BALIK KE MUKA UTAMA

 

KENG YAIK BERI ALASAN UNTUK NAIKKAN HARGA AIR !!!
To: anuarmohdnor@yahoo.com


"Kerajaan mungkin terpaksa menaikkan tarif air jika orang ramai terus membazir air." kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik. Kenyataan yang kelakar diantara kelakar yang ada.

Begitu lah marahnya Menteri tersebut lalu beliau menyatakannya melalui akhbar dan media akan sikap rakyat Malaysia yang suka membazir air. Namun kita perlu perhalusi, siapakah sebenarnya rakyat Malaysia yang membazir itu? Adakah mereka di antara golongan 'bangsawan produk kerajaan' atau rakyat biasa?

BENARKAN DAKWAAN BELIAU?

Keadaan sebenar adalah rata-rata rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan air, letrik atau telekomunikasi ternyata peka kepada soal pembaziran. Kita tidak perlu menyelidik secara terperinci, cukup sekadar bertanya antara adik beradik atau jiran-jiran yang sering menjadi kawan berbual. Pasti mereka menitik beratkan soal pembaziran, diajar dan saling mengingati antara keluarga dan individu.

Pembaziran yang berlaku, akan menyebabkan si pemilik kediaman atau ketua keluarga menanggung belanja yang besar. Sehinggakan jika anak kita menggunakan talipon dengan jangkamasa yang lama, sudah pasti mereka akan ditegur. Rakyat tidak suka membazir kerana setiap pembaziran akan membuat mereka menanggung bil yang besar.

PEMBAZIRAN SEBENAR

Kerap yang kita lihat pembaziran berlaku ditempat kerja, ditepi jalan dan dilokasi pembinaan. Paip air yang bocor, bukan lah alasan untuk menyalahkan rakyat, semata-mata. Maka jika air yang keluar dari paip yang bocor, langkah kerajaan hanya kepada satu, menaikkan bil? Logikkah tindakan itu? Kerap juga lapuran diberikan, namun syarikat air lewat menghantar kakitangan mereka ke tempat kerosakan dan menyebabkan air melempah bergelen-gelen banyaknya. Sementara itu, jika kebocoran berlaku dikediaman, sudah pasti pemilik atau penduduk rumah tersebut akan segera menalipon syarikat air untuk membaiki kerosakan mengelakkan kenaikan jumlah bil yang perlu dibayar.

Satu-satu nya punca penggunaan air yang banyak adalah kerana membasuh kenderaan. Namun kini, rakyat lebih gemar untuk menghantar kenderaan untuk dibasuh dipusat membasuh kenderaan dengan belanja sekitar RM8 ke RM10 untuk sebuah kereta dan ternyata terlalu kurang, rakyat yang membasuh kenderaan mereka sendiri ketika ini.

Malangnya orang kenamaan dan 'orang berada' sering membasuh kenderaan mereka dirumah dengan mengerah orang gaji mereka membasuh untuk mereka. Dan adalah malang sekali kerana jumlah kenderaan mereka juga banyak dan menyebabkan bil mereka melambung. Apatah lagi jika kenderaan mereka perlu dibasuh saban hari bimbang berdebu dan sebagainya.

TEKTIK LAMA

Kaedah menuduh tanpa bukti yang terperinci ini pernah digunakan oleh Dato. Seri Rozali Isohak, yakni Orang atas kepada syarikat air Selangor, namun rakyat menolak tuduhan ini kerana ternyata ia tidak benar. Soal paip pecah dan kecurian air adalah punca sebenar kerugian dan menyebabkan mereka saling menuding jaril, lantas rakyat merupakan pihak yang akhir sekali menerima padahnya.

Sebagai bukti, TV3 sendiri membuat banyak pendedahan kecurian air oleh syarikat-syarikat besar. Malah yang terlibat adalah diantara syarikat yang tercatat nama mereka dibursa saham Malaysia. Para peniaga yang besar pendapatannya masih terus menipu untuk terus memperolehi untung yang lebih. Maka adakah patut jika kesalahan mereka ini mengakibatkan rakyat biasa
keseluruhannya turut dipaksa menerima kenaikan tarif air?

SIKAP KERAJAAN YANG TIDAK PERNAH BERUBAH

Kerajaan tetap kerajaan dan menteri tetap menteri, asyik menyalahkan rakyat sebagai jalan pencapaian objektif tertentu mereka. Menteri sekarang banyak yang malas dari membuat kerja dan menerima bulat-bulat alasan yang tidak kukuh dari pihak-pihak tertentu tanpa membuat penyelidikan yang benar. Jika kerajaan masih beranggapan rakyat membazir, maka bagaimana pula dengan menteri yang mempunyai saiz rumah yang besar manakala bil air mereka dibayar menggunakan wang
rakyat, sementara mereka adalah golongan yang tidak tahu bagaimana sengsaranya rakyat membayar bil setiap bulan. Dan apa layaknya menteri untuk membuat tuduhan kepada rakyat semata-mata untuk menutup kelemahan sendiri?

BAGAIMANA DENGAN PEMBAZIRAN KERAJAAN?

Menteri perlu ingat bahawa tindakan pembaziran pembangunan yang terbengkalai, pembelian barangan tidak berkualiti dan jambatan retak disana sini adalah merupakan satu pembaziran yang nyata tetapi tiada tindakan yang berkesan dilakukan kecuali menuduh sana dan sini atas kesilapan dan kecuaian mereka sendiri. Walau apa tindakan menteri dan kerajaan, prestasi kerajaan di dalam menangani masalah tersebut masih sama. Sementara kerugian yang berlaku bukanlah RM100 atau RM200, malah berbillion-billion ringgit.

NASIHAT KEPADA KERAJAAN

Nasihat kepada kerajaan adalah, tolong jengok diri sendiri sebelum menuduh yang bukan-bukan. Jika benarlah rakyat membazir, maka ubah diri sendiri dahulu dan tunjukkan tauladan yang sebenarnya dan jangan asyik membebel menyalahkan rakyat semata-mata, seolah-olah rakyat ini semuanya tidak betul. Kata dulang Paku yang serpih, tapi Serpih menteri lebih
ketara dan kini PEMBAZIRAN sudah menjadi sikap kerajaan.

SELESAIKAN ISU SINGAPURA DAHULU

Bodoh kerajaan ternyata apabila kita merujuk kepada isu Air Singapura yang tidak pernah selesai. Harga air kurang dari 1sen (USD) setiap 1000 galon air ke Singapura masih tidak mampu dinaikkan. Sedar diri dan malulah sikit sebelum membuat sebarang kenyataan dan tuduhan. Harap Maklum.

Raden Jowo
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762