|
Idea BODOH atau Kerajaan TIPU?
Kerajaan sekarang sudah bingung. Bingung mereka
membuat rakyat jadi bertambah bingung. Membuat
keputusan yang berubah-ubah. Buat dan batal. Ada
pula yang keputusan yang bercanggah dengan pemimpin
yang lain dan ini memberitahu kita bahawa kerajaan
yang KONONnya hebat ini adalah satu organisasi yang
tidak pernah bersatu, berbalah sesama sendiri, tidak
panjang akal, tidak berkualiti, tidak boleh
mempunyai idea yang bernas serta tidak berentegriti.
Janji kerajaan untuk memberikan hadiah cabutan
bertuah untuk rakyat yang membuat MYKAD adalah satu
contoh yang terbaik untuk dijadikan panduan. Mungkin
hadiahnya tidak seberapa tetapi banyak persoalan
yang timbul dan ini memberikan kita satu indikasi,
siapa kah kerajaan kita? Adakah mereka ini tidak
serius bekerja atau mempunyai niat yang tidak ikhlas?
Dengan adanya MYKAD ini, kita sudah beberapa kali
menukar KAD PENGENALAN. Dari sekeping yang bergambar
ditengah dan Bercap Jari di kiri dan kanan, keras
dan dibuat dari plastik, kini kita mempunyai MYKAD
yang bercip, moden kononnya. Rasanya sudah 5 kaedah
bertukar. Dari yang mudah kepada yang changgih,
malangnya yang changgih ini lah yang paling banyak
diPALSUkan.
KETUA JABATAN MEMBAWA BUDAYA MASING-MASING.
Setiap kali pemimpin bertukar, sistem pun bertukar
dengan idea yang berbeza-beza. Kononnya menjadikan
ianya moden dan maju tetapi ada muslihat
disebaliknya. Manusia berpolitik sana dan sini,
membawa pengikut dan para BIJAK BODOH masing-masing.
Memberikan idea untuk menjadikan jabatan itu lebih
maju tetapi di dalam masa yang sama memberi pulangan
kepada mereka. Sudah tentukan? Ini tidak berlaku
kepada JPN sahaja malah pada kebanyak jabatan di
dalam kerajaan kita.
Pertukaran mereka bukan sahaja membawa kepimpinan
yang berbeza tetapi turut mencipta kos penciptaan
yang berbeza-beza. Dengan ada nya kemajuan, maka
kosnya pun bertambah-tambah. Dan konsep menukar
pemimpin jabatan yang dilakukan sekarang telah
membawa pelbagai perubahan dan kos sekali gus.
TUKAR DAN KOS
Setiap pertukaran kad Pengenalan, memerlukan kos.
Kos akan dibayar oleh Kerajaan pada setiap
pertukaran kad Pengenalan dan pastinya ia melibatkan
wang rakyat. Dan akhirnya rakyat yang perlu
bertanggung-jawab di dalam setiap kerugian dan
pembaziran ini. Dan siapa yang memperolehi
keuntungan? Sudah pasti pembekal yang membekal
sistem MODEN dan CHANGGIH tersebut. Siapa dibelakang
mereka? Sudah pasti mereka yang berprofile tinggi,
fikirkan sendiri. Sifir yang mudah tetapi tidak
boleh ditegah. Kalau mahu tuduh tidak ada bukti,
jadi FITNAH. Dan FITNAH adalah satu tuduhan dari
Pihak yang salah kepada mereka-mereka yang ingin kan
kebenaran.
KUANTITI YANG ADA UNTUNG.
Kerana terlalu mengharapkan rakyat menukar kepada
MYKAD, maka pelbagai hadiah di janjikan untuk
menarik rakyat menukar dari Kad Pengenalan sebelum
ini kepada MYKAD. Pelbagai bentuk hadiah
disenaraikan semata-mata untuk menggalakkan kuantiti
penukaran bertambah. LagiMANYAK, lagi untung. Lagi
untung lagi ramai yang KEMBUNG.
Keghairahan sesetengah pihak untuk memaksa rakyat
bertukar Kad Pengenalan telah membawa padah. Dan
sekarang cadangan itu dianggap bodoh oleh kalangan
mereka sendiri. Nah sekarang orang itu kutuk orang
ini dan begitu lah sebaliknya.
Memang lah cadangan itu bodoh tetapi ia tidak perlu
dihentikan serta merta. Pembatalan ini juga telah
memberikan kita andaian bahawa kerajaan ini dipenuhi
dengan kepimpinan yang sebodoh IDEA mereka.
Kenapa tidak diteruskan sahaja pertandingan ini
kerana nilainya tidak seberapa jika dibandingkan
keuntungan syarikat pembekal MYKAD itu sendiri,
ataupun jika dibandingkan dengan kos penghapusan
MYKAD yang tidak diambil.
IDEA BODOH LAIN DARI KERAJAAN YANG SAMA
Selepas isu MYKAD, timbul pula IDEA CANDID PEMANDU
yang turut dibatalkan. Kategori idea yang sama
bodohnya. Kerana kerap dengan kelahiran idea
sebegini, maka timbullah persoalan samaada semua
yang ada di dalam kerajaan Malaysia adalah dari
golongan yang sama taraf akal fikirannya? Dan apakah
pemimpinnya juga begitu? Apa nak jadi ni?
Pembatalan membawa kemungkinan yang lain juga.
Mungkin Kerajaan sudah terdesak dan TIDAK PUNYA WANG
untuk ditawarkan kepada rakyat lagi. Maka
kesimpulannya jangan lah rakyat berharap sangat
untuk menerima sebarang janji HADIAH kerana ia tidak
akan berlaku buat masa ini.
Mahu ia menjadi kenyataan? Tunggu kan musim
pilihanraya, ketika itu perkara yang tidak pernah
berlaku pun mungkin akan berlaku. Yang susah boleh
jadi kaya dan yang papa pun boleh sedikit BERGAYA.
Beli kasut kilat dari hasil tampal poster. Boleh
ternak ayam bila pemimpin derma anak ayam bulu
berwarna.
NASIHAT KEPADA RAKYAT YANG BIJAK
Sudah lah, jangan tertipu dengan idea
bodoh dari kerajaan. Setiap idea baru itu membawa
kepada punca pendapatan sampingan mereka semata-mata.
Tiada yang FREE beb.
Tidak pernah jujur tetapi terkandung muslihat yang
tidak jelas kepada rakyat. Dari menukar kad berkali-kali
sehingga lah dijanjikan dengan hadiah. Semuanya
BOHONG. Kalau dah kerajaan pun suka menipu bagaimana
dengan pemimpinnya? Semuanya sama kerana Rakyat
tidak pernah sedar bahawa tipu kerajaan sudah
berkali-kali dan kalau tidak mahu Kerajaan menipu
lagi. Jangan turun mengundi. BOIKOT PILIHANRAYA. Itu
sahaja. Biarkan mereka SYOK sendiri. Kerana muka
yang tidak malu, hidungnya tidak mancung, pipi nya
tersorong-sorong. Macam pelacur di celah lorong.
Kalau sekali rakyat ditipu, kita sebenarnya belajar.
Kita ditipu berkali-kali, kita bukan sahaja sama
bodoh tetapi BEBAL.
|