BALIK KE MUKA UTAMA

 


KEBODOHAN HISAMUDDIN MENJADI-JADI
Raden jowo

To: "anuar mohd nor" <anuarmohdnor@yahoo.com>

(isu merujuk kepada kenyataan Hisamuddin di TV3 pada 10/8/2006)

Tentunya kita bertanya, kemanakah hala tuju Bahasa Melayu yang kononnya dahulu dinobatkan sebagai Bahasa Rasmi Malaysia dan mahu dipopularkan seluruh dunia?

Jika dahulu kita pernah berusaha dan mencuba untuk memperkenalkan Bahasa Malaysia ke seluruh pelusuk dunia dengan tertubuhnya DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, kini dengan usaha Menteri Pelajaran, Hisamuddin Hussin Off, Bahasa Malaysia tertinggal jauh kebelakang, tanpa ada pihak yang bersungguh-sungguh memperjuangkannya. Dewan Bahasa mungkin pening tidak terkira, tapi yang penting, ikut sahaja kata Menteri anda akan sentiasa senang. Gaji buta asalkan berharta.


Kini usaha baru Hisamuddin adalah untuk membawa masuk guru Mandarin dari Tanah Besar Cina untuk khas bertujuan mengajar Bahasa Mandarin di Sekolah-sekolah Kebangsaan. Mungkin beliau lupa bahawa terdapat ramai lagi lepasan maktab yang masih menganggur. Niat yang baik tetapi bersalut dengan niat tersembunyi.

MAJU YANG MUNDUR

Belum pun sempat anak-anak kita memahirkan diri dengan Bahasa Inggeris, kini satu lagi bahasa menyusuli dan kesemua mata pelajaran baru ini akan bakal menjadi punca keciciran di dalam mata pelajaran lain selain membebankan anak-anak kita dengan mata pelajaran yang sepatutnya dikaji dengan terperinci dahulu sebelum dilaksanakan. Penulis pernah pelajari Bahasa ini ketika di Universiti dahulu dan kini ia akan dilaksanakan di sekolah rendah. Mampukah anak-anak kita?

Jika ia membebankan anak murid, ia akan pasti membebankan lagi guru yang semakin hari semakin banyak mata pelajaran baru yang perlu diketahui oleh mereka. Selain kursus dan penyelenggaran, ia akan mengundang banyak sekali masalah yang berkaitan dengan perlaksanaan mata pelajaran baru ini.

Pihak Jabatan dan kementerian pelajaran sudah pasti akan mengikut semua arahan dan tidak mampu untuk mengkritik idea menteri kerana mereka tidak boleh bersuara pun. Jika bersuara, hanya dibelakang kerana lancang nya mulut akan dituduh sebagai PEMBANGKANG.

Prestasi murid-murid terusan mundur. Beg yang digalas setiap hari menunjukkan beban yang mereka tanggung. Otak mereka terlalu muda untuk menanggung semua pembelajaran. Sedangkan guru juga perlukan pengkhususan, manakala berpuluh mata pelajaran mahu disumbatkan ke KEPALA OTAK murid yang kecil dan comel.

OTAK HISAMMUDDIN TIDAK BERKUALITI, ITU REALITI

Anggapan penulis tidak pernah meleset tentang kemampuan Hisammuddin. Hisamuddin adalah anak kepada bekas Perdana Menteri, Hussin Onn. Melihat raut wajah mungkin ada ciri-ciri cacat akalnya. Namun kini sudah jelas menunjukkan bahawa bukan semua anak menteri itu BIJAK, cuma berpakaian ala Barat untuk dilihat seperti cerdik.

Hanya kerana mereka mampu untuk membayar pengajian mereka diluar negeri maka mereka mampu membawa pulang ijazah yang kita sendiri tidak pasti samada ia TULEN atau PALSU. Sekadar sekeping kertas yang menjadi syarat untuk bergelar Menteri sedangkan kualiti berfikir tiada pada beliau.

Kita tidak mampu untuk mengkritik lebih-lebihan kerana kuasa ada pada menteri. Kelembapan Perdana menteri, Abdullah Badawi sekali lagi memberikan kebebasan kepada Menteri untuk bertindak sesuka hati lantas merosakkan bangsa dan negara dengan alasan kononnya untuk kemajuan dan persaingan. Yang nyata bangsa Melayu sudah lama diROJAKkan.

HISAMUDDIN SUSU KAN KERA DIHUTAN

Bahasa Mandarin yang bakal diajar mungkin ada baiknya untuk kita bersaing sesama bangsa lain. Tetapi soalnya disini, kemana kah hala tuju Bahasa Kebangsaan kita sehinggakan kita terpaksa mendewakan bahasa-bahasa lain yang berterusan. Bermula dengan Bahasa Inggeris dan kini Bahasa Mandarin. Mungkin akan ada Bahasa-bahasa yang bakal menanti nanti untuk
dipelajarai setiap tahun mendatang. Setiap Tindakan kerajaan tidak disusuli dengan perlaksanaan yang berkesinambungan. Ternyata bercanggah setiap kali menteri bertukar.

Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Begitu lah perumpamaan yang bakal terjadi kepada Bahasa Malaysia. Masih banyak lagi kekurangan di dalam pencapaian Bahasa Malaysia kita, kini kita dialihkan fokus kepada Bahasa Mandarin. Yang pasti anak melayu akan terus ketinggalan kerana fokus mereka saling bertukar dan terlalu banyak mata pelajaran yang bakal dipelajari sejak dari sekolah rendah lagi. Sedangkan Kementerian tidak pernah mengkaji akan kemampuan anak-anak kecil untuk menguasai bilangan matapelajaran yang ada sekarang.

APA HISAMMUDDIN DAPAT?

Mungkin Hisamuddin berasa gembira kerana berjaya menambah satu lagi mata pelajaran, yang penting ada habuan, ada peluang.

Walaupun media pernah menyatakan kemerosotan penguasaan 3M dikalang murid-murid, ini tidak dibimbanginya kerana Hisamuddin tidak mampu memikir sejauh itu. Pemikirannya terbatas kepada perkara mudah dan di depan mata sahaja.

Dengan subjek baru ini, sudah pasti ada syarikat yang diberikan projek untuk mengelolakan kursus Bahasa Mandarin serta menjual buku kepada Kementerian yang pasti nya mencipta keuntungan secara paksa. Biar apa pun perancangan kerajaan yang penting disini bagaimanakah masa depan anak-anak kita?

APA KOMEN PROWARIS?

Jika dahulu Prowaris sebuk dengan sokongan ke atas Bahasa dan Bangsa Melayu, kini mereka berhadapan dengan satu lagi cabaran di atas perancangan kerajaan yang dilancarkan tanpa penyelidikan terperinci. Kemana hala tuju Bahasa melayu, kemana Hujah anda? Yang pasti Projek Tangkap Muat bakal membawa keuntungan kepada invidu-individu tertentu yang pastinya bukan aku dan anak aku.

Raden Jowo - Mungkin ini tindakan menteri di dalam menyambut bukan kemerdekaan tahun 2006 ini. Jika Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka tidak digunakan selepas ini Raden cadangkan dijadikan muzium untuk menyimpan barangan mistik dan JENGLOT untuk tatapan umum.

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762