|
Raden Jowo
ORANG TENGAH" adalah USAHA TUTUP DOSA UMNO.
Umno dikatakan menggunakan kaedah ORANG TENGAH untuk
menghentikan perbalahan Mahathir dan PAK LAH. Itu bukan tujuan
asalnya, dan kaedah ini adalah untuk menutup ISU PENGKHIANATAN
UMNO keseluruhannya. Mereka sesungguhnya bimbang, jika
percakaran ini berterusan, akan ada pula tembelang yang yang
bakal diketahui rakyat. Apabila ada usaha sedemikian, maka
bersorak lah warga UMNO menarik nafas lega, kerana terselamat
dari DIDEDAHKAN, DIBONGKARKAN oleh pemimpin mereka yang asyik
BERBALAH.
Selamat UMNO tidak akan kekal kerana ada pihak yang tahu dan
mempunyai bukti cukup tentang kejahatan UMNO, masih disusun
kerana KEADILAN akan hanya ada pabila sistem kehakiman di
pulihkan. Kerana itu ramai Menteri dan TPM sendiri bimbang jika
MAHKAMAH bertindak ADIL. Ini lah sikap songsang kerajaan.
Mahathir yang selama ini sudah menyalahgunakan wang rakyat,
WAJIB di diberikan hukuman. Hukuman perlu diberikan berdasarkan
kepada perbicaraan yang telus di MAHKAMAH. Jika ada usaha orang
tengah untuk meredakan ketegangan perbalahan, maka rakyat
sebenarnya berhadapan dengan masalah. Masalah yang akan menutup
TERUS dosa yang telah kerajaan lakukan.
Diberitakan bahawa TUN KHALIL YAAKOB akan dilantik menjadi orang
tengah. Ia seumpana meredakan perbalahan antara PEROMPAK dan
PENCURI oleh PEROGOL BERSIRI. Apa bezanya dan apakah hasilnya?
Untuk tutup cerita dan hapuskan DOSA. Mudah.
ORANG TENGAH dan SURUHANJAYA?
Kaedah ini adalah amat POPULAR bagi kerajaan. Di dalam pelbagai
isu yang bersangkutan dengan penyalahgunaan kuasa pemerintah,
mereka sering menggunakan SURUHANJAYA yang dilantik oleh MEREKA
SENDIRI. Rakyat tidak berpeluang melibatkan diri. Harap maaf.
Ketika siasatan dibuat, punca masalah akan dikenal pasti, dosa
pemimpin akan dipengap, alasan lain akan dicari dan akhirnya
rakyat akan hanya diberitahu punca masalah yang tidak
bersangkutan dengan penyelewengan para kepimpinan. Kaedah yang
serupa oleh kerajaan yang sama. Masih ingatkah LUKISAN yang jadi
punca MAS kerugian?
Kaedah ini ternyata memberi kesan. MARAH rakyat akan menjadi
reda dengan penubuhan suruhanjaya dan berpandu kepada sejarah,
segala hasil penyiasatan akan hanya dibertahu kepada rakyat
selepas beberapa bulan penyiasatan dibuat dan ketika itu rakyat
sudah beralih fokus kepada perkara lain pula. Begitu lah yang
terjadi pada isu MAS, MRR2, Perwaja Steel, Penyelewengan Bantuan
Tsunami, Pemberian AP dan bermacam-macam isu lagi.
SIKAP KERAJAAN
Penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan dan perlantikan 'ORANG TENGAH'
adalah dua kaedah yang sama, cuma kaedahnya saja berbeza
bergantung kepada masalah yang dihadapi. Namun tujuannya tetap
serupa, untuk menipu rakyat, mengalihkan fokus dan menutup
kesalahan para pemimpin. Ramai pemimpin yang masih bebas
sehingga kini walaupun pembaziran dan penyelewengan melibatkan
wang rakyat mencapai angka berbillion-billion ringgit. Akibatnya,
rakyat yang terpaksa rakyat berhadapan dengan masalah ekonomi,
negara berhutang, kutipan cukai cara paksaan dan pembayaran
denda semata-mata untuk menampung perbelanjaan boros kerajaan
dan pemimpin.
KERAJAAN YANG TERUS MEROMPAK
Kerajaan perlu terima hakikat bahawa mereka sebenarnya mahu
TERUS menjadi PEROMPAK yang sentiasanya mahu TERUS selamat
beroperasi. Selamat dari hukuman dunia, selamat dari tindakan
undang-undang dan penghakiman. Berapa ramaikah pemimpin membawa
dosa mereka sehingga kelubang kubur dan ramai yang masih bebas
lagi berbuat salah sehingga kini?
Maka benar sangat lah kiranya HUKUMAN, DENDA dan MAHKAMAH itu
hanya untuk rakyat. Dengan adanya semua itu, rakyat tidak boleh
lari dari tanggung-jawab sebagai seorang rakyat, tidak boleh
berlebih-lebih dan pastinya tidak boleh bebas melakukan seperti
apa yang kerajaan lakukan. Malangnya ada rakyat yang masih
setuju dan undi kerajaan yang ada sekarang kerana mereka sudah
di PEKAKkan, diBODOHkan dan diBUTAkan atau mungkin ada
PENGLIBATAN.
SIKAP RAKYAT
Ketika ini rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah. Mungkin
kepada mereka yang makan gaji dengan kerajaan tidak merasai apa
yang rakyat semua rasakan. Sungguh mengecewakan apabila ada
kakitangan kerajaan menyatakan sehingga kini jabatan mereka
masih berbelanja seperti biasa, boros dan tidak beretika.
Keadaan ekonomi yang semakin meruncing, kerajaan masih boros dan
rakus berbelanja. Belanja berhemat hanyalah panduan untuk rakyat
dan bukan kepada Menteri dan Kerajaan?
Harap Maklum.
Menyalahkan keadaan ekonomi global adalah alasan yang tidak
boleh diterima pakai. Tunjuk situ, tunjuk sana dan bukan TUNJUK
SINI. Maka apa lah perlunya seorang 'ORANG TENGAH' jika ianya
hanya semata-mata tidak mahu PEKONG UMNO didedahkan kepada
rakyat jelata. Bimbang kerajaan bukan kerana AJAL UMNO yang
bakal menjelang, tetapi bimbang peluang tidak datang seperti
hari ini dan semalam.
APA YANG KHALIL BAKAL LAKUKAN?
Kaedah yang bakal digunakan oleh orang Tengah seperti Kalil
Yaakob adalah mengenal pasti DOSA kedua-dua pemimpin,
menyedarkan mereka akan bencana yang bakal di hadapi oleh
keseluruhan warga kerajaan dan UMNO serta menasihati kedua BADUT
itu untuk tidak memperbesarkan dan mendedahkan dosa-dosa yang
dilakukan oleh seangkatan dengan mereka. Namun sejauh mana
kedua-dua makhluk ini akan terima nasihat?
Masing-masing ada agenda dan alasan perbalahan mereka. Cuma
alasan sebenar tidak akan disebut secara jelas. Penulis berharap
semoga ia berterusan dan mampu memberi kesedaran kepada rakyat
bahawa KERAJAAN BUKAN UNTUK RAKYAT, lalu pasang telinga, tepuk
dada dan tanya selera. Semuga dengan pendedahan itu kelak,
menghilangkan SELERA rakyat kepada UMNO yang HAPRAK lagi DURJANA.
|