhubung dengan Mahathir
dalam tempoh dua atau tiga hari sekali untuk
berbincang tentang masalah parti.
6. Shahidan mempunyai perancangan yang sistematik
untuk memastikan adik kesayangannya Ismail Kasim
(yang kalah dalam pilihanraya kecil Arau 1997) akan
menggantikannya sebagai MB Perlis. Dia sedang
menimbangkan untuk mencalonkan adiknya di satu
kerusi DUN dalam pilihanraya umum yang akan datang.
7. Shahidan mempunyai cita-cita yang besar untuk
bertanding jawatan paling kurang Naib Presiden parti
demi memperteguhkan kedudukannya sebagai MB Perlis.
Antara tindakan awalnya sebagai persiapan untuk
bertanding jawatan ketiga tertinggi parti itu, dia
telah memperlekehkan kepimpinan Najib dan Hishamudin
sebaga lembek semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan
Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian Arau tempoh hari.
8. Shahidan terkenal dengan gelaran Mr 10% kerana
setiap pelabur yang ingin melabur di negeri ini
pasti dikenakan tol sebanyak 10%. Ini yang
menyebabkan Perlis hampir tiada pelaburan asing.
9. Apabila Majlis Perbandaran Kangar disita oleh
Mahkamah Tinggi Kangar baru-baru ini, ianya sudah
cukup untuk membuktikan bahawa Shahidan amat lemah
dari segala sudut untuk terus menerajui tampuk
kepimpinan negeri. Bayangkan jika sebuah kerajaan
tempatan boleh dilelong, tentunya tidak mustahil
negeri Perlis pula bakal dilelong jika Shahidan
terus dibiarkan berkuasa. Kes MPK dilelong amat
memalukan rakyat Perlis.
10. Projek-projek di Perlis dikuasai sepenuhnya oleh
kroni Shahidan iaitu Azmi Saad (Pengurus pasukan
bola Perlis) melalui Bintong Construction Sdn Bhd
dan Azhar Ahmad dari Gapura Sdn Bhd.
Sebagai kesimpulannya, tiada yang lain melainkan
Dato Seri Radzi sahajalah yang layak menggantikan
Shahidan sebagai MB Perlis. Dato Seri Radzi akan
mentadbir Perlis dengan penuh kemakmuran dan
kedamaian seperti mana yang pernah ditonjolkan oleh
ayahandanya Tan Sri Sheikh Ahmad pada satu masa dulu.
Dan yang pentingnya, pemimpin-pemimpin Umno pasti
akan bersatu-padu di bawah kepimpinan Dato Seri
Radzi.
Siapa nak tahu cerita berpuluh-puluh skandal seks
Shahidan Kasim? Nantikannya pada sambungan
dalil-dalil yang lain yang pastinya akan menyusul
tidak lama lagi.
CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG
|