|
ABDULLAH MD ZIN PERLEKEHKAN MUFTI
Raden Jowo
Melalui temubual yang dilakukan oleh TV3, Ketua
MUFTI negeri Perak menyatakan bahawa beliau telah diberikan
lapuran oleh NGO yang terdiri dari golongan professional yang
membuat kajian dimerata tempat dan menyatakan bahawa golongan
Melayu yang MURTAD kini dianggarkan seramai 100,000 orang.
Pendedahan ini dianggap berani kerana di dalam kekecohan politik
yang berlaku di Malaysia dan di dalam usaha kerajaan untuk
meneruskan BUDAYA ISLAM HADHARI, berita yang menggemparkan ini
bakal mengundang pertanyaan rakyat kepada kredibiliti
kerajaan dan kemana hala tujunya pemerintahan UMNO dan ISLAM
HADHARI.
APA KATA ABDULLAH MD ZIN
Dalam pada itu, TV3 juga turut menyiarkan temubual bersama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin (orang
terengganu) dan dengan nada sinis beliau mempertikaikan
kenyataan itu dan disusuli dengan mempersoalkan jawatan beliau
dan MUFTI. Dengan nada sindir beliau berkata tidak perlunya
beliau menemui MUFTI itu dan beliau sebaliknya menyatakan bahawa
MUFTI itu yang seharusnya berjumpa beliau kerana pangkat yang
beliau pegang ketika ini.
Adalah memalukan apabila seorang Menteri seperti Abdullah Md Zin,
yang merupakan barisan pemimpin di Malaysia, kecoh mempersoalkan
penghormatan dalam ketika umat Islam bimbang akan wabak MURTAD
merebak dan membahayakan Islam dan umatnya.
HADHARI DI TERENGGANU
Sejak ISLAM HADHARI diperkenalkan di Malaysia, Terengganu
merupakan negeri yang kuat menyokong dan hebat mempromosi kannya
sehinggakan ada projek PERKAMPUNGAN HADHARI yang telah
dibangunkan. Ini merujuk kepada program yang telah di jalankan
pada 23hb Jun 2005 dan kerajaan Terengganu menganggarkan ia
bakal diLAWATI oleh seramai 700, 000 orang.
Menjadikan Program ISLAM HADHARI sebagai alat untuk projek
Perlancungan Negeri Terengganu semata-mata dan bukan untuk
tujuan penerapan dan pengamalan. Sebagai kaedah meningkatkan
perlancungan, masjid dibuat begitu indah, untuk tujuan DILIHAT
dan DILAWAT, dan bukan untuk menjadi tempat BERIBADAT.
PERLANCUNGAN DAN ISLAM
Apabila menyebut tentang perlancungan, Penulis teringat akan
kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Mansur yang ketika ini sebagai
Menteri Pelancongan yang memohon agar pusat hiburan di Malaysia
dibuka sehingga jam 5 pagi untuk menggalakkan perlancungan di
Malaysia. Seorang menteri beragama Islam, menyokong operasi
pusat hiburan maksiat? Lagi satu perkara ajaib
didunia.
Dari dua-dua perkara di atas, ternyata bukan sahaja rakyat yang
keliru dengan Islam Hadhari, malah menteri juga dilihat
haru-biru dengan Islam yang dianuti. Pemikiran para pemimpin
rakyat ketika ini seperti tidak ada kualiti dalam melahirkan
idea dan untuk membezakan mana yang dikehendaki dan mana yang
dilarang oleh ISLAM.
WARNA sebenar UMNO sudah terserlah, cuma yang tinggal adalah
tanggung-jawab umat ISLAM yang mahu sedar bahawa warna itu sudah
bertukar dan cahaya ISLAM pun sudah semakin pudar.
PESTA SEKS DI PULAU PINANG DAN LANGKAWI
Penulis ingin berkongsi informasi yang penulis perolehi dalam
membaca majalah MASTIKA beberapa bulan lepas yang menceritakan
terdapatnya sebuah Masjid di Pulau Pinang yang dikelilingi
dengan taman yang indah. Waktu sembahyang yang menjelang, ramai
yang datang bukan untuk beribadah, tetapi untuk bercengkerama di
persekitaran taman berdekatan itu. Pengunjung tidak malu dan
langsung tidak menghormati azan dan mereka asyik bermesra.
Bermula ketika Maghrib membawa ke Isyak dan seterusnya ke larut
malam. Bukan sahaja pasangan yang berlainan jantina, malah
sesama jenis.
Berlainan pula dengan cerita dari Langkawi yang diberitakan
bahawa minuman BEER dan arak dikatakan dijual di merata-rata
kedai milik bangsa Melayu. Ditulis juga di dalam Majalah
tersebut, pelanggan yang datang minum bukan sahaja anak-anak
muda Melayu malah turut di gemari oleh pelanggan tua Melayu yang
berkopiah datang menebeng sambil meneguk minuman haram secara
terbuka. Sementara itu pantai dan kawasan peranginan
disekelilingnya didatangi kumpulan remaja yang datang bersuka
ria sambil meratah minuman haram itu lalu meninggalkan tin-tin
kosong dan muntah mereka.
APA KATA KERAJAAN?
Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh NGO, wartawan dan
majalah, tapi tiada tindakan oleh pihak berkuasa. Kerajaan masih
mendiam kan diri. Malah seperti kebiasaan, mereka akan
mengatakan perkara begini sebagai TOHMAHAN, walaupun disertakan
gambar sebagai bukti dan walaupun data mampu diberi. Kita tidak
tahu apa muslihat sebenar kerajaan di dalam membiarkan isu-isu
sebegini berlanjutan. Adakah kerajaan leka atau itu lah ISLAM
HADHARI yang dimaksudkan? Kita tidak tahu kerana UMNO ada banyak
rahsia.
Kita sebagai umat Islam, menyokong biarlah bertempat. Sokong
kita sekarang ini seperti bersubahat. Jika yang disokong itu
MULIA, maka mulia lah kita dan jika yang disokong itu LAKHNAT,
maka LAKHNAT lah kita. Memikul tanggung-jawab sebagai rakyat
jangan dibuat membabi buta. Tidak memikirkan aspek keagamaan dan
kesejahteraan umat. Melulu kepada kemajuan, di dalam masa yang
sama kita hancurkan ISLAM. Berbaloikah?
Di dalam keadaan Malaysia ketika ini, kemana hala tuju rakyat,
terutama umat Islam dan siapa diantara kita yang bersekongkol
dengan pengkhianat agama? Yang terang lagi bersuluh, yang gelap
sudah diterangi dan lihat sahaja apa yang sudah dan sedang
berlaku, fikirkan dimanakah kita?
Situasi kini: -
1. Persengketaan kalangan Menteri dan kalangan Kerajaan yang
berlarutan.
2. Kenyataan dan pandangan MUFTI tidak diendahkan.
3. Budaya berhibur yang semakin hebat diperjuangkan kerajaan.
4. Sekolah Agama Rakyat dan pondok belajar agama semakin
terhapus dan berkurangan.
5. TADIKA ISLAM menjadi tadika 'elit' yang memerlukan yuran
mahal setara yuran ke universiti.
6. Tiada penekanan di dalam silibus Agama disekolah oleh Jabatan
Pendidikan.
7. Perbalahan ahli jawatan kuasa masjid untuk dapatkan nama dan
kedudukan.
8. ISLAM HADHARI sebagai kaedah perlancungan.
9. Pembinaan Masjid yang indah tetapi kosong, sekadar
menyalurkan belanja pada kroni dan tutup apabila mahu digunakan.
10. Penyeleweangan wang Tabung Haji, Zakat, bantuan anak yatim,
bantuan bencana alam dan derma.
11. Kuasa Jabatan Agama dibataskan kepada setakat mengeluarkan
TANDA HALAL seperti tangungjawab SIRIM.
Tanya pada diri, adakah kita juga terlibat dalam menghancurkan
Islam? Jika benar, pulang lah kepangkal jalan dan kepada yang
belum, cuba hindarkan. Nampaknya mudah, tapi sokongan anda akan
membawa rebah. Rebah bangsa, rebah agama dan rebah
segala-galanya. Jika MUFTI dan ULAMAK bukan lagi rujukan apa
lagi yang kita ada?
|