|
UMNO penjajah Melayu,
PERKIM penjajah Islam
“Layanan buruk terhadap saudara baru, Pusat
Zakatturut didakwa menghina” ditulis oleh Zaili
Muhammad didalam Harakah telah memberikan saya
peluang untuk berbicara tentang perkara yang sama
yang sekian lama terpendam di dalam lubuk hati,
keraguan tentangpenubuhan pertubuhan agama di negara
kita.
BERITA MASA KINI
Banyak bacaan dan berita diterima menyatakan bahawa
punca segala kes MURTAD yang berlaku merujuk kepada
sistem ekonomi dan keadaan ekonomi orang Islam di
Malaysia. Melihat pada kurangnya bantuan dari
kerajaan kepada umat ISlam di Malaysia seperti satu
usaha pakatan bersama menjadikan Orang Islam melarat
di negara sendiri lalu mencari jalan keluar dengan
menjadi MURTAD, pelacur dan melakukan aktiviti tidak
bermoral sepeti orang tiada agama. MURTAD pula
dijadikan sebagai satu kaedah yang prima untuk
mengelak diri dari kemiskinan dan
kemelaratan.Ditambah lagi kerana kurangnya iman
kepada orang Islambaru dan lama dan tawaran lumayan
dari pertubuhan kristianisasi.
Menyedihkan apa yang berlaku di kawasan pendalaman
di Sabah turut memberikan alasan mengapa mereka
meninggalkan Islam setelah sekian lama menjadi
MUALLAF. Kurang perhatian, kurang bantuan, tidak
seperti yang mereka janjikan dahulu. DiIslamkan dan
kemudian ditinggalkan. Seperti orang yang gila kawin
cerai. Nampak perempuan berdahi licin, diorat,
kahwin dan kemudian ditinggalkan. Mungkin kah itu
fungsi PERKIM Selama ini?
LATAR BELAKANG PERKIM
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj, bapa TODI, LUMBA KUDA DAN JUDI Malasia
dandidaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas
penubuhannya,Tunku telah dilantik sebagai penasihat
sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden
sehingga tahun 1989.
PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM
Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh
negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian
diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang
dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian.
Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan
untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa
aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian.
PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali
sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah
setaraf dengan PERKIM Bahagian-bahagian.
Di peringkat bahagian pula wujud entiti cawangan di
setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh
Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam
Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan
bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada
PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan
dasar PERKIM Kebangsaan.
Ini pula tujuan penubuhan PERKIM selama ini.
1. Dakwah
Menjalankan dakwah Islamiyah kepada
orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara
positif dan berkesan.
2. Pendidikan
Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran
serta pendidikan Islam menerusi segala media dan
segala jalan yang sah di sisi undang-undang.
3. Kebajikan
Menjalankan semua kerja kebajikan
termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa dan
dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan dan
menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit,
miskin, susah dan daif.
4. Kerjasama dalam bidang agama Islam
Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan
pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam yang
lain demi kemajuan agama Islam.
5. Lain-lain
Menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan
kemajuan Islam.
Pengerusi dan Presiden PERKIM Kebangsaan:
1. Tan Sri S.O.K. Ubaidullah (1960 - 1964) P.S.M.,
D.P.S.M., J.M.N.
2. Tan Sri Haji Yusoff bin Haji Ibrahim (1964 -
1968)
P.S.M., J.M.N., S.M.K.
3. Tan Sri Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Zain (1969
-
1971) P.S.M., D.J.M.K., P.J.K.
4. Tan Sri Yusoff bin Haji Ibrahim (1972 - 1974)
P.S.M., J.M.N., S.M.K.
5. YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1974 - 1989)
K.D.M.
6. Y.A.B. Pehin Sri Datuk Patinggi Haji Abdul Taib
Mahmud (1989 - 2006) D.P., P.S.M., S.P.M.J., S.S.D.K.,
D.G.S.M., S.S.A.P.,S.S.S.A.,P.G.D.K., K.T.W.E.
(Thailand), K.E.P.N. (Indonesia), S.P.M.B. (Brunei),
K.O.U.(Korea )
7. Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (2006 sehingga
sekarang)
PENJAJAHAN MELALUI PENUBUHAN
Sejak awal lagi penubuhan PERKIM diragui. Bentuk dan
tulang belakang penubuhannya sama dengan penubuhan
UMNO. Menjadi kaedah penaklukan minda dan diri
seseorang itu di atas pertubuhan yang kononnya
menjadi wadah perjuangan sesebuah bangsa atau agama.
Aku tidak pernah memuji dan tidak pernah mahu untuk
memuji Tunku Abdul Rahman kerana aku rasa dianya
satu spesis yang hipokrit. Dan seharusnya ianya
harus dikenang kerana keburukkannya dan di jadikan
sebagai pengajaran bukan disanjung sebagai Bapa
Kemerdekaan?
Cehhhh…..
Aku digelar anak merdeka tetapi apa yang aku rasa
CUMA tiada MAT SALLEH jadi pemerintah, sedangkan
sistem keadilan, cukai dan semua aspek pemerintahan
negara masih ada unsur-unsur British yang sepatutnya
sudah tidak perlu diguna pakai. Meneruskan budaya
barat menunjukkan bahawa Melayu Islam ini BANGANG
dan tidak mahu merujuk Al-Quran sebagai panduan
hidup dan undang-undang. Hipokrit yang jelas
pemimpin dahulu dan sekarang.
Tunku Abdul Rahman mendapat jolokan BAPA KEMERDEKAAN
yang hidupnya dipenuhi dengan hiburan. Mabuk
sepanjang malam, berdansa dan hobi yang dibawa
kemati adalah arak, judi dan lumba kuda. Malangnya
orang seperti ini menjadi orang penting di dalam
PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam SeMalaysia)
Hallo mimpi ke aku ni.
Keadaann ini serupa seperti Tawkey Genting Casino,
buat dan membina Masjid. Nah sendiri kena fikir.
KEMUNGKINAN PENUBUHANNYA
Beberapa kemungkinan kenapa PERKIM Ditubuhkan. BUkan
untuk membela atau untuk menjaga para muallaf tetapi
mungkin tujuan lain yang sama dengan penubuhan UMNO
dahulu, menakluk minda dan diri orang Islam di
Malaysia.
Penjajah British tidak mahu ada parti lain untuk
bangsa Melayu dan ISlam. Kerana, ini bakal
berhadapan dengan penentangan yang tidak diketahui
bentuk dan waktunya. Menjadikan mereka bingung dan
tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan kejutan.
Makaditubuhkan UMNO untuk menjadi satu-satu parti
yang menyebelahi Melayu tetapi tidak bertentangan
denganniat penjajahan mereka. Kerana itu UMNO
ditatang oleh mereka, sejak penubuhannya lagi.
Berlainan dengan layanan terhadap parti lain.
Penentangan terhadap Malayan Union oleh UMNO adalah
sandiwara yang sehingga kini sudah menjadi sejarah
yang dibukukan. Maksudkan, ia akan sentiasa berada
di dalam kepala rakyat Malaysia, dipupuk sejak kecil
lagi sehingga dewasa untuk rakyat Malaysia menerima
UMNO sebagai satu parti perjuangan bangsa Melayu dan
agama Islam. Pada hakikatnya, ia tidak lah seperti
itu.
Sejak penubuhan UMNO, British telah berjaya menakluk
minda dan diri orang Melayu Islam di Malaysia
seperti yang berlaku di Iraq ketika ini.
Menjadi malas, berharap dan lepas tangan kerana
Melayu sering diasak dengan janji dan anggapan akan
dibantu. Kerana itu sehingga sekarang Melayu
berharap mendapat tempias dari peluang kerajaan
tetapi sebenarnya ia sudah pun diagih-agihkan
diantara mereka dan usaha Melayu menjadi sia-sia dan
membuang masa.
Strategi yang sama berlaku kepada penubuhan PERKIM.
Satu perjuangan agama Islam untuk menegak dan
mengukuhkan umat Islam. Pertubuhan ini ditubuhkan
oleh orang yang sama yang menubuhkan UMNO, sedangkan
keikhlasannya diragui dan sehingga sekarang, ramai
rakyat Malaysia sudah diISLAMkan tetapi tidak dijaga
dengan sempurna. Dari segi kewangan mahupun
kefahaman tentang ISlam. Akhirnya mereka kembali
kepada agama asal dan sekaligus memberikan persepsi
bahawa Islam itu buruk sikapnya, tidak menjaga
saudara dan lupa janji. Cemuhan ini menular kepada
semua penganut agama lain sehinggakan mereka takut
untuk memeluk Islam, bimbang akan mati kelaparan.
Ini jelas memberikan kita gambaran bahawa apakah
perjuang PERKIM selama ini. Membina persepsi negatif
kepada para muallaf dan memburukkan lagi nama Islam
di mata dunia. Tetapi malangnya ia masih lagi
berdiri kukuh dengan tujuan nya yang kabur, tidak
jitu fokusnya dan masih melakukan perkara yang sama
dengan kaedah yang serupa. Sehinggakan ia bukan lagi
satu tempat untuk bertuduh kepada para Muallaf dan
umat Islam.
IMAN ITU PENTING
Asas agama adalah penting untuk penubuhan satu
pertubuhan ke arah kebangkitan umat Islam. Jika
kurang asas, maka tujuan dan fokus pertubuhan akan
lari dari landasan yang asal. Tambah-tambah lagi
dengan nafsu manusia zaman sekarang yang lebih
kepada politik dan keduniaan. Menjadikan penubuhan
satu kaedah untuk mempopularkan nama sendiri lantas
menjadi satu senjata kepada kemusnahan. Umat Islam
perlu berjaga-jaga dengan kaedah sebegini kerana
British telah mempelajarinya sejak dahulu, kelemahan
bangsa dan umat Islam lantas mereka kelihatan lebih
kepada 'follow but not fight' dan akhirnya kita
jatuh ke tangan mereka.
Kesedaran umat Islam adalah penting tetapi sama
pentingkan mengenali pengkhianat yang topengnya
adalah Melayu dan Islam sedangkan perjuangan mereka
disebaliknya. Terikut dengan rentak dan akhirnya
rebah menyembah bumi. Hilang agama, hilang bangsa
dan kemudian menjadi bangsa yang miskin, setelah
harga diri dan keistimewaan dibawa pergi. Kaedah
Rompak sekarang tidak lagi menggunakan senjata
sahaja malah menggunakan akal di fikiran. Bodoh
manusia tidak menggunakan akal dan menerima sebarang
agenda yang tidak diketahui muslihat disebaliknya.
Duduk dan fikir semasak-masak. Baik dan buruk satu
langkah itu bergantung kepada kecekalan, iman dan
takwa kepada Allah swt.
|