BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

BILA PEMIMPIN MULA BERLAKUN
To: tranung2006@yahoo.com
CC: " anuar mohd nor" <anuarmohdnor@yahoo.com>

Kita sebenarnya sedang dan masih lagi mengikuti perkembang politik di negara kita. Isu perbalahan Pak Lah dan Mahathir menjadikan warna kehidupan menjadikan Hari Raya bertambah ceria. Masing-masing bercerita tentang perbalahan dan masing-masing mempunyai persepsi masing-masing. Penulis hanya mendengar pendapat rakyat sewaktu berhari raya. Maklumlah tong kosong...bunyi nya nyaring. Ada yang kelakar apabila individu yang tidak pernah tahu pasal politik turut mahu melahirkan pendapat mereka. Namun idea mereka adalah idea cetak. Apa yang tersiar di dada akhbar, begitu lah idea mereka. Saling memperbetulkan persepsi masing-masing.

Dalam rentetan perbalahan Pak lah dan Mahathir, penulis merasakan ada muslihat yang tersembunyi. Pak Lah dengan identiti penyabarnya dan Mahathir dengan sifat perengusnya. Setelah perjumpaan dibuat secara tertutup bulan lepas, apa yang didengari adalah Mahathir terus menyerang dan Pak Lah masih berdiam. Tidak sampai 24 jam, Mahathir kembali mengkritik.

Rakyat pun sibuk membuat rumusan, "SABARNYA PAK LAH". dan tidak kurang ada yang mengatakan "PAK LAH LEMBAB". Namun, hanya mereka yang tahu apa yang mereka lakukan.

PAK LAH TIDAK KURANG HEBATNYA

Mungkin ramai diantara kita pandai untuk mengkritik sifat dan perangai ahli politik di Malaysia. Namun tidak semua menepati apa yang disangkakan. Jika Pak Lah tidak hebat, masakan Pak lah mampu mengharungi kehidupan sebagai ahli politik. Jatuh bangun beliau di dalam UMNO bukan lah perkara perkara mudah. Terlalu banyak saingan yang ada di dalam UMNO. Untuk merasakan keadaan itu, sertailah UMNO di akar umbi dan ikuti perkembangan perjuangan mereka. Mungkin untuk menjadi hanya Ketua Pemuda, memerlukan satu perjuangan yang kental. Bukan perjuangan untuk bangsa tetapi perjuangan untuk diri sendiri. Perjuangan yang akan memastikan mereka terus hidup di dalam UMNO yang dikelilingi musuh diantara mereka. Menggunakan apa juga kaedah untuk menjatuhkan sesama mereka. Baik ilmu terang atau ilmu hitam. Tetapi cerdik dan tidak berputus asa adalah bekalan untuk bergelar WIRA.

Kerana itu penulis merasakan Pak Lah bukan lah calang-calang manusia. Beliau ada strategi dan tidak mustahil, Pak Lah dan Mahathir ketika ini mungkin juga sedang bersandiwara untuk satu tujuan yang kita sendiri tidak tahu.

APA KATA RAKYAT?

Ramai antara kita menyatakan kemarahan Mahathir kepada Pak Lah adalah berdasarkan kepada isu Jambatan Bengkok. Ia melarat kepada pelbagai isu lain. Ada pihak yang menyatakan bahawa terdapatnya gangguan Pak Lah terhadap kroni-kroni Mahathir di dalam pembinaan Jambatan tersebut. Di dalam masa yang sama, kelembapan Pak Lah juga dikatakan sebagai punca Proton dianak tirikan dengan masalah AP. Tetapi Politik adalah satu permainan yang cukup kotor. Sifirnya sahaja 2+1= 24.
Apa-apa boleh jadi.

JANJI APA?

Di dalam rakyat berkata-kata tentang perbalahan ini, di dalam rakyat berteka teki dengan tujuan perbalahan itu, pelbagai keburukan UMNO terdedah. Pak Lah dikatakan mungkir janji. Itu kata bekas PM. Tetapi beliau tidak menyatakan apakah janji yang dimaksudkan? Mungkin penulis terlepas pandang tetapi setahu penulis, beliau tidak pernah menyatakan apakah janji tersebut.

Teka teki pun berlanjutan. Dan di dalam masa yang sama, Pak Lah terus dengan kerja harian. Kisah perbincangan semalam dengan bekas PM, tiada saksi, tiada bukti. Kata Mahathir, beliau pasang alat rakaman. Tetapi tidak tahu apa yang mereka katakan. Itu semua rahsia mereka. Pak Lah terus dikatakan sebagai PM yang lemah oleh bekas PM yang melantik PM sekarang untuk menjadi PM.

Tambah beliau, membiarkan anak dan menantu mencari kekayaan dengan status Pak Lah sebagai orang nombor satu negara. Mahathir terus menghentam. Pak Lah terus menjadi PM. Khairi terus berpolitik dan Kamaludin terus berniaga. Mahathir kata, PM menggunakan kuasa untuk mengayakan anak beranaknya. Tapi Pak Lah tidak menjawab, cuma beliau berkata, anak Mahathir dahulu lebih istimewa dari anaknya. Rakyat dengar, terhangguk-hangguk tanda setuju.

Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pelaburan berbiliion-bilion ringgit. Tidak tahu mana puncanya. Yang senyum terus senyum dan yang sedih terus sedih. Pembangkang tidak keluarkan sepatah kata, agenda politik diteruskan. Kemungkaran dan penyalahgunaan kuasa terus diketengahkan dan di dedahkan.

FOBIA PERHIMPUNAN UMNO.

Pelbagai rumusan dkeluarkan sebelum perhimpunan UMNO berlangsung. Debaran menunggu hari. Siapa yang berdebar? Tentunya ahli UMNO. Pak Lah bagaimana? Pak Lah relax jer dan Mahathir pun goyang kaki. Ramai yang menjangkakan perbalahan akan terjadi. Pasukan Pak Lah akan bertentang dengan Pasukan Mahathir. Tetapi Pak Lah masih diam dan membiarkan keadaan berlaku. Seperti sudah tahu topik dan agenda yang akan berlangsung.

Anggota UMNO masing-masing berpendapat. Bertelingkah untuk membiar atau melarang Mahathir sertai perhimpunan. Pucuk pimpinan mengambil keputusan berdiam diri dan membiarkan Mahathir sertai perhimpunan. "Pak Lah tak bimbang ker?", kata pemuda akar umbi yang tidak tahu apa-apa pasal politik dan pasal dunia lakunan.

Jika waktu Mahathir dahulu, kedatangan Anwar sudah pasti membimbangkan tetapi tidak kepada Pak Lah. Pak Lah sudah tahu susunan atur rancangan perhimpunan. Apa pun yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Boss pasti jaga anak buah. Cikgu pasti jaga anak muridnya.

ISAkan MAHATHIR?

Jika permusuhan antara Pak Lah dan Mahathir sesungguhnya tulen. Mahathir sudah lama masuk ISA. Jika tidak ditumbuk matanya sudah pasti dihentam perutnya. Mahathir dengan lancang mencabar agar Pak Lah berbuat demikian. Pak Lah berdiam diri seolah-olah baru terhidu SYABU. Senyap seribu bahasa tetapi di dalam kepala semua sudah diaturkannya. Rakyat menjerit-jerit, UMNO berpecah belah, bermusuh-musuhan dan berkata-kata. Dia jahat aku baik, dia baik aku jahat, dia tipu aku jujur, dia jujur aku tipu....

RAHSIA TERBONGKAR TAPI RAKYAT TIDAK SEDAR?

Tiba-tiba Mahathir sakit di dada dan dibawa ke IJN untuk rawatan sakit jantung. Akhbar melapurkan keadaan beliau tidak serius dan sudah pun dikeluarkan dari wad Ruang berita, media elektronik dan media cetak penuh dengan berita yang sama, berselang seli dengan berita tangkapan reman Abdul Razak Baginda.

Rakyat masih tidak sedar, Pak Lah pun hadir melawat teman yang orang sangka kan LAWAN. Tapi budaya orang melayu, musuh sakit pun perlu dilawati, itu sangka rakyat Malaysia.

Agenda berterusan, siapa yang tertipu, siapa yang menipu dan siapa yang tidak sedar kena tipu? Tapi yang pasti......BUKAN AKU. Kepada Pak Lah dan Mahathir....syabas kerana mencuba.

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762