|
Raden Jowo
KONFLIK MAHATHIR, SEMUANYA SUDAH DIKEJUTKAN
Mungkin perang sebenar sudah pun bermula. Siapa pun tidak tahu
kerana masing-masing menyimpan strategi dan perancangan sendiri.
Kelompok menyerang menyusun strategi dan kelompok diserang juga
menyusun strategi untuk menjadi pemenang di dalam konflik yang
bakal terjadi/
Akhirnya-akhir ini, perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah
silihat seperti sudah tidak mungkin diselamatkan. Ramai
dikalangan rakyat mahukan orang tengah...tetapi soalnya, siapa
yang ingin menjadi orang Tengah. Ada kala orang tengah boleh
redakan sengketa dan ada kala orang tengah akan tersepit dan
dipijak-pijak. Siapa mahu kan risiko sebegini? Yang pasti bukan
aku.
Isu Mahathir dan Pak Lah baru bermula, kini menyusul konflik
antara Samy vellu dan Subramaniam. Kemarahan Mahathir dan Samy
Vellu seperti berlaku di dalam masa yang sama dan di dalam NADA
yang serupa.
Mahathir menjadikan isu Jambatan Bengkok (Scenic Bridge) sebagai
punca sementara Samy Vellu menjadikan isu pencalonan Naib
Presiden MIC menjadi satu punca kemarahan. Tidak cukup dengan
itu, Samy Vellu kini berbalah pula dengan PAC yang kelihatan
cuba untuk mempertikaikan kredibiliti JKR di dalam pembinaan
Bangunan MARTRED. Maka Samy Vellu pun berkata. "Kita bukan buta,
kita semua tidak buta. Apa di mau kita kasi. Kita bukan bodoh. "
Dengan nada marah. Yang hitam bertambah legam, yang sabar panas
bertambah geram.
DIKEJUTKAN
Penulis tiba-tiba terbaca keratan "Jawapan" Mantan TPM Malaysia,
Dato Seri Anwar Ibrahim kepada penyataan pembelaan Tun Mahathir
Mohammad bertarikh 14hb Jun2006 (sila rujuk:
http://www.malaysia-today.net/Blog-e/2006/06/anwar-ibrahims-reply-to-statement-of.htm).
Di dalam penyataan tersebut, maka disebut nama
mereka-mereka yang terbabit dalam pelbagai isu penyalahgunaan
kuasa diketika pemerintahan Mahathir. Mereka yang disebut adalah
seperti Samy Vellu, Halim Saad, TS Eric Chia, Mirzan Mahathir,
Rafidah Aziz dan beberapa kerat manusia lain lagi. Mungkin kah
kerana ini maka mereka semua melompat?
Sementara itu, projek yang cuba dedahkan di dalam penyataan
tersebut adalah Projek yang melibatkan Petronas, Perwaja,
Konsortium Perkapalan (KP), PLUS dan lain-lainnya.
Bukankah ia perkara -perkara ini berlaku serentak?
1. Konfllik Mahathir dan Pak Lah
2. Konflik Samy Vellu, Subramaniam dan PAC (Shahrir Samad).
3. Penyataan Pembelaan Mantan DS Anwar Ibrahim.
Apakah ada kaitan antara perkara-perkara tersebut? Dan adakah
kerana isu ini maka, ribut tiba-tiba melanda, ombak tiba-tiba
mengganas dan panas tidak lagi sampai ke petang kerana hujan
sudah datang?
KISAH AWAL
Rakyat terkejut pada awalnya ketika pembebasan Mantan Anwar
Ibrahim dari Tahanan selepas sahaja perletakan jawatan Mahathir
Mohamad. Disusuli dengan kemenangan beliau di dalam perbicaraan,
dimasa yang sama pihak Mahkamah menjatuhkan keputusan pembayaran
RM4.5 juta yang berupa PAMPASAN kepada Mantan tersebut.
Negara kecoh seketika apabila, kesilapan pemerintahan Mahathir
menyebabkan kerajaan perlu membayar kepada Anwar dan mereka yang
terlibat di dalam isu penahan tersebut sudah pun didenda
termasuk penulis "DALIL KENAPA ANWAR TIDAK BOLEH JADI PM", yang
melibatkan Allahyarham Datuk Khalid Jafri. Rakyat tersentak
seketika dan SEDAR bahawa Mahkamah tidak lagi dibawah pengaruh
Mahathir Mohammad - Raja diktator Malaysia.
Melihatkan keadaan Mahkamah yang sebegitu, mungkin terdetik
dihati Mahathir bahawa, boleh kah beliau harapkan PAK LAH?
Siapakah harapan beliau kini? Najib? Hishammudin? Samy? Rafidah?
Nazri? Shahrir? Siapa dan siapa?
PETANDA LAIN
Apabila isu AP digembar-gemburkan dan menjadi pertikaian
wakil-wakil Parlimen, ia melibatkan PROTON secara tidak langsung
dan akibatnya Mahaleel (orang kepercayaan Mahathir) tersingkir.
Kerugian Proton didedah dan Agusta dijual. Kerugian ratusan juta
Proton kini hebat dipertikaikan oleh rakyat dan juga Mahathir di
dalam setiap ucapan beliau menyatakanbahawa beliau tidak
bersetuju dengan kerugian tersebut dan menyalahkan lembaga
pengarah baru Proton.
Ianya satu lagi usaha untuk dedahkan pekong Mahathir pada rakyat
yang selama ini asyik menyanjungi beliau. Di dalam isu AP, Pak
Lah tidak menyebelahi Mahathir seperti yang disangkakan dan
sebaliknya Rafidah yang memperolehi pembelaan. Ia mengejutkan
semua pihak dan bermula lah ungkapan "PAK LAH LEMAH".
Selepas itu kita dikejutkan pula dengan pembatalan Projek
Jambatan Indah, Malaysia Singapura yang meibatkan kerugian RM112
juta. Sekali lagi Mahathir bangun dan membantah. Pelbagai surat
dan rahsia kerajaan sudah berani diDEDAHkan oleh Mahathir, tanpa
berselindung lagi. Marah nampak?
Sementara itu ungkapan "PAK LAH LEMAH" sudah semakin kuat
kedengaran, di dalam atau di luar UMNO. Jika diluar, pembangkang
yang laungkan, manakala di dalam UMNO, "ahli ikan bilis' yang
terjerit. Ahli yang berani tapi 'tak bertelor'. Begitu juga pada
Kelab Maya UMNO? Menggunakan bahasa yang agak kotor dalam
melahirkan pendapat? Siapakah mereka dan kepada siapakah mereka
sujud?
AKHIRNYA
Keadaan ini berlanjutan dan penentangan kepada PAK LAH telah
timbul dan kemungkinan sengaja ditimbulkan dikalangan penyokong
UMNO sendiri. Malangnya ia hanya bermain di belakang Pak Lah dan
apabila konflik PAK LAH dan MAHATHIR menjadi lebih hebat,
tiba-tiba UMNO sebulat suara menyokong kepimpinan PAK LAH dan
Mahathir seperti jatuh terselimpuh, rupanya selama ini beliau
bermimpi. Namun perjuangan dan pembelaan akan terus dilakukan.
Diserang atau pun tunggu untuk diserang. Rakyat keliru...bingung
dan tongong.
Konflik belum berakhir. masing-masing dilihat sedang berusaha.
Bergabung, beridea dan bersama menjalankan strategi politik yang
kotor lagi memualkan. 2 pihak yang berkonflik. Menentang dan
ditentang. Rakan akan menjadi lawan dan selama ini berlawan akan
menjadi kawan.
Apakah benar, suatu ketika dahulu, Pak melalui Khairi yang
berusaha melepaskan Anwar? Adakah campur tangan Kerajaan Arab
Saudi adalah usaha Pak Lah untuk membebaskan Anwar? Jawapannya
akan diketahui sedikit masa lagi. Tetapi yang pasti SAMY,
MAHATHIR, PAK LAH, RAFIDAH, HALIM, TAJUDDIN, ERIC CIA, ANWAR
tidak boleh tidur lena kerana sedikit lena akan menutup riwayat
perjuangan masing-masing.
Bagaimanapun MAHATHIR semakin bimbang. Pak Lah masih enggan
jawab, mahathir resah tunggu dan menunggu. Kita tunggu lagi esok,
lusa, tulat atau tonggeng untuk lihat aksi PIALA POLITIK
MALAYSIA 2006.
YANG TERSIMPUL
Permainan politik tersengat lah kotor. Rakyat tidak ketahui
apakah perancangan kerajaan dalam membangkit dan mempermainkan
sesuatu isu. Pemimpin juga begitu. Dalam rancangan ada rahsia,
dalam rahsia ada yang kaya, dalam kaya ada yang merana.
Mereka dilihat sedang bersantap, tetapi sebenarnya mereka sedang
tidur. Ini tidak mustahil. Lakunan dan Sandiwara ada dimana-mana
cerok dunia politik. Siapa pernah sangka Kerajaan Amerika ada
ketika sanggup mengorbankan rakyat dan harta negara semata-mata
untuk menyerang Iraq demi untuk seorang pemimpin? Mungkin itu
tidak sampai ke tahap kawarasan kita untuk bertindak sedemikian
rupa. Itu kita tidak tahu. Tetapi ahli politik yang gila kuasa
sanggup melakukan apa sahaja.
Di Malaysia juga kesahnya. Anwar ada impiannya, Najib menunggu
cita-citanya, Pak Lah ada percaturannya dan Mahathir ada
usahanya. Samy ada jambatannya.
Sedikit lalai, akan menjatuhkan kehidupan dan kemewahan mereka.
Ahli Politik tidak senang tidurnya, tidak basah mandinya dan
tidak kenyang makannnya. Setiap langkah perlu diatur di dalam
setiap langkah yang diambil. Sedikit silap nyawa terbang. Hari
ini mungkin mereka dianggap perwira, esok mereka menjadi
pengkhianat, Pak Lah mungkin di anggap Lemah, tetapi mungkin
esok dianggap KUAT. Tiada siapa yang tahu.
Dunia mungkin berubah.
Kita banyak melihat luaran kehidupan mereka. Dalam mereka hanya
Allah dan mereka yang tahu. Apa pun bentuk pemerintahan yang
mereka praktikkan, yang penting, rakyat mahu senang, tidak mahu
berhutang, mahu terus menyara dan membesarkan keluarga. Semua
pemimpin harus tahu ini. Rakyat tidak pertikaikan jika mereka
kaya asalkan mereka sedar apa itu HALAL dan apa itu HARAM.
Yang pasti, kejahatan akan didedahkan, yang baik akan
ditunjukkan...terpulang kepada kita untuk terus diam..buat bodoh...atau
kita sememangnya bodoh, tidak mahu bangun walaupun semuanya
sudah diKEJUTkan.
|