|
BANGSA dan AGAMA UMNO
To: anuarmohdnor@yahoo.com
CC: tranung2006@yahoo.com
Sementara kita menunggu jawapan Pak Lah yang sedang bercuti,
mari kita bincangkan sedikit tentang UMNO. Sejak UMNO ditubuhkan,
ramai rakyat yang musykil dan mempertikaikan perjuangan UMNO,
namun demokrasi membenarkan penipuan undi untuk menyambung
penjajahan Tanah melayu melalui balaci mereka, Bangsa Melayu.
UMNO tidak akan menang jika undi telus dan suci. Kerana itu,
maka pada pilihanraya pada tahun 1969, UMNO kalah pada tangan
pembangkang, lantas menyedarkan mereka bahawa TIPU itu PERLU.
Apa yang penulis ingin bercerita kali ini adalah tentang "PERJUANGAN
YANG BELUM SELESAI" ungkapan pemimpin-pemimpin berjenerasi UMNO.
Bermula dari zaman Mahathir dan membawa kepada Abdullah Badawi,
istilah ini disebut hari-hari untuk mendapat simpati bangsa
Melayu yang setiap hari ditipu. Tidak mustahil ungkapan yang
sama diluahkan oleh UMNO walau 1000
tahun sekalipun kerana 'Malays WILL never learn'.
Rakyat terlalu percaya bila UMNO berjuang untuk bangsa dan
agama. Setiap pertuturan disusun untuk menyatakan itu lah
perjuangan mereka. Dengan modal yang besar, dibantu oleh menteri
yang berkaliber serta para intelek bijak pandai, Melayu masih
disini, dan Islam semakin Malap. Dimana silapnya dan apakah ini
sebenarnya perjuangan yang UMNO laungkan?
PERJUANGAN BANGSA?
Penulis ingin kembali merujuk kepada isu bangsa. Sejak merdeka
sehingga kini, berapa ramaikah diantara kita yang kekurangan
wang dan terpaksa menggadaikan tanah lantas kehilangan harta?
Berapa ramai Melayu yang diusir dari rumah dan rumahnya
dirobohkan, semata-mata untuk menjadi kan Malaysia negara maju?
Berapa ramai peniaga Melayu yang dibantu oleh kerajaan sehingga
boleh digelar jutawan? Berapa ramai Melayu yang benar-benar
hidup bergaya dibawah payung UMNO? Berapa peratuskah kejayaan
individu Melayu yang bergelar jutawan semenjak UMNO memerintah?
Setiap tahun kita diberikan data bancian yang tidak tahu dimana
datangnya. Satu soroton nombor yang disusun mengikut gerak hati
pemimpin. Mahu menunjukkan bahawa Melayu itu maju dibawah
kepimpinan UMNO. Benar atau TIPU?
PERJUANGAN AGAMA?
Kini kita beralih kepada persoalan seterusnya. Perjuangan agama
UMNO. Apakah agama yang dimaksudkan oleh UMNO? Adakah ianya
Islam Azali atau Islam Liberal Atau Islam Hadhari? Jika mengikut
tindakan menteri dan kerajaan kini, ia lebih kepada kehancuran
Islam itu sendiri. Ini berikutan pendedahan jumlah MELAYU MURTAD
yang diberikan, atas tindakan kerajaan yang melewa-lewakan
tindakan dan susulan. Tiada usaha untuk mencegah dari menjadi
parah. Cuma jika diungkit, kerajaan marah.
Tindakan Menteri sendiri sering dipertikaikan, contohnya Nazri
Aziz yang menyokong penuh IFC dan Islam Liberal. Kita bernasib
baik kerana beliau adalah LELAKI dan jika PEREMPUAN sudah pasti
beliau merupakan Presiden Sisters In Islam, dimana ketika ini
pertubuhan tersebut dimonopoli oleh anak-anak pemimpin UMNO.
Adakah logik seorang yang berbicara tentang Islam Hadhari yang
kononnya Islam yang seperti asalnya, tidak menegah anak mereka
dari menganggotai persatuan yang membenarkan wanita menjadi
IMAM. Mungkin mereka sendiri bersetuju untuk diimamkan oleh anak
gadis mereka? Allahualam.
APA KOMEN MENTERI?
Tindakan para menteri dan pemimpin Melayu islam Malaysia dalam
mempermainkan hukum Islam, hanya dibantah oleh barisan
pembangkang dan rakyat. Perkara ini perlu disedari oleh rakyat
dan perbuatan mereka tidak pernah ditentang diantara pemimpin
UMNO yang ada sekarang. Mereka hanya mendiam diri bagaikan
bersetuju, meredhai sistem islam diubah suai mengikut citarasa
kepimpinan.
Malah mereka tidak langsung memberikan komen atau bantah atas
setiap perilaku diantara mereka yang jelas ingin mengubah Islam
itu kepada Islam yang lebih moden. Moden yang beerti, halalkan
rasuah, halalkan arak serta halalkan judi. Jika tidak kerana
pembangkang, rakyat dan mufti yang perihatin membantah
perancangan kerajaan, mungkin semua perkara munkar sudah berada
di Malaysia. Tidak mustahil jika kita bisa melihat orang Melayu
mabuk ditepi jalan, rasuah terang-terangan dan pasangan
bersetubuh di ruang legar pusat beli belah untuk tatapan. Kerana
Malaysia mahu lebih maju dari Amerika.
Kini ada pula menteri yang tunjuk bijak mahu benarkan pusat
hiburan dibuka sehingga 5 pagi dan seperti kebiasaan, menteri
lain buat bodoh. Malah TPM juga bertindak tidak menolak dan
memberi alasan, ianya PERLU DITELITI. Satu jawapan yang pernah
Abdullah Ahmad Badwi berikan ketika isu penubuhan IFC. Dibiarkan
bergantung dan mungkin dilaksanakan apabila semua umat Islam di
Malaysia berjaya DILIBERALKAN.
PERJUANGAN UMNO SEBENARNYA?
Perjuangan yang belum selesai. Apakah maksud sebenar ungkapan
ini? Mungkin kah ungkapan ini dibuat kerana masih ada Islam dan
Melayu yang membantah setiap usaha kerajaan untuk membunuh
Melayu dan meliberalkan Islam?
Perjuangan untuk bangsa, jika mahu di usaha dan dijayakan
mungkin sudah berlaku 10 tahun yang lalu kerana bukan sedikit
jumlah pelaburannya dan jika mahu Islam di juangkan, mungkin
ketika ini sudah tiada lagi PUB, DISKO, RUMAH URUT dan KEDAI
JUDI. Hidup berbilang kaum bukan alasan untuk tidak membenteras
semua ini kerana perkara-perkara yang dilarang Islam juga adalah
larangan agama lain. Soalnnya disini, mahu atau tidak atau apa
sebenarnya muslihat yang UMNO sedang perjuangkan?
KREDIBILITI KEPIMPINAN KERAJAAN
Kita tidak perlu mengukur bijak nya barisan menteri-menteri
kerana tunggak merupakan seorang individu yang seharusnya mampu
untuk memacu kejayaan setiap orang bawahannya. Tidak layak,
diusir. Jika menteri ternyata tidak bagus, maka seharusnya
mereka semua sudah ditendang keluar. Tapi apa yang kita lihat
ketika ini, Menteri yang mentaliti mereka masih kelas ke10,
masih lagi dikekalkan. Apakah agenda sebenar kerajaan?
Mahathir bukan calang-calang orangnya. Selain ditakuti oleh
menteri yang ada, beliau juga mampu bertindak menjayakan sesuatu
perancangan dan perjuangan. Ilmunya tidak rendah dan kini Pak
Lah yang menggantikan beliau kini diberitakan bijak dalam soal
agama. Agama apa? Katanya agama Islam. Modal untuk berjuang
sudah banyak di dalam simpanan? Menteri bersedia kerana menteri
itu lalang yang tumbuh melata bersedia untuk ditiup angin. Maka
mahu apa lagi? Rakyat tunggu dan menurut arahan.
Apa lagi alasan?
RAHSIA PERJUANGAN UMNO
Bila merujuk kepada semua alat dan jentera kearah perjuangan
bangsa dan agama, semuanya sudah tersedia. Tetapi semakin hari
kita melihat ada yang tidak kena. Hukum agama dilanggar, Mufti
nasihat tidak didengar. Ulamak yang dilantik seperti makan gaji
buta. Maksiat, rasuah, judi, murtad seperti dibiarkan bergolek
gelantang di depan mata. Mungkin dalam hati mereka berkata, "PERGI
MAMPUS LAH, BUKAN ANAK AKU." Yang penting gaji diberi boleh
untuk terus hidup dan terus boleh memberi harta untuk
peninggalan anak, isteri dan janda.
Keadaan seperti sudah tiba penghujungnya. Kebodohan
menteri-menteri terbuka dengan sendiri. Masing-masing membuka
pekung yang sekian lama tersembunyi. Sopak bernanah dan lendir
keputihan sudah mengalir keluar tanpa boleh di elak. Kalau bisul,
merahnya sudah seperti saga. Tunggu masa untuk meletup dan
mengalirkan lahar yang busuk dan meloyakan.
Memberi isyarat kepada rakyat, PERJUANGAN UMNO, memang TULEN.
Untuk bangsa dan agama. Cuma bangsanya bukan lah Melayu dan
agamanya bukanlah ISLAM.
|