|
Wed, 5 Jul 2006 02:16:30 -0700 (PDT)
From: "raden jowo" <magelenjowo@yahoo.com>
Subject: BONGKAR SAID, JANGAN TAK BONGKAR
To: tranung2006@yahoo.com
CC: anuarmohdnor@yahoo.com
Untuk keberapa kalinya di dalam beberapa bulan ini, rakyat
mendapat berita baik: -
KUALA LUMPUR 4 Julai - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai
Integriti Parlimen akan memanggil Ketua Pengarah Kastam Selasa
depan bagi menjelaskan dakwaan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd.
Said Yusof berhubung kontroversi lelongan kereta mewah yang
telah dilucutkan hak.
Mohd Said berkata, ‘‘Saya lihat dengan mata saya sendiri bahawa
kereta-kereta mewah ini dah diperuntukan untuk orang tertentu.
Dan beliau menyambung ‘‘Saya diminta menengok (kereta) yang
berlambak, yang dah tak guna. Saya tanya kenapa orang tu belum
ambil lagi (kereta), jawapannya kerana kes belum selesai,”
jelasnya.
Dalam pada itu, Pengerusi jawatankuasa Siasatan yang dipengerusi
oleh Tan Sri Bernard Dompok berkata, mereka mengambil keputusan
untuk memanggil Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid (Ketua Pengarah
Kastam) untuk disoal siasat tentang pertuduhan yang dilemparkan
oleh Mohd Said (Pemilik syarikat Binyu Sof Enterprise merangkap
Ahli Majlis, Jasin Melaka)
Tindakan Mohd Said ini dikatakan berikutan dengan tindakan
Kastam pada beliau yang menyebabkan beliau dihadapkan ke Lembaga
Siasatan di atas tuduhan yang melibatkan IMPORT KAYU BERGERGAJI
YANG MELEBIHI SAIZ. Lembaga siasatan itu dianggotai oleh 4 orang
menteri yang paling bersih rekod penyelewengannya, yakni: -
1. Samy Vellu
2. Nazri Aziz
3. Najib Razak
4. Chan Kong Choy
Ulasan
Dalam UMNO kecoh dengan perbalahan antara Perdana Menteri dan
bekas Perdana Menteri, Mohd Said sebok dengan tuduhannya pada
Kastam Diraja Malaysia. Perbalahan antara mereka sebenarnya
berpandu kepada kategori LIGA MASING-MASING.
Di dalam menjawab soalan wartaman di TV3, minggu lepas, beliau
menafikan serangan beliau ini berdasarkan kepada 'DENDAM', lalu
beliau berkata, ia semata mata kerana pembaziran wang rakyat.
Nah...akhirnya Mohd Said sudah mula berjuang untuk rakyat dan
bukan lagi berjuang untuk BINYU SOF ENTERPRISEnya.
Walau apa pun tahniah lah di ucapkan kepada Mohd Said kerana
sekurang-kurangnya beliau turut memberikan pendedahan
penyelewengan yang berlaku di Kastam. Dan biarkan Kastam
menjawab dan bongkar pula penyelewengan Mohd Said. Lantas semua
rakyat tahu semua Jabatan dan Pemimpin UMNO di Malaysia ini
penuh dengan penyelewengan yang tidak pernah reda.
Persoalan
Dalam sebok ahli parlimen Jasin menjalankan tanggung-jawab
kepada rakyat, rupanya beliau menumpukan lebih perhatian kepada
KASTAM yang telah memalukan dirinya. Jika hendak bercerita
tentang penyelewengan wang rakyat, maka lebih baik pertanyaan
dibuat terhadap 4 orang anggota siasatan tadi.
Kepada parti pembangkang, dunia sekarang sudah berubah. Jika
dahulu Pembangkang berhempas pulas untuk membawa penyelewengan
ini ke mahkamah, sering di halang dan diperbodohkan, kini mereka
sendiri akan membuka tembelang masing-masing. BONUS kepada
Pembangkang semua dan sesungguhnya Allah swt telah memakbulkan
doa rakyat yang teraniaya.
Kita tidak perlu menokok tambahkan lagi aib pemimpin dan ia akan
terbongkar dan terbongkar dengan sendirinya. Bertanya lah pada
diri kita sendiri apakah ini bentuk pemimpin-pemimpin dan
kerajaan yang ada kini? wassalam.
|