|
RASHIT YANG MENGHITUNG HARI
To: " anuar mohd nor" <anuarmohdnor@yahoo.com>
Parti PAS dan Keadilan dengan sebulat suara
bersetuju untuk memboikot pilihanraya. Keputusan
yang dibuat telah dijangka oleh sesetengah pihak
tetapi bukan SPR dan Kerajaan. Dalam pada itu SPR
sedang cuba untuk bertenang di dalam hal ini. Tetapi
hakikat sebenar, dapat dirasai oleh RASHIT pada
ketika ini. Bontotnya panas dan duduknya tidak
pernah selesa.
Di dalam media, banyak kritikan dibuat oleh Menteri
dan ahli-ahli UMNO. Mereka bersekongkol dengan SPR
untuk mencemuh parti pembangkang dengan tujuan
mengaut sokongan dari rakyat. SPR masih terus
mem'BODOH'kan pembangkang. Mereka sakit hati benar.
Rata-rata rakyat memuji tindakan Parti Pembangkang
yang kelihatan bersatu hati dan sudah membuka mata
mencapai kata sepakat untuk bertindak kepada badan
yang selama ini telah menjatuhkan maruah,
memperbudak-budakkan rakyat untuk sekian lamanya.
Malah ada yang berpendapat usaha bokot ini
sepatutnya dilakukan lebih awal lagi.
Persetankan dengan demokrasi yang BN bawa kerana
demokrasi adalah untuk mereka menang setiap kali
pilihanraya. Demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia
adalah demokrasi kuno yang lebih kepada menyedapkan
hati rakyat tetapi hakikatnya menipu sampai kiamat.
INDEKS DEMOKRASI KITA
Mari kita ulang kaji kembali bukti status demokrasi
Malaysia. Berkenaan dgn indeks demokrasi yang dibuat
pada tahun lepas. Dari ukuran yang dibuat kajian ini
telah mengkelaskan 167 buah negara itu kepada empat
kategori :
a. negara demokrasi penuh ( 28 buah negara )
b. negara demokrasi tercemar ( 54 buah negara )
c. negara bercampur-campur amalan demokrasinya ( 30
buah negara )
d. negara otokratik atau kuku besi ( 55 buah negara
)
Negara yang berada di tangga teratas adalah Sweden,
manakala negara ditangga tercorot adalah Korea
Selatan.
Malaysia berada ditangga ke 81, iaitu lebih teruk
dari India ( 35 ), Mongolia ( 56 ), Sri Lanka ( 57
), Filipina ( 63 ), Indonesia ( 65 ) dan Bangladesh
( 75).
Bacaan ini sebenarnya telah menjelaskan keadaan
politik dan demokrasi di Malaysia. Cuma ada pemimpin
masih lagi tidak mahu sedar selain memberikan
kritikan kepada kajian yang dibuat. Namun jauh
disudut hati mereka, menerima hasil kajian ini. Ini
adalah jelas, namun sekiranya kerajaan mahu tahu
keadaan sebenarnya.
Mereka boleh bertanya pada rakyat sendiri dan
pastinya, mereka menerima keputusan yang sama.
Kajian yang dibuat di atas telah dilakukan pada
tahun 2006, dan jika usaha boikot pembangkang kepada
SPR dan kerajaan ini berterusan, indeks akan terus
menjunam pada 2007 ini. Dan apakah alasan kerajaan
nanti?
BADUT BATU TALAM
Ramai pemimpin yang sekarang sedang memikirkan untuk
berbuat sesuatu tentang tindakan pemulaun ini.
Ketika ini BN sedang berhempas pulas menampal poster
dan memasang sepanduk seperti hari-hari pilihanraya
yang lepas, syok sendiri memikirkan kemenangan yang
bakal mereka miliki. Kemenangan palsu yang tidak
perlu dimegah-megah kerana orang lain tidak ambil
peduli dan tiada orang yang mahu layan. Realiti
tidak penting dan yang penting kepada mereka adalah
kuasa.
BN bakal menggunakan parti BEBAS untuk menjadikan
pilihanraya dilihat sebagai satu pertandingan. Ada
pihak yang bakal melabur RM5000 dan melantik BADUT
menjadi Pak Sanggup untuk bertanding dan selepas itu
kalah kepada BN. Dan tumpuan akan diberikan kepada
ahli PAS dan KEADILAN untuk menjadi seorang BADUT
BATU TALAM. Pasti habuannya lumayan.
SPR MENGGELABAH
Dalam tenang, tetapi gelisah. Dalam relax tapi gabra.
RASHIT tidak senang hati, duduknya tidak selesa,
tidurnya tidak lena dan mandinya tidak basah. Dia
bimbang akan kedudukannya kerana gelanggang yang
dibina dengan belanja yang tinggi, tetapi tiada
siapa yang datang untuk beradu tenaga. Malunya dia.
Mungkin impaknya tidak seberapa dibanding dengan
pilihanraya UMUM. Tetapi ia tidak boleh dipandang
remeh kerana jika pemulauan ini berlanjutan sehingga
musim pilihanraya UMUM yang akan datang. Bala kepada
RASHIT. Ketika itu kerajaan akan menyalahkan dia
kerana tidak pandai berlakun dan menipu. Segala
bentuk penipuan dan berat sebelahnya, mudah
diketahui dan mudah dihidu oleh rakyat. Dan ketika
itu baru dia tahu hakikat sebenar pemulauan
pilihanraya.
Semua pihak akan mencemuh dia kerana tidak boleh
menjadikan SPR telus dan kerajaan pula mencemuh
beliau kerana tidak berjaya membawa parti
pembangkang kembali ke pilihanraya.
NEGARA PADA MASA AKAN DATANG
Jika RASHIT tidak bertindak membersihkan keadaan di
dalam tempoh sehingga tahun 2008 ini, PEMILU akan
terus dipulaukan. Kejayaannya menjayakan pilihanraya
2004 dahulu adalah nasib semata-mata. Pembangkang
sedar penipuan yang berlaku hanya ketika dan selepas
pilihanraya. Rakyat sendiri tidak menjangkakan
bahawa SPR sanggup membuat penipuan yang terlalu
banyak dan jelas. Kini semua orang sudah sedar dan
tidak lagi mempercayai SPR.
Pembahagian kawasan, kekeliruan senarai pengundi,
pengundi yang tiada di dalam senarai, pengundi yang
dipindahkan kekawasan lain, undi pos yang melampau
dan tambahan masa pada saat akhir telah digunakan.
Penipuan yang jelas dan sehingga hari ini rakyat
mempertikaikan kemenangan tersebut.
2007 dan 2008 akan memperlihatkan indeks demokrasi
semakin menurun dan jatuh. Pemulauan pilihanraya
bukan perkara kecil dan ia bakal menjadi penyumbang
terbesar di dalam bacaan indeks itu nanti.
MASA DEPAN RASHIT SEMAKIN MALAP
Jika tiada perubahan berlaku pada SPR, Rashit akan
menerima habuannya. Rashit kini tersepit gara-gara
ingin bersekongkol dengan kerajaan. Kerana
mengikutkan arahan kerajaan, beliau berhadapan
dengan kemungkinan pemulauan sampai ke mati. Beliau
sedar bahawa wajahnya kini sudah dibenci oleh rakyat
dan kemana sahaja beliau pergi, dikelilingi hanya
oleh manusia hipokrit.
Jika rakyat terus memulaukan pilihanraya, Rashit
akan dibenci terus oleh pembangkang dan rakyat. Jika
perkara menjadi serius, beliau bakal menjadi 'kambing
hitam' yang bakal dipersalahkan oleh kerajaan pula.
NASIHAT KEPADA RASHIT
Fikirkan masa depan. Tunduk kepada kerajaan bukan
lah satu jaminan kebahagiaan. Ramai antara mereka
yang bersekongkol dengan kerajaan dan akhirnya jatuh
tersunggur bersendiri. Ramai juga yang menerima
hukuman kerana terlalu berani dan sering menyangka
bahawa kerajaan sentiasa ada dibelakang mereka. Kamu
adalah individu yang boleh digunakan dan sekarang
kamu adalah KELDAI yang menjadi tunggangan kerajaan.
Satu hari nanti kamu akan dipersalahkan dan
membiarkan kamu bersendiri. Jangan sangka bahawa
seorang yang pandai itu tidak boleh melakukan
kesilapan dan sesungguhnya kamu hanya menunggu masa
untuk menjadi manusia yang 'paling bodoh' dan
akhirnya jatuh tersungkur akibat terlalu angkuh,
angguk dan tunduk kepada kuasa keduniaan.
Dan mungkin juga pada ketika ini RASHIT sudah mula
menunggu masa dan menghitung hari menanti akan waktu
kejatuhannya.
|