|
KHIR TOYO LAGI MAJU DARI
SELANGOR
Entah kenapa? Apabila orang bertanya, apa negeri ku
dan siapa MB aku? Aku hanya diam dan tidak menjawab.
Mungkin mereka akan mengatakan aku sudah hilang akal
tetapi biarlah aku begini. Malu benar untuk mengakui
aku orang SELANGOR dan MB aku KHIR TOYO.
DAHULUNYA DIBANGGAKAN
Dahulunya Khir Toyo adalah orang kampung seperti
orang kampung yang lain. Pergi ke sekolah di awal
pagi dan petang bermain dengan rakan-rakan. Siapa
yang tidak kenal anak WAK TOYO? Mereka bukan orang
tulen Malaysia. Sehinggalah beliau belajar dan
bergelar doktor. Menjadi pujaan anak-anak gadis
kampung kerana bijak dan berjaya. Tetapi kini orang
kampung sudahmalu dengan karenah dan tingkah laku,
orang kampung yang bergelar KHIR TOYO.
MICHAEL JACKSON SELANGOR
Kini Khir Toyo sudah berubah. Bukan sahaja sifat,
tingkah laku, malah wajahnya pun sudah berubah.
Kononnya hanya mata di perbaiki (repair) dengan
menggunakan kaedah laser. Malangnya beliau tidak
sedar yang rakyat tahu bahawa dahulunya hidungnya
seperti manusia kini berubah kepada serigala.
Mancung yang tidak kena dengan wajah. Mungkin
padanya, ia sudah kembali muda. Tapi pada rakyat,
ini semua kerja gila. Kerja orang yang tidak mahu
terima hakikat bahawa dia dahulu siapa dan sekarang
menjadi apa. Kalau orang mengutuk Michael Jackson
kerana perubahan wajah, maka siapa lagi yang kita
perlu kutuk ketika ini jika tidak seorang anak
kampung yang sudah bergelar MB, miliki kekayaan dan
kuasa yang tiada taranya di Selangor Darul Ehsan.
Aku tertanya-tanya kenapa beliau bertindak
sedemikian? Waras lagikah Khir Toyo? Bukan silap
mata. Tetapi beliau menjelaskan hanya mata yang
diubahsuai, dari rabun kepada terang. Modalnya cuma
RM3000, rawatannya memakan masa 1 jam dan dilakukan
di hospital disekitar Lembah Kelang. Kita ditipu
atau dia menipu?
Aku gosok lagi mata. Benarkah apa yang aku lihat?
Perubahan yang ketara, bukan hanya kerana mata
tetapi kerana kulit yang tegang. Warna yang cerah.
Hidung yang sedikit turun seperti serigala yang mahu
melapah mangsa. Pada ku mungkin untuk menceritakan
kepada rakyat bahawa "Aku sudah berubah, Aku bukan
lagi anak kampung berketurunan Jawa yang tahu akan
sopan santun dan pentingkan bangsa. nyah kau dari
sini, aku mahu jadikan negeri ini, negeri maju,
negeri aku"
LIFE START AT 40
Bagaimana pun aku kembali tersenyum kerana kebesaran
Allah swt. Mungkin umur yang meningkat kepada 40
akan menyaksikan sedikit perubahan akan siapa kah
diri kita. Benar sungguh kata-kata orang tua. Kalau
kita tidak berubah ketika menjelang umur 40, kita
tidak akan berubah. Dan orang putih pun menceritakan
perkara yang sama, "Life start at 40." Persoalannya
adalah "Good life or a bad life?"
Kita tentu pelik melihat gelagat manusia yang
berubah ketika umur tersebut. Yang dahulunya jahat
berubah menjadi baik. Berulang alik ke masjid,
beribadah dan bersujud kepada Allah swt. Malangnya
ada yang berubah dari baik kepada jahat. Ini semua
jalan yang dicari manusia. Mencari syurga atau
neraka, pilihan ada ditangan kita? Menjadi tua atau
kembali menjadi muda. Mahu sedar tingginya langit
atau mahu menongkat langit.
Ingin merasakan apa yang mereka belum pernah rasa
sebelum ini. Maklumlah siapa Khir Toyo dahulu dan
siapa Khir Toyo sekarang. Rakyat binggung, tetapi
ini lah realiti yang perlu dijadikan contoh. Bukan
untuk mengutuk tetapi fitrah manusia yang mengawal
nafsu tetapi sedikit lepa, nafsu yang mengawal
manusia.
SELANGOR MAJU
Bercita-cita untuk menjadikan Selangor negeri Maju.
Tidak sedar rakyat menderita kesusahan dengan
aktiviti merobohkan rumah setinggan. Aku dikejutkan
sekali lagi dengan berita perobohan rumah setinggan
Kampung Beremban, Ampang. Aduh sedih, apa dan
bagaimanakah mereka melalui hidup mereka nanti?
Anak-anak kecil yang tidak tahu erti kemajuan, sudah
merasa bagaimana peritnya hidup di negeri yang serba
Maju. Memiliki segala macam kemajuan termasuk
jentolak moden untuk merosakkan rumah mereka.
Bayangkan lah ketika cuaca yang tidak menentu. Hujan
hampir setiap hari diikuti dengan ribut yang
mengganas ketika ini, banjir merata-rata sedangkan
kerajaan negeri Selangor sebok merobohkan kawasan
setinggan tanpa mampu berfikir, perlukah ia
dilakukan pada bulan ini?
Mungkin Selangor dan MB, mahukan Selangor menjadi
maju tetapi sehingga melupakan tatasusila dan adab
orang Melayu yang merobohkan rumah orang Melayu
sendiri. Sedih aku menjadikan aku murung seketika.
PERHIMPUNAN UMNO dan PERHIMPUNAN SERIGALA MELAPAH
BANGSA.
Inikah bangsa ku. Bangsa yang kononnya menjerit
untuk menjaga dan memperjuangkan bangsanya sendiri.
Tidak sampai seminggu berakhirnya, Perhimpunan UMNO
ke 2006. Semangat Melayu dilaungkan bagaikan pecah
dewan. Bukan seorang tapi hampir beribu orang yang
memenuhi dewan PWTC. Berpakaian ala pendekar untuk
menghiburkan hati orang Melayu yang kebimbangan akan
disingkirkan oleh bangsa lain, tetapi bangsa Melayu
lah yang merosakkan Melayu dan bangsa Melayu lah
yang menjadi agen bangsa lain untuk merobohkan rumah
bangsa Melayu.
Benar!!! mungkin setinggan rumah Kampung Beremban
mungkin tidak mahu turut maju seperti yang MB
impikan. Tetapi tiada cara lain, selain dari
merobohkan rumah mereka sebelum penyelesaian dicapai.
Hebat sangat kah kemajuan yang hendak dicapai
sehingga menitiskan air mata anak kecil kesejukan di
malam yang dingin selepas hujan yang berterusan?
DUNIA BERUBAH MENJADI SYURGA
Entah, kekadang aku fikir, ini lah dunia. Apabila
manusia sudah menjadikan dunia ini syurga, maka
tidak perlulah syurga yang dijanjikan Allah swt.
Masing-masing mahu jalan pintas dan tidak mahu
memikirkan syurga diakhirat nanti. "Persetan dengan
itu semua kerana aku berjaya syurgakan duniaku".
Mungkin itu kata pemimpin ketika ini, termasuk Khir
Toyo yang ketika kecilnya dihimpit kesusahan.
Menjual tin kosong dan botol untuk melanjutkan
pelajaran. Mungkin kah beliau boleh kembalikan
sedikit nostalgia masa lalu untuk bertindak berperi
kemanusiaan atau hatinya sudah dibuaikan dengan
janji dan habuan yang melimpah ruah?
Itu yang dikatakan perubahan, dari seorang anak
kampung yang pentingkan adab sopan dan tahu
sensitiviti orang kampung dan jiran, kepada manusia
yang buas tidak memikirkan nasib anak-anak yang
rumahnya asyik dirobohkan hampir setiap bulan. Ada
sahaja yang dirobohkan sedangkan Datuk Zakaria Md
Derus yang ternyata membina rumah tidak mengikut
prosidur pun masih terus dibiarkan. Alasannya tanah
mereka sendiri. Siapa yang berikan dia tanah dan
benarkan beliau membeli tanah tersebut dan benarkah
harga belian tanah itu? Pergi mampus pada rakyat
kerana rakyat tidak tahu tembelang kita. Disusuli
hilai ketawa para pemimpin bangsa Melayu yang
menangis untuk minta simpati.
DUNIA INI AKU PUNYA
Malangnya penduduk kampung Beremban, mereka bukan
duduk dibumi Allah. Mereka duduk di tanah sipolan
bin sipolan. Yang bakal di bangunkan oleh sipolan
bin sipolan. Atas usaha perobohan oleh sipolan bin
sipolan yang dipimpin oleh sipolan dan MBnya adalah
Khir Toyo (KT). Manusia perlu terima hakikat dan
kebenaran janji Allah kepada manusianya. Manusia
akan berubah apabila tamak dan haloba sudah memenuhi
ruang di dada. Bila manusia sudah mabuk, "Dunia ini
ana yang punya."
Pada rakyat Selangor. Nah ambil habuan kau, kerana
memilih anak jawa yang sudah lupa diri ini untuk
menjadi MB. Bukan sahaja Selangor menjadi negeri
Maju malah wajahnya turut berubah. Menjadi kan
rakyat semakin mual dengan tingkah lakunya yang
sudah tua menjadi-jadi, ganas dan bukan lagi manusia
yang bertimbang rasa.
MAJU YANG MEMALUKAN
Aku pasti dahulu Khir Toyo tidak
pernah rasa kemewahan dan tidak pernah fikirkan
bahawa wang dikantung sudah ada berjuta-juta yang
bakal merubahkan sifat manusia. Bukan sahaja aku
malu untuk mengakui Selangor negeri ku, malah aku
malu mengakui JAWA adalah bangsaku. Bukan kerana
kacang lupa kulit tetapi sikap segelintir kacang
hantu yang lupa diri kerana ingin MAJU.
|