BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

RASUAH, AGAMA RASMI MALAYSIA

Berikutan serbuan kedai judi yang terletak kurang dari 100 meter dari Balai Polis. Pihak yang dikatakan terbabit adalah pihak polis dan pihak Majlis Daerah Sabak Bernam. Masing-masing cuba memberi alasan dengan kenyataan tentang tanggung-jawab masing-masing dan akhirnya Pihak Majlis Daerah yang bersalah dan YDP nya mungkin menghadapi tindakan pindah kawasan.

Kegiatan premis yang berlindung di sebalik nama pusat hiburan keluarga itu terbongkar selepas sepasukan Polis Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu empat premis di pekan Sekinchan pada pagi 7hb Januari 2007.

Operasi itu diketuai Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Law Hong Soon disertai 25 pegawai dan anggota dijalankan selepas pihaknya menerima aduan penduduk mengenai kegiatan itu.

Ketua Polis Balai Sekinchan dan anggota diminta memberi penjelasan mengapa tiada tindakan diambil terhadap beberapa premis perjudian haram yang beroperasi kira-kira 100 meter dari balai berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika mengulas perkara itu, berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pengurusan balai Sekinchan.

Mari kita kaji perkara penting didalam insiden ini.

1. Polis Bukti Aman membuat serbuan, berikutan aduan orang ramai.

2. Polis Sekincan dikatakan tidak bertanggungjawab kerana ia adalah urusan Majlis Daerah yang bertanggung jawab mengeluarkan lesen.

3. Yang DIpertua Majlis Daerah Sabak Bernam berkemungkinan di kenakan tindakan pindah kawasan kerana bersalah menyambung lesen perniagaan untuk 6bulan akan datang.

4. Jarak kedai dan balai Polis adalah lingkungan 100 meter.

6. Kedai tersebut telah beroperasi sebagai kedai judi selama 8 tahun.

SIAPA YANG SALAH?

Dari kenyataan MB Selangor, adalah jelas Pihak YDP yang di dapati bersalah malahan ia berkemungkinan memberikan alasan 'terlepas pandang'. Sedangkan di dalam masa yang sama Pihak Polis yang pejabatnya berdekatan membiarkan perkara ini berlarutan sedangkan mereka berkemungkinan melalui kawasan tersebut, hari-hari.

Jika menurut dari segi logiknya, adalah dengan jelas menunjukkan bahawa Polis dan Majlis Daerah Sabak Bernam sama-sama terbabit dan bersalah. Kerana tanggung jawab Majlis Daerah adalah memantau premis-premis yang memohon lesen perniagaan dari mereka sementara pihak polis pula perlu lah ambil tindakan atau membuat lapuran ke ibu pejabat Bukit Aman sekiranya ada perniagaan yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka. Membiarkan perkara ini berlarutan tanpa mengambil sebarang tindakan adalah sikap tidak bertanggung-jawab pihak berkuasa.

APA YANG TERJADI

Melihat kepada budaya dan cara kedai judi beroperasi, kemungkinan berlakunya unsur-unsur Rasuah diantara pengusaha dan pihak berkuasa tempatan. Berkemungkinan wang sogokan diberikan untuk menutup mulut dan mendiamkan diri, Berkemungkinan juga ada pembabitan pihak tertinggi di dalam perkara ini menyebabkan pihak bawahan tidak berani mengambil tindakan.

Kenapa Polis bukit Aman yang melakukan serbuan? Dan kenapa masih lagi Polis sedangkan Polis mengatakan bukan tanggung-jawab mereka.

KESIMPULANNYA

Perkara sebegini sering berlaku. Bukan hanya di Sekincan, malah berlaku juga di Kelang, Selayang, Kajang, Gombak dan di Kuala Lumpur sendiri. Bukan sahaja perjudian malah urusniaga pelacuran juga kerap berlaku secara terang-terangan.

Apa yang kerap kita dengar adalah, Pihak Bukit Aman terpaksa turun padang dan membuat serbuan demi serbuan kerana Balai Polis berdekatan tidak mengambil tindakan. Sekitar pada tahun lepas, perkara yang sama berlaku di Petaling Jaya dan beberapa tempat dimana ia juga melibatkan premis judi yang terletak berdekatan dengan Balai Polis tetapi ianya terus senyap dan kita tidak tahu apa perkembangannya.

Rakyat pun keliru. Jika berlaku perkara yang sama, kemanakah perkara ini perlu diadu? Semua rakyat tahu bahawa jika premis judi atau pelacuran niaga bermegah-megah, sudah pasti ada seseorang di belakang mereka. Maka hendak mengadu atau berhadapan dengan risiko berhadapan dengan mereka? Dan jalan yang paling selamat adalah biarkan sahaja. Maka akibatnya menjadikan mereka naik tocang, kaduk naik junjung.

Kalau masih berani untuk buat lapuran. Kaji dulu kerana selepas ini, barang seludup HANYA lapur hanya pada kastam, maksiat HANYA lapur hanya pada Jabatan Agama, Dadah HANYA lapur pada Anti Narkotik, Rasuah HANYA pada BPR kerana jabatan tidak bertanggung-jawab tidak akan ambil peduli.

LUBUK JUDI DAN PELACURAN

Selangor adalah lubuk kepada perkara sebegini. Bila disalahkan PBT, maka PBT menyalahkan Polis dan begitulah sebaliknya, Tetapi yang nyata, semua pihak buat tak tahu sahaja, hanya membiarkan dan menunggu hamper sampai kerumah. Bagi makan anak bini dengan hamper rasuah, bila keluar nampak perkara salah, biarkan sahaja kerana dah dapat upah.

Bila ada serbuan dibuat, maka masing-masing tunjuk jari. Jari hantu mana yang lebih panjang dan jari
hantu siapa yang lebih hantu dari hantu yang sebenar. Semua tuding jari dan si pelakun terus berlakun dan yang untung terus untung. Hilang kecoh, buat lagi. Tutup kedai, buka kedai baru. Minta permit, minta lesen. lulus, hari raya tunggu hamper dan semua dapat habuan masing-masing. Semuanya berlakun tak sudah-sudah.

AGAMA RASMI NEGARA KITA

Kalau pelancung tanya apa agama rasmi Malaysia, Beritahu sahaja RASUAH adalah agama rasmi Malaysia. Penganutnya terlalu ramai. Benda haram pun boleh niaga. Tepuk dada, buat pilihan, mahu niaga judi, pelacuran, nombor haram, dadah, vcd lucah, jual AP dan macam-macam ada. Bayar duit perlindungan kepada pihak berkuasa, dan anda akan bebas berniaga. Selamat mencuba.



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762