BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

"raden jowo" <magelenjowo@yahoo.com>
Subject: MUSLIHAT 'SELANGOR MAJU' dan 'SETINGGAN SIFAR'.
To: " anuar mohd nor" <anuarmohdnor@yahoo.com>

Dulu apabila Khir Toyo, ratakan bukit dan botakkan bukit, Pak Lah bising seketika. Kini Pak Lah diam seribu bahasa. Adakah Pak Lah hilang ingatan atau buat-buat tak ingat? Namun Khir Toyo kini sudah mendapat restu dan lampu hijau untuk berbuat apa sahaja. Adakah Khir Toyo berjaya cucuk hidung Pak Lah, atau Pak Lah berjaya cucuk sendiri hidung nya untuk ditarik oleh sesiapa sahaja termasuk anak dan menantunya?

Penduduk Kampung Berembang, Ampang, yang baru sahaja menjadi mangsa Kerajaan Selangor, dikatakan menerima sepucuk surat untuk penangguhan pengusiran dari kawasan pendudukan mereka. Surat itu dikatakan di tandatangani BUKAN oleh Pak Lah dan mungkin hanya setiausaha beliau saja? Benarkah kenyataan itu dan apakah sebenarnya muslihat di dalam ungkapan "SELANGOR MAJU 2005"? Tetapi yang pasti, runtuhan itu terlaksana juga setelah di arah oleh MB, hanya melalui panggilan talipon.

KEARAH SELANGOR MAJU

Untuk alasan Memajukan Negeri Selangor, Khir Toyo telah meratakan bukit, melapangkan hutan dan memindahkan rumah setinggan. Di dalam melakukan perkara tersebut, nampaknya Pak Lah berminat untuk menghalang MB Selangor dari terus memusnahkan hutan dan bukit sahaja. Maka bergegaslah Pak Lah menaiki helikopter dan meninjau sejauh mana kebenaran perkara tersebut. Sumpah seranah bertali arus. AKhbar dan media menyiarkannya beriya-iya. Bersoraklah rakyat sambil berkata, "Ini lah PM ku". Kononnya PM kerja bersama rakyat tetapi sebenarnya PM sudah KERJAKAN rakyat. Kini Khir Toyo tersenyum puas berjaya tutup mulut SITUA yang kuat tidur itu dan SITUA tidak sedar hidungnya sudah terikat kemas dengan tali untuk menurut apa jua kata si MB Selangor.

Runtuhan dan pengusiran setinggan giat berlaku. Beberapa perkampungan telah di pun diranapkan dengan tidak mengambil kira persediaan asas untuk pemindahan tersebut. Rumah ganti belum pun siap, tetapi rumah setinggan sudah diranapkan. Siapa yang menghalang, mereka akan ditangkap dan diterajang. Baik anak kecil, makcik, pakcik, siapa pun, pasti menerima hukuman. Rasakan terajang penguatkuasa yang berhati KAUDU. Tidak berperi kemanusiaan, tiada perasaan. Yang ada hanya mengejar jawatan dan kedudukan. Pulang kepejabat, ketua akan berkata. "BAGUS...BAGUS..." Tetapi tidak sedar, kalau sedikit pun kesalahan mereka lakukan disatu hari nanti. Mereka turut diterajang keluar. Ketika itu barulah tahu siapa kawan, siapa lawan, siapa ketua jabatan dan siapa syaitan.

'SELANGOR MAJU' DAN 'SETINGGAN SIFAR'

Pelancaran 'Selangor Maju' diadakan pada 27/8/2005, bertempat di KGSAS Seksyen 13, Shah Alam, oleh MB Selangor sendiri. Kononnya, dengan memotong pokok dan mendirikan rumah, sekali gus menaikkan pendapatan perkapita penduduk Selangor dari RM1,917 kepada RM12,764. Lantas kadar kemiskinan telah turun dari 30% kepada 1.1% pada 2005. Semua yang hadir, angguk percaya. Entah mana diperolehi data, entah bagaimana ia dikira. Setuju kerana ampu atau tidak sedar diri ditipu.

Dalam kemiskinan sudah kurang kepada 1.1%, rumah terus diruntuhkan. Bagaimana dengan rumah Zakaria Md Derus? Rumahnya tidak diruntuhkan kerana pendapatan beliau sebenarnya telah banyak mempengaruhi peningkatan pendapatan perkapita rakyat Selangor. Itu kita perlu faham.

KEPUTUSAN PILIHANRAYA 1999 DAN 2004

Keputusan pilihanraya pada tahun 1999 menunjukkan kepopulariti UMNO jatuh merudum. Ia banyak dipengaruhi dengan pemecatan DS Anwar Ibrahim. Selepas tragedi itu, banyak kerusi telah jatuh ke tangan pembangkang di Selangor, Terengganu dan lain-lain negeri juga. Mengakibatkan UMNO bersiap sedia untuk membuat 1001 macam penipuan ketika pilihanraya 2004 yang lepas.

Pilihanraya 2004 menyaksikan pelbagai bentuk penipuan yang terhebat di dalam sejarah demokrasi di Malaysia. Pengundi Hantu, Tambahan masa, Kekeliruan Senarai Pengundi dan Pecah Kawasan menjadi alat penipuan kerajaan. Kerajaan sekarang lebih teruk menipu. Lebih teruk dari sebelumnya. Mahukan bukti? Lihat sahaja indeks rasuah dan indeks Demokrasi. Jatuh merudum selepas Pak lah memerintah. Bukan bertambah baik, tetapi bertambah buruk.

KEPUTUSAN 1999

Namun kerajaan percaya bahawa keputusan pilihanraya 1999 sememangnya jauh lebih benar dari keputusan pilihanraya 2004. Walaupun bukannya 100% benar, tetapi cukup untuk dibuat rujukan untuk pilihanraya pada tahun 2007 kelak.

Kerajaan sedar dan yakin bahawa mereka tidak popular lagi kepada bangsa Melayu. Terlalu banyak pendapat menyatakan bahawa, jika tiada bantuan dari GERAKAN dan MCA, UMNO sudah lama lenyap. Lanjutan dari itu maka kerajaan tidak lagi mempercayai bangsa Melayu tetapi lebih kepada menjaga hati bangsa Cina di Selangor serta lain-lain negeri. Sebagai bukti, lihatlah isu pelancung bogel dipenjara, sekumpulan lelaki di botakkan dipenjara, isu along, vcd cetak rompak dan layanan bangsa Cina di Pulau Pinang. Semuanya untuk menjaga bangsa Cina. Sedikit mereka tidak berpuas hati, seluruh pemimpin riuh dan cuba reda kan keadaan. Kalau Melayu bising, mereka tidak layan kerana Melayu sampah negara.

STRATEGI BARU

Berikutan dari keputusan pilihanraya 1998, maka pada tahun 2005 dilancarkan 'Selangor Maju' dan 'Setinggan Sifar'. Perlaksanaan rancangan tersebut akan berakhir pada tahun 2007, bersamaan dengan tahun pilihanraya yang akan datang. Apa sebenarnya muslihat 'Selangor Maju' dan 'Setinggan Sifar ini'?

Strategi ini sebenarnya mirip kepada strategi 'pecah kawasan'. Kita masih ingat dengan peristiwa pengundi yang keliru, ketiadaan nama dalam senarai, pusat undian yang jauh dari kedudukan pengundi dan sebagainya. Kerana itu maka ramai yang tidak mengundi dan ia memberikan kemenangan kepada kerajaan. Namun strategi yang sama tidak boleh digunakan setiap kali pilihanraya.

Maka diubahkan kaedahnya tetapi motifnya serupa. Kalau dahulu kawasan di pecahkan, kini pengundi yang dipecahkan. Maka lahirlah 'Selangor Maju' dan 'Setinggan Sifar'.

AKIBATNYA.

Kita semua tahu bahawa kebanyakan kawasan bandar maju di Selangor dihuni oleh bangsa asing. Ini adalah kerana bangsa Cina memegang kuasa ekonomi negara kita. Melayu dan India adalah penduduk yang ramai menghuni dan mendiami kawasan setinggan serta rumah murah. Kawasan-kawasan ini lah yang menjadi lubuk kepada pembangkang. Kebanyakan dari mereka ini sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan kerana janji yang berulang tetapi tidak menjadi kenyataan.

Untuk mengurangkan undian kali ini, kerajaan telah cuba untuk memajukan kawasan-kawasan lokasi pengundi pembangkang. Dengan beralasankan pembangunan, maka mereka boleh mengusir dan merobohkan rumah setinggan yang berhampiran dengan kota dan bandar. Kawasan-kawasan tersebut tertumpu di Hulu Kelang, Gombak, Selayang dan PJ.

Sebelum pengusiran dibuat, kerajaan telah mengkaji dan merujuk kepada majoriti pilihanraya terlebih dahulu. Dan dengan perlaksanaan projek kemajuan ini maka kawasan yang majoriti kemenangan kurang akan berlakunya pengusiran setinggan, sementara kawasan yang majoriti kemenangan mereka yang tinggi akan terbinanya penempatan semula setinggan.

TERDESAK

Sesungguhnya kerajaan negeri Selangor di dalam keadaan terdesak. Mereka hanya miliki setahun sahaja lagi baki tempoh, untuk merealisasikan strategi mereka ini. Memandangkan masa yang agak suntuk, maka mereka telah menggunakan kekerasan dengan bantuan penguatkuasa undang-undang di dalam memaksa dan mengusir penduduk-penduduk rumah setinggan.

2007 adalah tarikh tamat. Pengusiran yang dilakukan bakal mencetuskan kekeliruan sekali lagi. Kedudukan mereka pula akan berada jauh dari pusat undian dan kita akan lihat fenomena yang sama seperti yang berlaku pada pilihanraya 2004.

SERAMPANG DUA MATA

Setelah pengusiran di lakukan, tanah akan kosong dan projek kemajuan akan dilaksanakan. Apabila projek pembangunan telah siap, maka ia akan membawa masuk bangsa lain ke dalam kawasan tersebut. Bangsa yang menjadi penyokong kuat kerajaan. Dengan usaha ini maka undian akan menyebelahi mereka sekali lagi.

Dalam pada itu, kemajuan akan memerlukan peruntukan dan peruntukan akan memberikan mereka peluang memperolehi pendapatan. Haram atau halal, itu belakang cerita. Yang pasti dengan wang tersebut, mereka akan gunakannya untuk memperkukuhkan kedudukan mereka. Disamping itu, kroni dan proksi mereka akan memperolehi projek yang bakal memberikan mereka lebih bantuan untuk mengalahkan pembangkang pada pilihanraya yang akan datang.

PAK LAH SENYAP KERANA SETUJU

Pak Lah KINI sudah jelas dan faham akan tujuan sebenar 'Selangor Maju' dan 'Setinggan Sifar'. Ia nya untuk kepentingan politiknya dan beliau terpaksa memberikan persetujuan dan restu.

Kini, kita tidak dengari lagi leteran dan kritikan beliau. Kalau ada pun mungkin sekadar gurauan antara Tuan dan anak buah. Maka dibiarkan Khir Toyo runtuhkan masjid, halau orang Melayu, lapangkan tanah, runtuhkan bukit dan bina kawasan perumahan semahu dia kerana segala yang MB lakukan adalah untuk menunjukkan kesetian beliau kepada PMnya.

Pembangunan bukit Cerakah yang kononnya dikritik oleh PM, kini sudah hampir selesai. Malah lebuh raya pun sudah disambungkan. Menggalakkan dan memudahkan penduduk disitu.

REALITI KEHIDUPAN SEORANG RAKYAT

Ini lah yang sebenarnya berlaku. Kita sebenarnya hanya mampu menyaksikan segala kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di depan mata. Untuk menghalang, kita bakal berhadapan dengan hukuman dan serangan dari pihak berkuasa.

Melayu adalah bangsa yang perlu ada, HANYA untuk sekadar menjadikan negara Malaysia sebuah negara majmuk. Tetapi sebenarnya kita tiada kuasa kerana kuasa hanya ada pada tangan pemerintah.

Kita sekadar mampu berdoa, mengharapkan ada ketelusan dari kerajaan. Namun sehingga kini semuanya tidak mendatangkan hasil. Kerajaan terus rakus dan semakin rakus dari hari ke sehari. Mereka terus mengejar impian dan kuasa, MELACURKAN bangsa untuk kepentingan diri mereka. Kita terus merasakan bahawa kita tidak pernah diendahkan dan kesabaran kita kerap tercabar. Melayu hilang kuasa kerana tiada wang. Apabila tiada wang, Melayu tiada nilai pada mata mereka. Orang tidak hormat dan kerajaan tidak pandang.

Dengan Allah, kita yakin. Yakin Ia akan terus bersama insan yang teraniaya. Nescaya, kebahagian dan
kekebalan mereka tidak akan kekal. Akan sampai satu ketika nanti, pemimpin-pemimpin ini akan jatuh dengan KEBODOHAN mereka sendiri. Bodoh kerana tidak sedar yang 'Selangor itu maju' tetapi bukan diri, agama dan bangsa mereka.


 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762