|
SEKALI BAH, SEKALI UNDI
BERUBAH
Kubu paling kuat UMNO adalah di Johor dan kini kita
melihat kejadian banjir besar telah melanda negeri
Johor. Menurut pakar cuaca, kejadian banjir besar
adalah berpunca dari kepanasan global yang telah
mencairkan ais di kutub sehingga menaikkan jumlah
isipadu air dunia. Alasan yang mudah untuk menolak
tuduhan kesalahan kepada yang terllibat dengan
pembangunan yang membabi buta dan saliran yang tidak
sempurna. Biar apa pun alasannya namun, apa yang
kita perlu ambil kira ketika ini adalah pengajaran
yang diperolehi oleh rakyat setahun sebelum
pilihanraya akan datang.
Ada banyak rungutan dari para peserta bantuan dari
PAS dan KEADILAN. Mereka melapurkan bahawa, mereka
tidak dibenarkan memberikan bantuan dan ada pula
amaran yang diberikan kepada rakyat di Johor, untuk
tidak menerima sebarang bantuan dari parti
pembangkang tersebut.
KERAJAAN CUBA MENUDING JARI
Dalam pada itu, Pengerusi Penerangan UMNO serta
beberapa pemimpin lain, cuba mengkritik PAS kerana
membuat perhimpunan Pemuda PAS di Kelantan yang
kehadirannya mencecah seramai 15,000 orang. Beliau
menuduh PAS tidak sensitif akan bencana yang menimpa
di Selatan Tanah Air. Berita yang berat sebelah ini
nampaknya dikeluarkan untuk tujuan menyalahkan pihak
lain di dalam kegagalan kerajaan BN menangani
masalah ini.
DI dalam perhimpunan Pemuda PAS tersebut, Adalah
menjadi larangan kepada PAS cawangan yang terbabit
dengan banjir untuk menghadiri kerana mereka
diperlukan di kawasan masing-masing. Kerana itu jika
kita melihat berita tentang banjir yang disiarkan di
internet dan makalah berita PAS, menyiarkan berita
bantuan mereka kepada mangsa.
BAGAIMANA SELEPAS INI?
Dalam pada itu berita Pak Lah yang sedang sibuk
dengan percutian dan pembelian kapal layar bernilai
jutaan ringgit tidak digembar gemburkan langsung.
Semuanya untuk menutup keburukan pemimpin UMNO dan
BN.
BANTUAN YANG LEWAT TIBA
Di dalam menunggu bantuan, ramai antara mangsa
banjir yang terpaksa menunggu untuk menerima bantuan
dan ada ketika nya mereka hanya mengalas perut
dengan deraian air hujan melalui takungan melalui
tadahan tangan di atas bumbung. Bantuan yang
diharapkan tidak kunjung tiba dan 3 hari bukan lah
satu tempoh yang singkat. Hanya mereka yang
berhadapan dengan pengalaman ini, mampu untuk
menceritakan penderitaan mereka sebenar.
Jika jalan raya sukar untuk ditempuh, sudah pasti
penggunaan helikopter dan sampan dari ATM boleh
membantu, tetapi ia masih lewat tiba dan kemungkinan
lain adalah ketiadaan helikopter yang mencukup di
dalam misi penyelamatan anjuran Kerajaan Barisan
Nasional atau pun helikopter yang dibeli selama ini
hanya sesuai untuk diletakkan dipadang pasir
semata-mata. Dilonggokkan dan sampai tempoh di jual
di kedai-kedai besi buruk atau diberikan kepada
pusat pengajian tinggi untuk dijadikan replika.
Dalam pada masa yang sama mangsa yang terlibat
dengan banjir pula ditegah untuk menerima bantuan
dari Parti Pembangkang sedangkan walaupun bantuan
dari mereka adalah jauh lebih awal. Bertambah malang
lagi, ada pula SB yang mengekori pasukan bantuan
dari parti pembangkang, bertujuan untuk menjadi
talibarut, pengadu ataupun memberikan ugutan kepada
mereka yang menerima bantuan itu. Di dalam keadaan
begini pun masih ada yang datang mengugut dan
menggunakan politik kotor. Apa nak jadi lah kepada
kerajaan Malaysia yang hadhari, hari-hari ada SB ini.
LAWATAN SINGKAT TAPI SENSASI
Dengan kerisauan tentang bantuan dari pihak lain ini,
memaksa TPM, Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang
dan bertemu dengan mangsa. Dan masa yang sama
digembar-gemburkan pertemuan 'tidak sengaja' Pak Lah
dan Najib di Johor. Mensensasikan lagi lawatan
pemimpin negara yang tidak sampai sehari. Mungkin
tempoh lawatan Pak Lah ke pamiran kambing dan lembu
tempoh hari lebih lama dari melawat rakyat ketika
banjir.
Pada hari berikutnya, lagi kutukan dan kritikan dari
wakil-wakil UMNO kepada bantuan parti pembangkang di
war-warkan. Mungkin ramai pihak yang melapurkan
sendiri kepada pemimpin negara bahawa mereka
selalunya lambat dalam isu bantuan kepada rakyat.
BANTUAN YANG BUKAN DARI KERAJAAN
Hakikat sebagai rakyat Malaysia ketika ini adalah,
biar apa pun keadaan, rakyat lah yang membela diri
dan menjaga negara. Kerajaan hanya tahu berbelanja,
menggunakan wang yang dikutip dari rakyat.
Dan setiap perbelanjaan yang dibuat adalah
memberikan mereka keuntungan dan habuan. Tiada lah
projek yang memberi manafaat kepada rakyat kecuali
kepada mereka sahaja. Biar apa pun alasan yang
mereka berikan, pasti ada tempias yang akan
diperolehi. Keuntungan yang diperolehi dibelanja
sakan untuk membeli kekayaan dan kuasa serta bot
peribadi masing-masing. Apa bila dicanang apa yang
mereka belanjakan, maka sebok lah masing-masing
memberikan alasan demi alasan.
Lantas wang untuk rakyat hanya lah datang dari
pihak-pihak swasta yang dikerah untuk menolong.
Selepas beberapa hari banjir melanda, Pak Lah
meminta-minta dari syarika korporat untuk berbelanja
memberikan bantuan kepada mangsa dan untuk rakyat
tidak mengharap kepada kerajaan, beliau terus
memberikan kenyataan bahawa, kerajaan tidak akan
membayar ganti rugi selain dari hanya memberikan
wang saguhati dan sedikit belanja. Maklumlah bimbang
rakyat terlalu mengharap pada kerajaan yang
sememangnya tidak boleh diharap ini.
PERDANA MENTERI YANG TIDAK BERTANGGUNG-JAWAB
Sikap tolak tanggung-jawab oleh Perdana Menteri dan
kerajaan memang sudah jadi kebiasaan. Kita semua
sudah biasa dan sudah mampu agak apa yang akan
berlaku jika berlaku malapetaka pada rakyat.
Kejadian yang sama berlaku ketika Tsunami melanda
utara Malaysia pada tahun 2004 dahulu. Bukan sahaja
bantuan diperolehi dari syarikat koperat malah
bantuan tersebut tidak semua yang sampai ke tangan
mangsa.
TIPU BERLIPAT GANDA
Angkara kesedaran tentang penipuan kerajaan ini,
maka Kerajaan pastinya tidak mempunyai jalan lain,
selain menambah bentuk penipuan bersama SPR dan
tidak ragu-ragu lagi menambahkan jumlah undi hantu
untuk bantuan pilihanraya akan datang. Mari kita
saksikan.
Jika pada tahun 2004, dilapurkan lebih dari 200,000
undian yang diragukan maka tidak mustahil jumlah
tersebut akan melambung 2 kali ganda pada
pilihanraya 2007/2008 nanti.
PETUNJUK KEPADA RAKYAT JOHOR
Apa-apa pun, yang penting, rakyat Johor sudah pasti
akan merubah persepsi mereka kepada kerajaan. Jika
banjir di Kelantan berlaku saban tahun dan kejadian
tersebut tidak pernah merubah sokongan rakyat kepada
kerajaan mereka, maka apa akan jadi kepada rakyat
Johor, Melaka dan Pahang dia atas kejadian yang
serupa.
Mari kita saksikan perubahan yang bakal menggoncang
kestabiliti kerajaan UMNO dan BN dan mari kita
jangkakan bentuk dan kaedah penipuan apa lagikah
yang bakal digunakan untuk mengekal kan kuasa UMNO
dan BN di Tanah Air kita ini? Dan pastinya ramai
manusiatidak berubah jika tiada yang merubahnya.
Semoga sekali datangnya bah, sekali undi berubah.
|