|
Nazri macam Astro
Raden Jowo
Semalam TV3 menemuramah si dogol Nazri Aziz dan
beliau menyatakan beliau sebenarnya sedang mempertahankan UMNO
dari kecaman luar. Sejauh mana perjuangannya dan sehebat mana
kepahlawanannya?
Spesis seperti Nazri Aziz ni, sebenarnya tidak boleh hidup tanpa
UMNO. Bukan kerana untuk mempertahankan agama dan bangsa tetapi
hendak melukut ditepi gantang. Tiada parti di Malaysia ini
sesuai dengan spesis seperti ini dan beliau sendiri pun tidak
akan menyertai parti kecuali UMNO, kerana UMNO adalah lubuk
bermacam binatang buas, seperti buaya, singa dan dubuk-dubuk
yang menantikan peluang untuk meratah daging dan dihirup
darahnya. Binatang yang besar mahu pun kecil tidak terkecuali
dari menjadi mangsa. Sedikit leka bakal mengundang bahaya.
Budaya UMNO membenarkan peniaga menyertai UMNO. Kononnya dengan
cara ini mereka akan serba sedikit menyumbang untuk perjuangan
UMNO. Tetapi istilah ini hanya tinggal istilah, sebenarnya UMNO
menyumbang akan kemajuan perniagaan ahli-ahli politik. Semenjak
Nazri menjadi MENTERI, syarikat guamannya bertambah hebat.
Dengan berbekalkan perhubungan, peluang diperingkat atasan, apa
jua peluang yang sepatutnya disalurkan kepada orang MELAYU,
disapu pergi tidak tinggal sedikit pun. Kerana itu maka, hak
orang Melayu sebenarnya sudah dibawa pergi berkoyan-koyan oleh
kumpulan pertualang bangsa seperti ini.
KEJAYAAN BELIAU
UMNO memerlukan spesis yang seperti ini. Sanggup menjerit bila
bulan mengambang dan tidur ketika panas siang. Selain bermulut
celupar beliau juga mampu membawa dan memperkenalkan UMNO kepada
rakyat dan memperjelaskan siapa UMNO sebenarnya. Nazri umpama TV
ASTRO. Ada banyak channel dan MACAM-MACAM ADA. Namun ASTRO tiada
Channel 9 (Media Prima), yang memfokuskan kepada bangsa Melayu
dan agama Islam. Kerana itu beliau berjuang bermati-matian untuk
IFC dan Islam Liberal. Untuk bangun memperjuangkan Islam sejati
dan bangsa Melayu, tiada di dalam fokus beliau. Minta maaf ye...salah
kounter.
Tidak pelik jika Nazri Aziz mampu bertahan begitu lama. Selagi
undi POS masih boleh digunakan dan selagi SPR masih menjadi AGEN
politik UMNO, maka tidak hairan Nazri akan menggondoli dengan
kemenangan di tempat beliau seperti yang berlaku pada
pilihanraya 2004 yang lepas. Nazri memenangi 9,214 undi
berbanding lawannya Mohd Zolkafly Yahaya yang memperolehi undian
sebanyak 4,442.
Kebanyakan pengundi yang mengundi di Padang Rengas sebenarnya
tidak berminat dengan politik. Pertanian adalah kerjaya utama di
sana. Pada pengundi yang penting, ada jalan, ada letrik, ada air
dan anak boleh sekolah sudah mencukupi bagi mereka. Harta dan
kemewahan bukan lah menjadi tujuan hidup kecuali mereka yang
bersekongkol dengan Nazri. Pada penduduk disana, tunggul pun tak
per, syaitan gondol tak kesah, asalkan UMNO.
Mungkin undian akan datang ada nya perubahan. Ini adalah kerana
harga barang sudah semakin menaik. Disusuli dengan kenaikan bil
elektrik yang pastinya membuka minda dan mata penduduk Padang
Rengas. Tapi tidak mustahil sekali lagi Kerajaan akan cuba
mengedarkan janji-janji pilihanraya yang bukan penting untuk
direalisasikan. Seperti yang terdahulu.
CERITA TERBARU
Dengan hebat beliau bersuara untuk bersemuka dengan Mahathir
menjadi tajuk utama akhbar dan media. Sekali lagi beliau menjadi
HERO SEMANGKUK yang padanya memberikan peluang untuk menjulang
karier politiknya.
Tapi tiba-tiba pada hari ini (29/6/2006 UM) beliau dikejutkan
dengan bantahan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Maulizan Bujang dan
disokong pula oleh Ketua UMNO Gelang Patah, Abdul Aziz Sapian.
Teguran itu menyatakan bahawa tindakan siGONDOL ini akan
menambah kelam-kabut di dalam UMNO dan kerajaan.
Sudah pasti perbalahan ini akan berlanjutan. Ini adalah kerana
Nazri Aziz tidak sekali-kali tunduk dengan mereka yang berada di
bawah. Apa layaknya Ketua Pemuda menegur tindakan seorang
MENTERI DIJAMBAN PERDANA MENTERI. Beliau hanya tunduk kepada PM,
Abdullah Badawi dan pernah tunduk kepada xPM, Mahathir Mohamed.
MASA DEPAN BELIAU
Pelbagai kesalahan dan penyelewengan beliau sudah diketahui umum.
Namun sikap garang beliau ini adakalanya ditakuti oleh media.
Media sudah seperti anjing comel yang menggigil ketakutan kepada
Nazri yang rupanya seperti anjing RODWELLER yang garang dan
melilihkan air liur busuknya. Bisa mengigit kawan, lawan mahupun
TUAN. Kini beliau sudah berani menggigit tuan lamanya, yakni
MAHATHIR. Mampukah Mahathir menyerang balas akan kata-kata Nazri
atau tidak melayani gelagat anjing ini kerana RODWELLER NAZRI
ini sebenarnya duduk di dalam sangkar.
PERJUMPAAN
Jika perjumpaan dengan Mahathir dilakukan secara bertutup, maka
tidak lah diketahui perbincangan mereka di dalam. Tidak mustahil
Nazri akan tunduk dan kucup ibu jari mahathir seperti yang
berlaku ketika Mahathir menjadi PM. Ini semua boleh berlaku
kerana NAZRI adalah ASTRO Sport Channel. Ada 7 saluran dan 7
muka pada waktu yang sama.
Apa-apa pun, kurang ajar Nazri ini sudah semakin biadap. Beliau
sudah seperti KADUK NAIK JUNJUNG. Sudah bisa mengeluarkan
kata-kata yang sombong dan bongkak kerana kedudukan dan
kemewahan yang beliau ada.
Bersyukur benarlah IBU BAPA yang melahirkan spesis seperti NAZRI
ini.
Bukan sahaja Tuan sudah mampu digigit, malah agama mampu
diperkotak-katik. Padanya KAYA DAN HEBATNYA beliau, bukan kerana
ALLAH, tapi kerana usaha beliau. Tidak mustahil suatu hari nanti,
Nazri berubah menjadi MALIM KUNDANG yang matinya dipanah petir
kerana ADA UBI ADA BATAS dan BUKU lawannya hanyalah RUAS.
(cerita untuk dikongsi bersama:)
Jiran saya berbangsa TIONGHUA mula membela seekor anjing kecil
RODWELLER YANG KECIL dan akan dididik untuk menjaga rumah,
esoknya beliau kata. "ANJING NYA SUDAH DICURI KERANA KECIL DAN
MUDAH DIANGKUT" lalu beliau membela RODWELLER yang besar dan
keesokan hari nya, beliau datang dan berkata, "ANJING ITU SUDAH
GIGIT KAKI SAYA." Sekarang rumahnya ada ANGSA yang akan menjerit
kalau ada orang masuk ke rumah.
|