|
Wed, 19 Jul 2006 19:56:07 -0700 (PDT)
From: "raden jowo" <magelenjowo@yahoo.com>
Subject: PLKN SYARAT KE IPTA?
Pelbagai usaha dilakukan oleh KRONI-KRONI DS Najib untuk
menggalakkan remaja Malaysia menyertai PLKN. Walaupun sejak
rancangan ini dijalankan pada tahun 2004, terdapat pelbagai
masalah yang timbul seperti Pergaduhan, Keracunan Makanan,
Penyebaran Virus, Penggunaan dadah, Mati lemas, Rogol oleh
Pelatih PLKN dan pastinya yang terbaharu sekali adalah GAMBAR
CURI remaja perempuan mandi, yang kini hebat diedarkan seluruh
Malaysia. Banyak lagi perkara yang berlaku namun usaha kerajaan
untuk menutup kesemua tembelang di dalam usaha menCANTIKkan PLKN
itu.
Kerana ini semua, maka sambutan dingin diberikan oleh rakyat,
sementara itu ada juga rakyat yang tidak mahu membazirkan masa
selama 3 bulan untuk PLKN yang dilihat hanya membuang masa
disebalik melahirkan jenerasi berSOSIAL. Dimana dalam tempoh ini
sepatutnya anak membantu kehidupan keluarga dan ketika itu juga
ibu-bapa cuba untuk merencanakan kehidupan anak mereka.
Walau bagaimana pun, pihak yang bersekutu dengan DS Najib sedang
berikhtiar untuk mengenal pasti 'jalan selamat' untuk memaksa
setiap penyertaan sebagai satu perkara WAJIB dan tidak boleh
dielakkan lagi. Kerana itu maka ada invidividu yang sudah
disaman dan dihadapkan ke Mahkamah atas kesalahan tidak hadir
PLKN. Namun menjadi persoalan ialah banyak lagi yang tidak hadir,
gagal dibawa ke mahkamah kerana mereka sedar banyak lagi
kelemahan untuk negara memaksa rakyat ikut telunjuk kerajaan
yang membabi buta.
Pada tahun lepas sahaja terdapat 5,494 peserta yang tidak
menghadirkan diri dan hanya seorang dibawa ke Mahkamah.
Pada tahun 2003 kerajaan berjaya mencipta akta dan undang-undang
ke atas mereka yang tidak dapat menghadirkan diri di dalam
kursus tersebut. Apa-apa pun ini semua adalah usaha bersama AHLI
PARLIMEN yang bersetuju secara majoriti dan terdesak untuk
menggunakan undang-undang di dalam penyertaan tersebut. Jika
tidak boleh dipujuk, rakyat akan dipaksa, begitu lah hakikatnya.
"Mengikut Akta Latihan Khidmat Negara 2003, seseorang boleh
didenda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum 6 bulan atau
kedua-dua sekali, jika gagal menghadiri program latihan PLKN."
TAMBAH BAJET
Apabila penyertaan bertambah, maka bertambah lah bajet
perbelanjaan PLKN, yang bakal membawa pulangan yang lumayan
kepada pengusaha dan KRONI Dato' Seri Najib Tun Razak. Malangnya
rakyat tidak boleh digula-gulakan dengan hanya temubual kepada
beberapa kerat manusia yang menyebelahi kerajaan di dalam usaha
PLKN ini melalui media-media aliran perdana. Rakyat lebih jauh
berakal dari dulu, dalam menyatakan bahawa Projek PLKN
sebenarnya adalah usaha untuk MENJANA pendapatan Menteri dan
Kroni sahaja, tidak lebih dari itu.
Berikutan usaha memohon bajet yang lebih dari kerajaan, bermula
pada sessi yang akan datang, peserta PLKN akan diajar
menggunakan senjata M16. Maka sebanyak 27,089 calon PLKN siri
9/2006 di 77 (16 September 2006) pusat latihan seluruh negara
akan mula menjalani latihan menembak menggunakan M16. Senjata
yang sudah sampai masanya dipupus oleh ATM dan digantikan dengan
senjata baru COLT buatan Amerika.
SANDIWARA NAJIB
Maka tidak hairan jika Najib mengatakan bahawa M16 tidak lagi
canggih digunakan oleh ATM kerana dikepala otak beliau, ATM akan
dibekalkan dengan senjata baru yang lebih canggih manakala di
dalam masa yang sama memberikan peluang kepada KRONI beliau
untuk membekalkan peluru ke PLKN untuk sessi latihan peserta
PLKN. Adalah tidak mustahil terdapat banyak senjata M16 yang
tidak pernah digunakan ATM mahupun untuk tembak musuh, sejak ia
dibeli.
Jika satu sessi latihan setiap individu pelatih menggunakan 50
biji peluru M16 dan peluru M16 jika kita anggarkan bernilai RM1
setiap biji, maka keseluruhan perbelanjaan sudah semestinya
mencapai RM1,354,450 (27,089 peserta x 50 butir x RM1). Berapa
kah pula jumlah perbelanjaan jika, penggunaan setiap pelatih
melebihi 50 butir peluru dan berapa jumlah belanja jika harga
sebutir peluru melebihi RM1/sebutir? Kiralah sendiri.
USAHA BERTERUSAN
Berikut adalah usaha seterus mereka:
"KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Pelajar yang menyertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mempunyai kelebihan untuk
dipilih ke institusi pengajian tinggi awam kerana markah merit
bagi program itu adalah paling tinggi dalam peratusan
kokurikulum yang ditetapkan untuk mendapat tempat di IPTA."
Usaha masih diteruskan untuk memaksa remaja menyertai PLKN dan
ibubapa tidak langsung diberikan pilihan selain menyerahkan anak
mereka ke pusat latihan itu. Ramai peserta menyatakan kekecewaan
setelah menyertainya kerana ketiadaan apa-apa kebaikan selain
diberikan RM300 sebulan sebagai elaun. Ditelan mati mak dan
diluah mati bapa. Mereka hanya mampu berdoa, supaya anak mereka
selamat pergi dan pulang.
Di dalam kenyataan akhbar berkenaan mengatakan bahawa kerajaan
cuba mengambil langkah seterusnya untuk menjadikan PLKN sebagai
satu SYARAT menyertai Institut Pengajian TInggi. Pelajar yang
menyertai Proram Latihan Khidmat Negara mempunyai kelebihan
untuk dipilih ke Institusi Pengajian Tinggi Awam. Ini adalah
kerana markah merit program berkenaan dikatakan paling tinggi
dalam peratus kokurikulum yang ditetapkan untuk mendapatkan
tempat di IPTA.
Menurut S/Parlimen Kem. Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham Baba
lagi, dalam 4 komponen untuk memenuhi peratus syarat kokurikulum
itu, seorang pelajar yang menyertai PLKN akan mendapat 6 markah.
BERNASNYA OTAK PEMIMPIN?
Nah, begitu lah bernas nya akal para pemimpin negara di dalam
menghabiskan wang kerajaan dan rakyat. Tidak fikir implikasi dan
akibat yang bakal dan sudah terjadi, tetapi yang penting adalah
kantong sendiri. Manakala pemimpin bawahan sanggup bersetuju
mengorbankan masa depan remaja dan negara demi untuk SOKONG para
kepimpinan KORUP negara.
Kepada Najib Tun Razak, wang adalah segala-galanya. Baik ke
kroni atau syarikat yang membekal senjata mahupun syarikat yang
menyediakan KEM LATIHAN, yang penting bahagiannya tentunya
LUMAYAN. Masa beliau sebagai pemimpin, dihabiskan untuk
berbelanja SAKAN. Maka dengan penglibatan beliau di dalam setiap
usaha pembelian senjata dan alatan perang, PLKN juga merupakan
sumber kekayaan beliau.
Kerana itu, belum pun perlaksanaan RMK 9, dijalankan, beliau
adalah satu-satunya Menteri yang serius mencari senjata dan
peralatan perang baru. Maka, bajet yang diberikan di dalam RMK9
itu nanti, tidak sampai setahun sudah habis digunakan. Lalu
permohonan peruntukan baru akan dipohon setiap hujung tahun.
Meningkat dan meningkat. Ini bukan cerita dongeng kerana semakin
lama pemimpin itu, sikap mereka semakin jelas. Cuma ada ramai
rakyat dan pemimpin yang sengaja membiarkan ini semua berlaku.
Rakyat yang hanya melihat akan karenah Najib ini seperti sudah
tidak boleh mengelak. Dielak akan dikejar, apabila Penulis
bertanya kepada penduduk kampung yang menyerahkan anak mereka
kepada PLKN, masing-masing seperti tidak mahu lagi hendak
memberi komen, kerana mereka tahu komen mereka tidak membawa
apa-apa faedah. Apa yang pasti, Najib terus berbelanja kerana
rakyat terus disuruh bayar. Rakyat kalau tiada pemimpin, tidak
sebimbang Pemimpin kalau tiada rakyat, pasti gila dan meracau,
kerana tidak tahu mana wang mahu dicekau.
Apa-apa pun, kita sedekahkan AL FATIHAH kepada adik Haziq Jaafar
yang meninggal dunia di KEM PADANG HIJAU pada 23/4/2006 akibat
pergaduhan. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas beliau.
Soalan untuk anda, apakah masa depan PLKN jika yang mati adalah
anak Najib Tun Razak atau Anak Pak Lah atau Anak Nazri atau Anak
Rafidah atau semua anak pemimpin negara? Kerana itu mereka tidak
benarkan anak mereka terlibat dengan PLKN dan PLKN juga bukanlah
syarat kepada anak mereka untuk ke IPTA. Mengapa? Tak Percaya?
|