BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>

Subject: MUFTI YANG SEMAKIN MENGELIRUKAN
Date: Mon 12/25/06 10:05 PM


Sejak UMNO memerintah, Islam sudah banyak berubah. Kononnya Islam perlu maju dan perlu Moden lantas lahir lah Islam Hadhari. Dunia semakin moden dan nampak Islam turut dimodenkan untuk menyertai dunia secara global. Malangnya kemodenan yang dituju adalah kemodenan cara barat, yang jauh menyimpang dari elemen-elemen Islam sebenar.

Sejak beberapa tahun ini, pelbagai isu telah kedengaran. Menjadikan kebimbangan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO yang kononnya berjuang demi bangsa dan agama adalah tipu helah semata-mata. Saban hari kita mendengar masalah MURTAD, kelahiran anak luar nikah dan kehidupan sosial anak muda semakin diluar kawalan.

Kebimbangan akan berita sebegini menerjah ke lubuk sanubari pemimpin UMNO. Mereka tidak bimbang akan masalah yang menimpa masyarkat tetapi apa yang Mereka bimbangkan adalah persoalan tentang kredibiliti sebagai kerajaan yang lepa dan lupa akan tanggung-jawab yang diserah dan di amanahkan.

ISLAM UMNO

Kini, dengan karenah pemimpin-pemimpin UMNO, memperlihatkan bahawa Islam yang dibawa oleh kepimpinan mereka lebih kepadaa ISLAM LIBERAL. Boleh berpegang tangan dan bersentuhan, berlaga pipi, berjoget dan bermaksiat secara berleluasa. Satu tegahan dan kritikan dibuat, akan melibatkan tindak balas dari kerajaan. Serangan berkumpulan kepada mereka yang berani kritik kerajaan.

Perkara-perkara yang bersangkutan dengan agama sekarang sudah bebas di perkata oleh orang politik. Dari membetulkan kenyataan sehingga kelihatan mempermainkan soal akidah Islam. Kebijaksanaan mereka mempermainkan ayat al - Quran dan melarikan maksud asal sesuatu ayat itu. Dari Islam yang disegani kini Islam sudah menjadi barang gurauan sesama mereka. Memutar belitkan maksud sebenar Al-Quran bagi menghalalkan yang haram.

Sikap mereka ini bukan sahaja memalukan rakyat malah mengundang pertikaian yang tidak berkesudahan dan menjadi ejekan kepada agama lain. Semuanya gara-gara kemewahan dan kebebasan yang mereka perolehi ketika ini. Kerana ingin tidak mahu dikongkong maka undang-undang Islam dipertikaikan.

MUFTI BIMBANG

Akibat kecuaian dan tidak bertanggung-jawab, MUFTI PERAK (Dato' Seri Hj. Harussani b. Hj. Zakaria) telah bertindak mengeluarkan kenyataan demi kenyataan. Kritik yang memperlihatkan sikap tidak bertanggung-jawab kerajaan.

Malangnya, niatnya yang jujur telah di sanggah oleh kerajaan. Semuanya hanya lah kerana untuk berdalih dari disalahkan. Apa sahaja yang cuba diketengahkan oleh mufti tersebut, pastinya Parlimen akan bergema dengan serangan balas ahli politik kerajaan. Di dalam beberapa isu yang diketengahkan, tidak satu pun yang diterima, tetapi disanggah dan disanggah. Kini Mufti baru yang muda belia telah dilantik.

SIAPA DIA MUFTI MUDA TERSEBUT?

Perlantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai Mufti Perlis berkuat kuasa 1 November lalu sekali gus menjadi mufti termuda di negara ini. Berumur 35 tahun seorang pensyarah Pengajian Islam di USM sejak 2003 dan dipinjamkan sebagai Mufti Perlis untuk tempoh dua tahun.

Dr Mohd Asri dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin yang kini dilantik Penasihat Agama Perlis, selepas memegang jawatan mufti selama 23 tahun.

Watikah pelantikan Dr Mohd Asri disampaikan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Arau.

Mohd Asri, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Perlis tahun 2006. Gelaran yang juga pernah dinobatkan kepada Wartawan TV3, Karam Singh Walia.

PENDIDIKAN BELIAU

Beliau mendapat pendidikan di Kolej Islam Klang sebelum menyambung pelajaran peringkat Sarjana Muda di Universiti Jordan dalam bahasa Arab dan Syariah.

Beliau seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di USM dalam bidang Pengajian Islam dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pengajian Hadis.

Menurut beliau, hanya ilmu pengetahuan dengan fakta yang jelas saja mampu menyelesaikan sesuatu isu yang timbul, sekali gus dapat mengelak timbul salah sangka di kalangan umat Islam. (cuma yang membimbangkan adalah pengertian fakta yang sebenar takut diputar belitkan oleh golongan bijak pandai politik). Itu katanya.

Tambah beliau , Ketika ini, ramai tokoh agama yang bercakap dan menyuarakan pandangan dengan bersahaja tanpa fakta lengkap. Jika pandangan itu tidak betul, akan timbul anggapan di kalangan generasi muda bahawa agama itu hanyalah mitos,?

KEBIMBANGAN

Perlantikan golongan muda sebagai IMAM adalah satu tindakan yang baik, begitu juga kepada jawatan MUFTI. Namun ada pro dan kontranya. Penulis menyerahkan persoalan ini difikirkan oleh umat Islam di Malaysia. Kerana masing-masing mempunyai pendapat masing-masing dan sekiranya penulis tidak bersetuju, pasti ada yang bersetuju dan begitu lah sebaliknya.

Namun sebenarnya kita tidak tahu apa akan berlaku esok hari. Adakah perlantikan golongan muda bakal membawa Islam ke tahap yang sepatutnya atau ia tambah merosakkan lagi Islam itu sendiri. Entah la.

KEJUTAN OLEH MUFTI

Tetapi baru beberapa minggu perlantikan dibuat, MUFTI PERLIS sudah bisa mengeluarkan kenyataan tentang isu berkaitan dengan penangkapan khalwat. Maka bercanggah lah pendapat antara para hebat agama. Mungkin sudah menjadi hasrat MUFTI MUDA untuk mendapat perhatian, tanpa membuat sebarang perbincangan dengan para MUFTI yang lebih pengalaman. Mungkin juga ada perancangan dan percaturan yang sedang dibuat kita tidak tahu.

Kita tidak mahu mempersoalkan tentang perlantikan beliau disini, tetapi sebenarnya tindakan beliau yang kononnya HEBAT telah memberikan masalah dan kekeliruan kepada rakyat yang membaca dan mengikuti isu tersebut.


Namun para bijak pandai agama pastinya mempunyai alasan-alasan tertentu dengan berlandaskan surah dan sebagainya. Kerana mereka semua PANDAI-PANDAI BELAKA dan mampu untuk menterjemahkan ayat Al-Quran dengan persepsi masing-masing. ASTORA JABAT atau USTAZAH MASITAH dan isu pelacurannya dilihat sebagai salah satu bukti, menyalahgunakan kepandaian dan kelebihan yang ada.

POLITIK DI DALAM ISLAM

Hawa nafsu yang mereka tunjukkan lebih kepada penentangan dan disusuli dengan niat berpolitik. Maka, jika tugas seseorang itu untuk melahirkan kontroversi, beliau lebih baik masuk politik dan bercampur dengan TOK IMAM dan USTAZAH HADHARI yang ada sekarang. Jika perlantikannya untuk membantu mengukuhkan lagi akidah dan iman rakyat, perlantikannya adalah di alu-alukan.

POLITIK DAN ISLAM BAGAIKAN ROJAK

Rakyat ketika ini sudah fobia dengan perlantikan-perlantikan baru. Saban hari kita melihatkan karenah ahli politik berbicara tentang perkara yang bukan tanggung-jawab mereka. Melahirkan niat nafsu masing-masing untuk tujuan politik. Menterjemahkan ayat Al-Quran untuk menyelamatkan diri dan menghalalkan yang sudah sedia haram.

Politik sudah bebas menerjah masuk ke semua ruang lingkup aktiviti di Malaysia , agama habis dirasuk dan jelas ketika ini sudah tiada sempadan lagi. Perleluasan keadaan sebegini bakal merosakkan lagi keadaan yang ada dan ahli politik UMNO dan BN, tidak lagi mempunyai sempadan untuk membezakan antara politik dan agama. Mempersendakan undang-undang Islam dengan kefahaman yang cetek dan untuk kepentingan diri sendiri.

Dan pastinya Barat akan tertawa dan berbangga dengan pencapaian agen penjajahan mereka ini, Melakukan tugas dengan berkesan sekali. Mengelirukan Islam kerana kerana rakyat tidak tahu sempadan berpolitik. Rakyat tidak tahu membuat pilihan kerana Rakyat tidak tahu membezakan antara berpolitik untuk agama atau beragama untuk berpolitik. Atau mungkin pemimpin sendiri keliru antara agama, politik dan kepentingan diri.



 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762