|
DULU DALAM BERSEJARAH
Raden Jowo
Apabila mengenang kembali peristiwa pemecatan Mantan TPM Anwar
Ibrahim. Terasa geli geleman pula kita. Melihatkan UMNO berpecah
2, dan pihak yang seperti JANTINA YANG MERAGUKAN kembali kepada
UMNO. Tidak perlu disebut nama, kerana sikap mereka sahaja sudah
cukup mengaibkan dan memalukan.
Selepas itu rakyat berkumpul di jalanraya, di hadapan rumah
Mantan dan dimana-mana, untuk bersama berjuang melahirkan
kekecewaan dalam memberi sokongan kepada saudara Anwar. Maka
Anwar bersama PEMBANGKANG yang dilihat simpati dengan kejatuhan
yang sungguh menaibkan beliau diatas tuduhan, SALAH GUNA KUASA
dan MELIWAT.
LIWAT ANTARA PEMIMPIN
Kes LIWAT yang cukup meluat itu, mula dihebahkan kesana dan
kemari oleh Mahathir. Tidak hanya bersama rakan politik malah
didepan rakyat dan di luar negara, Mahathir masih mengutuk dan
terus mengutuk. Tidak perlu bicara kerana beliau sudah beri
hukuman, Tegas dengan tuduhan liwatnya. Bukan hanya itu, malah
mereka yang cuba bersuara, dipenjara. Menbantah dijerkah.
Lupa ke?
Kini Anwar sudah bebas. Desas desus menyatakan, ia nya adalah
bantuan Abdullah Ahmad Badawi dan hantu rayanya. Namun Mahathir
tetap tegas, ANWAR itu LIWAT dan LIWAT itu ANWAR.
Kini Mahathir pula ditikam dari belakang oleh PAK LAH. Tikam
dari belakang sudah seperti meliwat kerana ia kaedah tusukan
dari belakang. Dengan apa tusukan itu dibuat, terserah kepada
yang menusuk. Namun kedua-duanya ada persamaan.Mungkin boleh
dikatakan "ABDULLAH LIWAT MAHATHIR"? Apa-apa pun Mahathir sudah
melenting dan beliau akan cari sehingga ke lubang cacing.
Mungkin ini bermakna, walau sudah mati, dia akan terus cari.
Begitu lah hebatnya Mahathir di dalam politik, bukan sahaja
rakyat, malah pembangkang dan cacing pun akan cuba di ajak
bersama untuk menentang seseorang yang sudah digelar musuh.
BANTU DIA
Kalau dulu orang kasihan pada Anwar, kini ada orang yang kasihan
pada Mahathir. Cuma kasihan kali ini tidak membawa rakyat ke
jalanraya. Mungkin jalanraya kini sedang sebok dengan rakyat
yang sedang membelanjakan wang untuk minyak yang sudah tinggi
harganya.
Mari kita lihat dan kaji bagaimana Mahathir boleh melompat
setinggi langit secara tiba-tiba. Apakah kaitannya?
1999 - Anwar dipenjarakan untuk tempoh selama 6 tahun atas kes
rasuah
2000 - Anwar dipenjarakan untuk tempoh tambah selama 9 tahun
atas kes LIWAT
2002 - Per. Agung UMNO - Mahathir lahirkan hasrat perletakan
jawatan. (18 - 22 jun 2002)
2003 - Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri (31/10/2003)
2004 - Anwar dilepas kan selepas rayuan (9/2/2004)
2005 - Anwar saman Khalid Jefri dan menang RM4.5 juta
(18/8/2005)
2005 - Anwar nyatakan hasrat untuk saman Mahathir (12/9/2005)
2006 - Mahathir keluarkan surat terbuka JAMBATAN BENGKOK
(22/4/2006)
2006 - HAKIM RASUAH - Syed Ahmad Idid diminta buat laporan BPR
(13/6/2006)
2006 - Pak Lah sokong benteras rasuah di Mahkamah (22/3/2006)
2006 - Tuduhan semula SUKMA DARMAWAN di dalam kes liwat.
(15/6/2006)
2006 - Anwar menyerahkan 'jawapan kepada pernyataan pembelaan'
(17/6/2006)
2006 - Dialog bersama Mahathir di Kelab Century, Malawati
(27/6/2006)
ANWAR TERLEPAS
Berikut adalah pendapat yang diperolehi dari bijak pandai
politik yang tidak mahu diri mereka dikenali. Apabila Pak Lah
memegang jawatan, beberapa bulan selepas itu beliau dan Khairi
sudah mula untuk melakukan pembebasan Anwar Ibrahim. Sila rujuk
kenyataan di buat oleh Malaysia kini
http://www.bakongnet.com/marhaen/mar_a_tag1829_7.html.
Bebasnya DR Anwar Ibrahim 4 (empat bulan) selepas Pak Lah
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Jika PAK LAH Terlibat
di dalam usaha ini maka sudah pasti usaha ini dibuat sejurus
selepas Pak Lah memegang jawatan.
Sila rujuk kenyataan Mahathir di dalam majlis dialog:
Soalan wartawan: Adakah janji itu dimungkiri tahun ini? (Merujuk
kepada pemungkaran janji Pak Lah) Jawab Dr. Mahathir: Dimungkiri
dua minggu selepas saya meletakkan jawatan - sungguh cepat.
Adakah janji yang dimaksudkan adalah untuk "TIDAK membebaskan DS
Anwar Ibrahim"? Pergerakan di dalam UMNO sentiasa dipantau.
Bukan sahaja ahli malah musuh dan kepimpinannya. Ini sudah
menjadi aktiviti yang perlu dilakukan di dalam politik. Bersiap
sedia. Oleh itu tidak hairan lah jika, usaha pembebasan DS Anwar
Ibrahim sudah diketahui awal oleh Mahathir.
KE MAHKAMAH
Selepas saman Khalid Jefri kerana penerbitan buka "50 Dalil
Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri". Beliau menang
dan jelas Kes itu dibicarakan tanpa campurtangan Mahathir lagi.
Kes itu tidak membabitkan Mahathir dan beliau menarik nafas lega.
Kini Anwar bertindak lebih berani, mengatur langkah untuk
bertindak lebih jauh untuk melibatkan Mahathir ke mahkamah dan
lantas beliau menyerahkan 'jawapan kepada pernyataan pembelaan'
di mahkamah dan perbicaraan ini bakal menjemput Mahathir ke
mahkamah. Mahathir WAJIB hadir.
RASUAH DI MAHKAMAH
Di dalam masa yang sama, budaya lapuk Mahkamah perlu dibersihkan
terdahulu. Isu RASUAH sudah meruncing dan kerana itu maka
kebenaran tidak akan terlaksana. Hakim yang boleh dibeli,
menyukarkan kehadiran TDM di Mahkamah. Kerana itu maka isu
RASUAH MAHKAMAH sudah mula digembar-gemburkan sehingga PAK LAH
sendiri secara terang-terangan memberi amaran secara bersopan
untuk mengambil tindakan kepada Hakim yang bertindak membantu
sesiapa yang memberi mereka RASUAH.
Kenyataan telah dibuat oleh Pak Lah dan beliau memberi jaminan
akan menjaga keselamatan kepada sesiapa yang melapurkan isu yang
bersangkutan dengan RASUAH di dalam Mahkamah. Kenyataan ini
dibuat pada bulan Mac 2006 yang merupakan satu tamparan hebat
serta amaran kepada mereka-mereka yang cuba untuk menyogok
Mahkamah dimana kaedah ini dilakukan secara meluas ketika di
zaman diktator Mahathir.
Keresahan menjadi-jadi. Ketakutan sudah tidak terselindung lagi.
Tapi strategi perlu disusun. Untuk mendapatkan kerjasama
Mahkamah bukan lagi perkara mudah lalu untuk matikan POKOK,
cantas akarnya. Dan kalau untuk sembelih ayam, putuskan urat
marehnya. Maka sudah pasti ayam akan mati dan tidak mampu
berkata lagi. Maka urat Mareh tersebut adalah Pak Lah.
Keinginan untuk bersama UMNO jauh sekali kerana UMNO sudah
menyatakan mereka MENYOKONG dan berada di belakang PAK LAH. "WE
SWIM AND SINK TOGETHER" Begitu lah UMNO, takut tidak makan dan
tidak kaya, maka tunggul pun dianggap RAJA, PM dianggap tuhan.
BERDAILOG KONON
Kini pilihan TDM adalah tidak lain melainkan SUARA RAKYAT, yakni
suara keramat. Kerjasama dan sokongan rakyat ketika ini amatlah
penting untuk jatuhkan PAK LAH. Dek kerana segala saluran media
telah disekat maka TDM tiada jalan lain kecuali untuk berkaedah
seperti yang dilakukan oleh pembangkang. Melalui Internet, surat
khabar (2 bulan sekali) dan berceramah
atau bahasa moden nya DIALOG. Maka ada pula yang mencadangkan
agar TDM mengada kan ROAD TOUR. Satu idea yang bagus dari mangsa
TDM dahulu, yang cuba untuk menjadi hero dan penyelamat RAJA
DIKTATOR yang juga seorang DOKTOR.
SINGKATNYA MASA
Mungkin masa untuk beliau sudah terlalu singkat, namun usaha
mesti dilakukan. Mahu kena atau mengena? Ditindas atau menindas?
Serang atau menyerang? Sifir yang penting dan mudah di dalam
politik. Namun sokongan awal perlu diperolehi. Siapa ya? Maka
keluarlah di kepala HOTAK TDM akan pentingnya pembangkang di
dalam usaha ini. Kerana apa? Kerana pembangkang ada pengikut.
Kalau ditipu pembangkang, maka tertipu lah pengikut. Petik
tangkai, semua buah akan luruh.
Kes SUKMA DARMAWAN akan dibicarakan pada 9 Nov 2006. Mahkamah
akan mengheret TDM di dalam perbicaraan ini. Kerana JEMPUTAN
KHAS ini maka, air muka TDM akan turut terjejas bukan sahaja
pada rakyat Malaysia, malah pada masyarakat antarabangsa. Jika
SUKMA menang, sudah pasti akan ada mereka yang kalah dan susulan
dari itu ada lagi perkara yang lebih menakutkan. Saman,
rangkaian tuduhan dan hukuman dimasa-masa akan datang.
Mahu lindungi Mahathir? Terserah. Pesalah perlu dihukum, kenapa
mesti disokong dan dilindung, kenapa tidak dilindungi sahaja
Penjual Senjata, Perompak Nekad, Pembunuh Upahan, Perogol
Bersiri dan Penagih Dadah? Kenapa kita tidak lepaskan mereka dan
membiarkan mereka hidup selesa seperti beliau? Rakyat yang tidak
bayar cukai pun sudah diganggu tidurnya. Rakyat berjenayah di
penjarakan, pemimpin berjenayah diberikan istana, gaji,
kemudahan dan perlindungan. Hilang akal ape ke?
Anwar yang teraniaya, pemimpim sokong, Mahathir yang hentinya
sukarela pun ada pemimpin yang sokong. Bila kes melibatkan
mereka berdua di Mahkamah nanti, kepada siapa sokongan mereka?
Buta kan mata pun salah, celikkan mata pun salah. Maka jadilah
manusia BUTA YANG TIDAK MAHU CELIK. Alaaa...Kassim...
|