|
raden jowo" <magelenjowo@yahoo.com> Add to
Address Book Add Mobile Alert
Yahoo! DomainKeys has confirmed that this message was sent by
yahoo.com. Learn more
Subject: LOMPAT MELAYU LOMPAT, LOMPAT LAH TINGGI-TINGGI
CC: anuarmohdnor@yahoo.com
Rakyat Tanah Melayu tidak ramai yang tahu apa itu politik.
Kerana itu apabila British memperolehi
kesempatan menjadi penasihat kepada Sultan Tanah
Melayu, mereka memasukkan bangsa Cina dan India dalam
usaha mereka membongkar khazanah alam Tanah Melayu,
BIJIH TIMAH dan GETAH diusahakan pada awal abad ke 19.
Mungkin alasan mereka adalah untuk membangunkan Tanah
Melayu. Apabila BRITISH dibenarkan menjajah, maka
Melayu mula mengejar Kebendaan.
MENGEJAR KEBENDAAN.
Ladang getah dillihat tidak memberikan keuntungan yang
segera. Selain dari menunggu 8 hingga ke 10 tahun
untuk tuaian, bijih timah dilihat alternatif terbaik
untuk memperolehi keuntungan dan pendapatan yang
secepat kilat. Perlombongan Bijijh Timah adalah
industri tertua di Malaysia. Usaha perlombongan di
jalankan diTanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melaka.
Kekayaan bijih Timah di Tanah Melayu dikatakan paling
hebat dan hasil bumi ini adalah yang TERBAIK. Ini di
bukti kan oleh Pengembara Arab yang bernama Abud Dulaf
yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke 10. Kerana
itu BRITISH ke mari dan kerana itu kepada mereka,
tanah diberi, dikorek dan ladang getah diusahakan.
Siapa yang beri?
SIAPA YANG BERI?
Bijih timah dimonopoli untuk kerabat di RAJA dahulu
kala. Sultan Abdul Malik Mansor Shah, Sultan Perak ke
19 untuk perlombongan di Perak dan di Kuala Lumpur,
kuasa pada Raja Abdullah dan Raja Juma'at (1857).
Manakala lombong di Negeri Sembilan, Datuk Kelana
Sungai Ujong. Akibat gila kuasa, perbalahan berlaku.
Semuanya kerana gila kuasa dan gila mahu kaya. Ketika
itu mana rakyat Melayu?
MANA RAKYAT MELAYU?
Jelas kepada kita siapa yang mainkan peranan dalam
perlombongan ketika itu. Adakah rakyat Melayu tidak
berminat degan perlombongan? Ada pihak yang menyatakan
bahawa Hasil Tanah Melayu ini cuba di monopoli oleh
keluarga BANGSAWAN, sehinggakan kemasukan Bangsa Asing
berlaku di Malaysia. Apa-apa pun penulis percaya, ini
muslihat British untuk majmuk kan Tanah Melayu ketika
itu.
Kita tidak mahu cerita panjang lebar tentang bangsa
asing yang memasuki Malaysia. Apa yang penulis mahu
ceritakan adalah kerana sikap TAMAK dan HALOBA
sesetengah pemimpin sejak dahulu lagi merosakkan Tanah
Melayu. Doa British termakbul, peduli apa dengan
kehancuran Tanah Melayu kerana ia bukan milik mereka.
Pada Melayu kini, Nasi sudah menjadi bubur.
NASI SUDAH MENJADI BUBUR
Mahu disalahkan Melayu lama? Bukan salah mereka kerana
pengetahuan bangsa MELAYU ketika itu tidak pada
politik dan tidak tahu bagaimana berpolitik serta
tidak tahu kesan akibat politik. Walau bagaimana pun,
bangsa Melayu TERPAKSA terima kehadiran bangsa lain
sepertimana kita TERPAKSA terima Sistem DEMOKRASI. Itu
isu dahulu dan kini isu terkini.
ISU TERKINI
Tahun 2006, isu yang amat hangat ketika ini adalah
Mahathir berusaha bersungguh-sungguh untuk membongkar
kesilapan kerajaan di dalam pembatalan jambatan
bengkok, penyingkitan Mahaleel di Proton dan banyak
lagi kes yang bersangkutan dengan pemerintahan PAK LAH
BADAWI. Adakah setelah 60 tahun baru Melayu bersetuju
untuk disedarkan?
Kini kita menunggu jawaban dari Pak Lah yang asyiknya
hanya bercuti. Adakah sekembali beliau disini, akan
terjawabnya semua soalan? Jika menurut Nujum Pak
Belalang, soalan tidak akan diberi jawapan. Kerana
pada Pak Lah, jika dilayan, beliau akan terjerumus ke
dalam PERMAINAN Mahathir.
Namun sekiranya ia dijawab, ia akan membongkar banyak
cerita disebalik TABIR pemerintahan UMNO yang selama
ini wanginya hanya di luar dan busuknya KEKAL di
dalam. Busuk yang selama ini seringkali cuba keluar,
berjaya ditutupkan. Ia usaha yang tidak mudah kerana
sentiasa ada isu yang mencelah.
ISU YANG MENCELAH?
Di dalam rakyat rancak menanti jawapan dari Pak Lah,
tiba-tiba 1 tajuk pun tiba-tiba timbul, yakni isu
'AGAMA KAMI DI TINDAS'. Isu yang berkaitan dengan
anutan 3 bangsa tadi. Berkaitan dengan pengkebumian
HERO MOORTHY (penakluk gunung Everest), KES MURTAD
LINA JOY dan lain-lain lagi. Apa yang mereka
sebenarnya mahu katakan adalah Islam menindas agama
lain. Itu sahaja.
Secara tiba-tiba isu itu disebut kembali. Agenda siapa
dan untuk apa? Apakah rakyat tidak menjadikan sejarah
sebagai pengajaran?
SEJARAH SEBAGAI PENGAJARAN.
'13 Mei'. Satu tarikh yang menjadi peringatan untuk
semua bangsa. Pada 10hb Mei 1969, tarikh Pilihanraya
yang menyaksikan kekalahan besar Parti PERIKATAN
(Sekarangnya BN), yang berakhir dengan pertumpahan
darah.
Di dalam keseronokan Parti Pembangkang meraikan
kemenangan dengan meraikannya dijalan-jalanraya. Pada
masa yang sama, penyokong PERIKATAN berkumpul di rumah
Menteri Besar Selangor, Dato' Harun Idris, yang ketika
itu terletak di Kampung Baru, di Jalan Raja Muda Abdul
Aziz. Adakah mereka berkumpul kesedihan atau berkumpul
untuk merancang? Apa-apa pun 3 hari selepas kekalahan
PERIKATAN, insiden 13 Mei pun berlaku. Apakah ini impak pada kekalahan UMNO?
Penulis tidak mahu menceritakan lebih lanjut tentang
punca perbalahan kerana tiada bukti yang boleh
dipercayai, Namun yang pasti jika UMNO kalah,
perbalahan akan membawa kepada pergaduhan dan akhirnya
dianggarkan 1,500 ke 2,000 orang telah MATI. Sejauh
mana rakyat mengambil iktibar dari sejarah ini?
IKTIBAR DARI SEJARAH
Kaitkan semua cerita sejarah di atas dan anda akan
tahu semua masalah yang timbul adalah kerana politik.
Perlulah diingat, pertikaian agama yang cuba di
api-apikan oleh segelintir ini adalah kaedah yang
juga digunakan oleh UMNO seperti yang berlaku pada 13
mei. Adakah isu ini timbul sendiri atau sengaja
ditimbulkan ketika ini? Maka rakyat perlu berhati-hati
kerana bukan semua cahaya itu SYURGA dan bukan semua
api itu NERAKA. Bijak kah Melayu?
BIJAK KAH MELAYU?
UMNO akan cuba pendam kesalahan mereka melalui ORANG
TENGAH dan ALIH FOKUS. Bijak bukan bermakna tidak
boleh dikelirukan.
1. Kerana bijak Melayu lah, lombong dan ladang
diusahakan oleh orang lain.
2. Kerana bijak Melayu lah, maka kuasa dan kepercayaan
diberikan kepada British.
3. Kerana bijak Melayu lah, adanya 3 bangsa di Tanah
Melayu.
4. Kerana bijak Melayu lah, bangsa lain boleh
pertikaikan kepimpinan Melayu.
4. Kerana bijak Melayu lah, undang-undang Islam tidak
dihormati oleh agama lain.
5. Kerana bijak Melayu lah, sehingga kini fakta 13 Mei
diputar belitkan.
6. Kerana bijak Melayu lah, Melayu masih disini,
melihatkan tanah, harta, peluang diambil oleh orang,
dan
6. Kerana bijak Melayu lah, maka fokus melayu
berubah-ubah.
Kita selalu berkata 10 perkara di dalam masa yang
sama. Sehinggakan fokus kita tidak menentu.
Persetankan tentang isu 'tindas agama'. Kekalkan fokus
pada membongkar 'pengkhianatan'.
Kita masih disini kerana Melayu asyik beralih arah.
Sikap yang diambil kesempatan oleh pemimpin,
memandangkan Melayu semangatnya sentiasa MEMBARA.
Sentuh sikit, lonjaknya sampai ke langit. Kerja belum
selesai dah cuba untuk melakukan kerja lain. Akhirnya
Melayu umpama katak, disentuh sahaja ia melompat.
Tidak sedar lompat untuk berjaya atau lompat untuk
terus kecewa.
|