|
Wed, 19 Jul 2006 21:52:37 -0700 (PDT)
From: "raden jowo" <magelenjowo@yahoo.com>
Subject: LINA JOY BERSENJATAKAN SURAH AL-BAQARAH?
Di dalam usaha Lina Joy menukar agama dan menukar status dirinya,
perdebatan berlaku di antara peguam dan kehakiman di Malaysia.
Yang menyedihkan apabila peguam beliau juga terdiri dari orang
Islam. Semua mereka ini buta hati dan jiwa di dalam mengekar
kedunian, wang dan harta. Tidak mustahil dunia kafir akan
bersekongkol dengan Lina Joy untuk memenangi kes ini kerana
untuk masa depan Kristian keseluruhannya. Satu Kemenangan ini
akan membawa kepada kecemerlangan usaha MURTAD. Tidak mustahil,
selepas ini angka 100,000 orang yang MURTAD akan melonjak ke
angka yang lebih besar sekiranya keputusan Mahkamah menyebelahi
LINA JOY.
Di dalam sesuatu perdebatan, perkara yang tidak boleh
dipertikaikan adalah penggunaan AL-QURAN. Kerana itu UMNO cukup
bimbang berdebat dengan PAS kerana mereka tidak tahu terjemahan
dan tidak tahu penggunaan ayat Al-Quran. Sepotong ayat sahaja
mampu menutup semua mulut. Begitu lah besarnya Mukjizat Al-Quran
itu.
MEMPERGUNAKAN
Surah Al-Baqarah ayat 256, digunakan dalam usaha memenangi kes
MURTAD LINA JOY. Adalah menjadi perkara yang PELIK apabila ayat
Kitab Islam digunakan untuk menolak Islam itu sendiri, manakala
peguam yang juga Islam digunakan untuk menolak ISLAM itu. Begini
lah akhir zaman dan tidak mustahil segalanya berlaku kerana umat
dan pemimpin Islam sendiri tidak mendalami Islam. Maka
terjadilah perkara-perkara yang bakal membunuh ISLAM, tanpa kita
sedari.
Mari kita lihat kepelbagaian tafsiran surah Al-Baqarah yang
dijadikan sandaran kepada Anti Islam untuk menyerang dan
memperlekehkan Islam. Kenapa Surah Al-Baqarah dipilih untuk
merealisasikan kemenangan Lina Joy?
TERJEMAHAN AYAT
Dibawah ada 3 terjemahan. Di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa
Malaysia dan Bahasa Indonesia. Jika kita cukup bijak di dalam
berbahasa, mungkin ia jelas nampak bezanya.
Terjemahan di dalam bahasa Inggeris Surah Al-Baqarah (Ayat 256)
*There is no compulsion in religion. Verily, the Right Path has
become distinct from the wrong path. Whoever disbelieves in
T'gh't and believes in Allah, then he has grasped the most
trustworthy handhold that will never break. And Allah is
All-Hearer, All-Knower."
Terjemahan di dalam Bahasa Malaysia
Surah Al-Baqarah (Ayat 256)
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah
nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu,
sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada
Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali
agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Terjemahan di dalam Bahasa Indonesia
Surat Al~Baqoroh (2): 256
Tidak ada paksaan untuk MEMASUKI agama (Islam); sesungguhnya
telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena
itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada
Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali
yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.
Di dalam 3 terjemahan di atas, terdapat perbezaan yang sedikit,
membawa makna yang besar. Lihat terjemahan di dalam Bahasa
Indonesia, perkataan MEMASUKI itu seperti kecil tetapi sangat
besar ertinya. Ia menjelaskan bahawa ISLAM tidak pernah mengajak
penganut agama lain di dalam menyertai Islam, ia lebih bersikap
terbuka, tidak memaksa, redha, rela dan bersetuju . Manakala
LARANGAN sebenarnya adalah kerana meninggalkan Islam, yakni
MURTAD. Lantas adanya HUKUM BUNUH dan sebagainya. Itu kita WAJIB
tahu.
Nampak mudah, tetapi sebenarnya sepotong ayat membawa makna yang
berlainan MEMASUKI di dalam terjemahan Bahasa Malaysia dan
Inggeris, secara tidal langsung bermaksud keluar Islam pun boleh.
Begitulah bahayanya jika AL-Quran diterjemahkan oleh orang yang
ingin mengambil kesempatan atau tidak sedar akan kesilapan.
INJIL BERUBAH KE BIBLE
Kita semua tahu bahawa Bible adalah merupakan larutan dari Kitab
Injil. Berita-berita memberitahu bahawa Injil Sebenar disimpan
dan dielak dari dibaca oleh penganut Kristian sendiri.
Ini adalah kerana pada zaman King Arthur banyak bahasa dan
pengertian INJIL diubah dari Bahasa Arab kepada bahasa Inggeris.
Hanya dengan salah menggunakan bahasa dan terjemahan, kita
melihat penganut Kristian tersasar jauh dari INJIL sebenar.
Perubahan terjemahan boleh salah ertikan dan diperdebatkan
seperti yang berlaku sekarang. Lantas Penganut Kristian menjadi
ragu-ragu akan INJIL itu sendiri lantas merosakkan kehidupan
penganut Kristian mereka seperti mereka itu bersikap seperti
tiada agama. Arak, pelacuran, judi dan pelbagai lagi perkara
munkar berlaku kerana mereka hilang percaya.
USAHA PENTERJEMAHAN
Menterjemah merupakan salah satu kerja dan punca pendapatan.
Namun jangan sekali-kali terlibat sama di dalam
menyalah-tafsirkan Al-Quran. Implikasinya mungkin bukan sekarang
tetapi akan datang dan membawa kemudharatan kepada Islam
seluruhnya.
Terjemahan AlQuran ke dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris sudah
lama dilakukan. Tetapi kesempatan ini baru sekarang digunakan
oleh mereka yang anti Islam. Manakala orang Islam seperti
terdiam tidak berkata apabila musuh Islam datang menyerang
dengan menggunakan Al-Quran.
Malah memalukan apabila, keadaan sekarang ini melihatkan Islam
diserang oleh Orang Islam yang ingin murtad, dibantukan oleh
Peguam Islam yang menggunakan Kitab Islam sendiri. Kafir dan
lakhnat hanya memerhatikan diluar sambil memberikan sokong padu
di dalam bentuk wang dan semangat. Entah berapa juta yang sudah
dilaburkan, kita sendiri tidak tahu. Tapi
penulis yakin ianya angka yang besar.
BAGAIMANA DENGAN TERJEMAHAN AYAT YANG LAIN? Mungkin ini hanya
berlaku pada satu ayat ketika ini dan tidak mustahil akan ada
terjemahan lain yang boleh diselewengkan mengikut rentak hati
dan tujuan masing-masing.
Manusia sememangnya terdorong untuk melakukan perkara yang
dilarang. Sikap kita masih seperti anak-anak. "Jangan memanjat"
tetapi itu lah yang kita mahu. Sentiasa mencari ruang untuk
mengejar keduniaan. Tidak fikirkan dengan siapa kita
bersekongkol dan untuk apa kita sekongkolkan. Hanya mengikut
nafsu supaya orang lihat kita kaya, berduit dan berharta.
ISLAM DAN KEMENANGAN
Dahulu Islam mempunyai ahli debat yang HEBAT, Allahyarham AHMAD
DEEDAT. Selepas kematian beliau, kita terasa seperti kehilangan
taring. Musuh Islam bukan sahaja menyerang terang-terangan dalam
menghantar bom dan askar, mereka semakin bijak menyerang
menggunakan ayat dan cara Islam sendiri.
Islam dibiarkan kalah dalam keliru. Itu lah hakikatnya yang
berlaku pada Islam sekarang dan masa akan datang, ia mungkin
lebih teruk lagi. Islam diserang menggunakan ALQURAN kerana
Islam sendiri menjauhi ALQURAN.
Sudah banyak terjemahan dilakukan di Malaysia, begitu juga yang
telah diedarkan. Adakah kita bersubahat melakukannya? Kita
sebenarnya tidak sedar jika sehari 1 perkataan diubah, kerana
kita tidak pernah pun MENGAMBIL BERAT.
|