|
Fri, 23 Jun 2006 04:27:35 -0700 (PDT)
From: "raden jowo" <magelenjowo@yahoo.com>
Subject: NAJIB TAWKEY BESI BURUK
To: anuarmohdnor@yahoo.com
Hari ini kita diberitahu bahawa sebuah lagi pesawat Hawk Tentera
Udara (TUDM) membuat pendaratan cemas di Kuantan. Juruterbang
tidak mengalami kecederaan, namun menurut pihak yang berkenaan,
pendaratan itu dibuat atas alasan tayar pendaratannya GAGAL
BERFUNGSI.
Sebelum ini insiden yang melibatkan kapalterbang pejuang yang
sama jenamanya berlaku pada 31hb Mei yang lepas, dipercayai
terhempas di laut Mersing dan juruterbangnya Mejor Mohammad
Rohaizan Abdul Rahman, 31 masih hilang. Keluarga bimbang, berita
tidak lagi disiarkan. Najib senyap macam musang.
Pada 10 April yang lepas pula, sebuah pesawat Pilatus PC7 yang
dipandu oleh Mejar Roslan Salam, terhempas di kawasan sawah di
Kampung Kepala Parit Dalam, Mukim Bukit Raya, Pendang. Tidak
jauh dari kawasan tersebut, seorang pelatih turut terkorban
sementara dalam kejadian di Guar Kepayang, mengorbankan seorang
pelatih bersama jurulatihnya. Mahu lagi?
Berikut adalah lapuran beberapa pesawat TLDM yang jatuh
terhempas dan kebanyakannya melibatkan korban dan kematian (Lapuran
ini pernah disiarkan oleh DAP):
Pulau Pinang, 13 Ogos 2003 - Rakyat Malaysia berbagai kaum,
agama atau latar belakang politik amat prihatin mengenai
kematian seorang juru terbang pelatih wanita TUDM, Lt Muda Mai
Elny Sefrina Jalaluddin yang berumur 23 tahun dan seorang
anggota tentera darat baru, Norazlina Abdul Aziz, yang berumur
21 tahun, kedua-duanya dalam selang tempoh 60 jam. Ini
membangkitkan persoalan samada ujudnya apa-apa yang tidak kena
dalam program latihan khidmat seragam yang menyebabkan kedua-dua
kematian itu.
Norazlina yang berasal dari Muar yang berlatih bersama-sama 300
anggota tentera darat wanita di Negeri Sembilan, didapati dalam
keadaan tidak sedar diri pada 5 petang Jumaat lepas, semasa
menjalani latihan berlari 12 km di Kampung Sri Rusa, Port
Dicksan. Beliau dibawa ke hospital tentera, yang kemudiannya
dirujuk ke Hospital Port Dicksan dan Hospital Seremban sebelum
meninggal dunia enam jam kemudia pada 11 petang.
New Straits Times (10.8.03) melaporkan bahawa keputusan
post-mortem medapati kematian Norazlina adalah disebabkan
oleh “tamparan hebat di kepala” dan enam anggota tentera darat
baru telah turut dimasukkan ke hospital atas sebab kelesuan,
sementara 22 lagi telah diberikan rawatan pesakit luar kerana
keletihan dan penyahhidratan semasa menjalankan latihan Jumaat
lepas.
Mai Elny yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, mati
apabila kapalterbang latihan PC-7 yang sedang dipandunya
terhempas ke ladang getah dekat Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun
pada lebih kurang 12.20 petang semalam. Beliau merupakan juru
terbang wanita TUDM pertama yang mati dalam nahas kapal terbang.
DAP mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga yang terlibat
dan bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain, menuntut
supaya siasatan terbuka diadakan untuk mencari sebab sebenar
yang menyebabkan kematian kedua-dua wanita muda ini yang berlaku
dalam tempoh selang 60 jam. Siasatan berkenaan harus mengkaji
khasnya samada ujud apa-apa yang tidak kena dengan program
latihan perkhidmatan seragam kita.
Norazlina merupakan satu dari beberapa kakitangan TUDM yang mati
akibat dari kemalangan Pilatus PC-7.
Mangsa-mangsa lain termasuk:
- Lt. Muda S. Thulasiram di Pendang, Kedah pada September 1984;
- Lt. Muda Faizal Muhammad di Sintok, Kedah pada September 1990;
- Kapt. Suhaimi Mat Sahid dekat Kepala Batas pada October 1991;
- Lt. Hamir Fizar Yusof di Chukai, Terengganu pada Januari 1992
- Lt. Muda Nazri Amran di Tambun Tualang, Perlis pada Julai
1993; dan
- Lt. Muda Faizal Ismail di Pendang, Kedah pada April 2001.
Najib (Menteri pertahanan) hanya berharap agar pakar cerdik
pandai memberikan lapuran atas semua kemalangan yang berlaku.
Sejauh mana ia benar atau tidak tidak diketahui. Mungkin juga
setiba di meja Najib, lapuran berubah, itu tidak lah kita
ketahui. Namun semua kemalangan yang berlaku, Najib asyik
mengatakan kesilapan pemandu dan kecuaian pihak pelatih.
Malangnya apabila pelatih berjaya membuat pendaratan cemas,
pelatih menyatakan bahawa tayar pendaratan tidak berfungsi. Nah,
kerosakan pesawat hanya akan diketahui jika pelatih berjaya
selamat dan sekiranya pelatih meninggal dunia, semuanya
diberikan alasan, PELATIH punya angkara.
Akhirnya tentera Malaysia terkorban bukan kerana perang, tetapi
MATI KATAK kerana BESI BURUK yang dibeli oleh Najib Tun Razak,
Menteri Pertahanan yang tidak tahu apa-apa mengenai pesawat.
Wang berbillion ringgit bakal terus dibelanjakan untuk membeli
pelbagai peralatan perang. Mungkin nilai wang tidak besar kerana
rakyat masih diam dengan apa yang beliau dan kerajaan lakukan,
tetapi jika dilihat pada kematian, mungkin hanya mereka yang
terlibat sahaja tahu bagaimana rasa sedih dan gundah yang mereka
alami. Tapi yang pasti, tiada anak-anak menteri yang bercadang
untuk menjadi tentera lantas menggadaikan nyawa atas keputusan
yang bapa mereka sendiri lakukan.
Tidak tahu pula apa akan jadi setelah kerajaan membeli pesawat
baru SUKHOI buatan Rusia kelak. Mungkin ramai lagi yang akan
menjadi mangsa akibat kecuaian kerajaan dalam memberi latihan
dan membeli peralatan perang.
Selepas itu kita akan mendengar pula ada tentera yang bakal mati
lemas apabila KAPAL SELAM yang dipesan siap dan mula digunakan
oleh tentera Malaysia.
Jika negara kekurangan dana, rakyat terpaksa mengeluarkan wang
untuk bantu kerajaan. Jika harga barang naik dan kerajaan
perlukan wang untuk pembangunan, rakyat terpaksa korbankan
subsidi untuk kerajaan. Jika kerajaan membeli senjata yang tidak
berkualiti, rakyat korbankan nyawa untuk kerajaan. Tapi yang
pasti bukan salah Najib, kerana beliau sekadar pembeli BESI
BURUK untuk Malaysia.
|