|
Sun, 25 Jun 2006 04:21:34 -0700 (PDT)
From: "raden jowo" <magelenjowo@yahoo.com>
Subject: MAHATHIR YANG KELEMASAN
CC: anuarmohdnor@yahoo.com
Beberapa kenyataan di keluarkan oleh Mahathir Mohammad untuk
membantah bertujuan untuk memburukkan pemerintahan Abdullah
Badawi, yang merupakan Perdana Menteri di atas PERLANTIKAN
BELIAU SENDIRI. Kenapa membantah? Adakah kerana janji tidak
dipatuhi, tempoh tidak diikuti, arahan tidak ditaati atau
pembongkaran semakin menjadi-jadi?
Namun usaha Bekas PM nampaknya tidak berkesudahan, dendam makin
membara, akibat tiada jawapan dan tiada layanan oleh Abdullah
Badawi. Mudah untuk bersengketa jika dilawan bertindak melawan,
tetapi alangkah kecewanya bila tuduhan dianggap sepi, seperti
menjerit seorang diri.
Apabila tidak berjaya menembusi media kerajaan, beliau bermula
dengan ucapan di Institut Kajian Politik dan Ekonomi, seterusnya
mengeluarkan VCD dan baru-baru ini beliau mengadakan Majlis
Dialog pada 24/6 di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Hulu
Kelang. Majlis itu dihadiri oleh mereka yang dari pelbagai
lapisan masyarakat dan juga dihadiri oleh Pemimpin Pembangkang
dari PAS, DAP, KEADILAN dan NGO. Dedah salah orang, tutup salah
sendiri?
AMBIL KESEMPATAN?
Rakyat menjadi keliru, melihatkan kepimpinan pembangkang yang
kini seperti cuba untuk bersama KLON BUSH Malaysia itu.
Sedangkan sebelum ini beliau juga lah mengkritik dan menghina
pihak pembangkang, ditikam dan ditikam tanpa diberikan peluang
untuk menjawab soalan. Malahan ketika beliau menjadi PM, mahu
duduk semeja bagaikan mimpi disiang hari. Meleleh air liur,
membasahkan bantal dan mengotorkan gigi. mimpi yang tidak pernah
jadi.
Politik di Malaysia mudah, satu peristiwa mungkin berulang-ulang
jadinya, pekara yang sama pernah berlaku pada sebilangan
pemimpin yang tersingkir dan disingkir dari UMNO. Sikap yang
sama, tindak balas yang serupa, seperti yang dilakukan oleh
Tunku Abdul Rahman, Tun Ghafar Baba, Dato' Ibrahim Ali dan kini
Tun Dr. Mahathir Mohammad. DiTENDANG baru mahu menyerang.
Malangnya Pembangkang seperti tidak pernah belajar dari
kesilapan, bersama bersetuju dengan apa yang mereka katakan
dengan alasan mereka, "SUDAH TAUBAT" dan "SUDAH SEDAR" yang
berpunca dari "SUDAH TERSINGKIR".
MAAF YANG BERULANG
Rakyat tidak dapat membezakan samada, pembangkang sudah bersedia
untuk memberikan kemaafan kepada kesalahan yang beliau pernah
lakukan, Namun untuk duduk bersama, sedikit sebanyak memberikan
gambaran bahawa mereka kini sudah bersetuju diantara satu sama
lain lalu bersama menentang kerajaan yang ada sekarang. Soalnya
disini, sedarkah pemimpin ini bahawa apa yang dilakukan oleh
kerajaan sekarang adalah sama seperti ketika beliau bersama UMNO
dahulu. Keras kepala, diktator, tidak mendengar nasihat dan
tidak pernah cuba untuk berkompromi bersama lain parti.
PEMBANGKANG YANG AKALNYA HILANG?
Apabila pertemuan beliau dan pembangkang yang tidak pernah
diadakan sebelum ini dibuat, maka rakyat akan berkata. "Adakah
Mahathir sudah berubah?" atau "Adakah pembangkang hilang ingatan?".
Mungkin sangkaan ini adalah keterlaluan, tetapi Mahathir yang
merupakan pakar politik yang jelas hebatnya, beliau masih mampu
untuk mengubah sikap manusia dari MUSUH kepada MEMIHAK. Jenis
begini, tidak melompat jika tidak dikejutkan. Apabila
kepentingan terganggu, kuasa terbelenggu, beliau segera mengatur
langkah untuk tenangkan keadaan.
Ramai yang lupa akan dosanya, kerana musuh TIBA-TIBA sudah
bertukar menjadi DEWA. MAAF belum cuba dipinta, kini buat
lembaran dan perjuangan baru. Masih kah kau ingat?
1. Membantu Mirzan dalam isu penyelesaian hutang Konsortium
Perkapalan Berhad. Konsortium Perkapalan Berhad sekarang
Konsortium Logistik Berhad( Bail Out ) Wang Petronas digunakan
untuk membeli 51 % saham Konsortium Perkapalan Berhad yang
ketika itu mempunyai hutang sebanyak RM 1.6 Billion?
2. Mendiamkan kerugian PERWAJA dan hutang berjumlah RM1.6 bilion
pada 1989, hutang Mac 1998 berjumlah RM5.08 bilion. 1997
berjumlah RM7 bilion?
3. Membantu Mokhzani dalam Penswastaan Perkhidmatan Hospital (
Sistem Pengkomputeran diberikan kepada Deligent Network
merupakan milikan Tongkah-dianggar bernilai RM 1.2 B,
Penswastaan ubat-ubatan diberikan kepada Tongkah Medivest dan
banyak lagi)?
4. Mengekal dan pengekalan ISA, lalu masih ada 9 orang tahanan
ISA, yakni sebahagian daripada 18 orang tahanan ISA yang dituduh
sebagai Kumpulan Mujahidin Malaysia ‘KMM’ yang ditahan di Kem
Kemunting sejak tahun 2001. Ia nya termasuk anak lelaki Tuan
Guru Nik Abdul Aziz, yakni Nik Adli yang tanpa bicara sudah di
hukum sehingga kini?
5. Menghina dan mempersendakan Nabi Muhammad s.a.w. Yang
pastinya satu penghinaan kepada umat Islam dan memalukan kita
dihadapan rakyat berbilang kaum di Malaysia?
Semuanya masih didiamkan kecuali bercerita dengan cerita yang
lain tajuknya? Selewengnya fikiran, mengikut arah yang sudah
diaturkan. Lalu kini beliau KONONNYA bangun untuk bercerita
tentang aib kepemimpin UMNO baru yang rata-ratanya adalah
produknya juga dan ternyata sebahagian dari sejarah yang disebut
telah pun ROSAK ketika beliau masih bergelar Memanda Menteri.
Lalu apa tugas beliau ketika itu?
APA RAKYAT KATA?
Rakyat bertambah keliru dengan drama makhluk-makhluk politik.
Ada ketika kita MAKI dan ada ketika kita PUJI. UMNO bersatu?
Hanya ketika mereka berjawatan dan berkepentingan. Apabila
tersingkir dan terkecuali, maka semua buruk dikeluarkan, seperti
lagak LANUN yang tiba-tiba jadi ALIM. ALIM beliau untuk tutup
kesilapan LANUN yang lalu.
MAHATHIR HAMPIR LEMAS
Sesiapa pun, jika sudah jatuh ke laut akan cuba mencari benda
untuk dipaut. Tidak kira ranting, dahan, rakan atau lawan. Yang
penting untuk terus hidup. Semua orang kenal Mahathir sebagai
diktator dan pakar dalam politik. Beliau boleh melakukan apa
sahaja dengan kebijaksanaan beliau, tapi nyata segala yang
didedah hanya untuk kepentingan dirinya, cuma KONONNYA demi
negara dan bangsa tetapi semata-mata untuk mengajak rakyat untuk
bersama. Pancing kepercayaan, pancing sokongan.
Untuk menjadi pembangkang yang bakal berhadapan dengan
Pilihanraya 2007/2008 ini, Pembangkang perlu menunjukkan
pendirian yang tegas di dalam isu yang berbangkit. Tidak
terbawa-bawa dan tidak sekali-kali memihak pada yang pernah
menghina mereka dahulu.
Berbaik ada tempatnya, tapi kebaikan akan dibalas dengan
kebaikan atau kejahatan?
Bersama bernyanyi dengan irama yang dilagukan Mahathir bukan lah
cara PARTI PEMBANGKANG. Ia juga akan menambah kekusutan dan
kekeliruan pada rakyat lantas menghilangkan kepercayaan
penyokong kepada pembangkang. Rakyat akan berkata bahawa
Pembangkang mudah digula-gulakan dan mudah di tipu. Biarpun
berulang kali walaupun berkali-kali. Tapi masih tidak sedar diri.
SALING MENGINGATI
Parti Pembangkang bimbang sekiranya rakyat ditipu kerajaan
dengan 'kain batik' dan 'anak ayam' tetapi pemimpin pembangkang
tidak bimbang diri mereka ditipu dengan hanya dijemput datang
untuk berdailog, walaupun hanya mendengar, tapi kelihatan
seperti bersekongkol. Kini siapa tipu siapa dan siapa guna siapa?
BONGKAR YANG DISETUJUI
Biarpun kita bersetuju dengan segala pembongkaran yang Mahathir
nyatakan, tetapi itu tidak memaksa kita untuk berkumpul bersama.
Cukup untuk kita bersetuju untuk "DIBONGKARKAN' penyelewengan
yang berlaku, lalu kita mahu kerajaan BUKTI KAN jika ianya palsu.
Jika dilihat pada gambar yang disiarkan ketika dialog di Taman
Melawati tempoh hari, kelihatan akrabnya, kyusuknya dan setianya
mendengar ceritanya.
Gambar boleh diterjemahkan dalam pelbagai keadaan, tetapi ia
adalah peluang bagi kerajaan untuk menghentam pembangkang lantas
dituduh MENGAMBIL KESEMPATAN. Apa yang membimbangkan adalah,
kalau-kalau rakyat juga salah mengerti.
Apa pun cerita Mahathir, beliau tidak mahu menyentuh isu ISA
yang masih dipersetujui beliau dan masih dibantah oleh
pembangkang. Maka akhirnya, TG Nik Aziz masih menunggu anaknya
untuk dibebaskan, rakyat masih mengharap untuk dilindungkan,
kemungkaran masih perlu dihentikan, penyelewengan masih mahu
dibongkarkan, tapi pembangkang masih setia diperalatkan.
Pemimpin asyik ingatkan rakyat dan rakyat seperti TIDAK LAYAK
menasihati pemimpin, kerana pemimpin asyik dengan alasan,
kononnya PELUANG untuk hentam kerajaan.
FIKIRKAN
Politik itu kotor, tetapi kotor lagi ahli politik. Jangan
salahkan rakyat kalau KAMI beranggapan PEMBANGKANG dan KERAJAAN
sama sahaja, semua untuk cari makan dan semua untuk mencari
peluang. Bimbang dikatakan PAS gunakan agama untuk politik dan
bukan berpolitik untuk agama. Wassalam.
|